Quantcast
Channel: Aku Peduli Apa @ APA
Viewing all 521 articles
Browse latest View live

Kedudukan semasa Blog Sahabat SGB 2/9/2013

$
0
0


Kedudukan Semasa Blog Sahabat SGB Sehingga 2/9/2013

Berikut adalah kedudukan semasa blog sahabat SGB sehingga tarikh 2 September 2013. Untuk makluman,kami hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.

Teruskan membaca : Suara Generasi Baru

Horrrayyyy!! harga minyak tak naik... @NajibRazak

$
0
0

Semalam aku pun duk melompat sakan marahkan kerajaan @NajibRazak kerana naikan harga petrol/diesel 20 sen.Ish...ish...ish..rupanya Najib bukan naikan harga petrol,dia CUMA KURANGKAN SUBSIDI RON 95 dari 83sen kepada 63 sen...itu je yang dia umumkan semalam.Jadi yang aku gelabah beruk ini kenapa ya?


Jadi lepas ini kalau aku pergi petrol station aku takkan isi petrol kat PUMP RON 95 lagi yang dah naik dari 1.90 sen kepada 2.10 sen mulai tengah malam semalam.Aku akan cari PUMP SUBSIDI yang harganya dah turun 20 sen dari 83 sen kepada 63 sen mulai semalam.Bahagian mana yang payah sangat aku nak faham ni?Jadi kalau korang nak jimat ikut macam aku...isi kat PUMP SUBSIDI.

Aku dengar bukan hanya "subsidi" Ron 95 saja yang diturunkan,bahkan banyak lagi "subsidi" yang bakal diumumkan untuk dikurangkan.Antara "subsidi" yang aku dengar bakal dikurangkan...

1. Subsidi kain kapan (kain putih).Sebab kain putih dah kekurangan stock sebab terlalu banyak digunakan buat Bendera 1Malaysia yang sehingga kini tersadai dalam stor tak digunakan sejak 6hb Mei.Banyak stock juga digunakan untuk buat Bendera "Endless Possibilities" yang sekarang ini masih belum pasti mahu/boleh dilancarkan.

2. Subsidi Liang Lahat (lubang kubur).Dikhabarkan keluasan "liang lahat" akan "dikurangkan 1 kaki" memandangkan kekurangan tanah kubur untuk Cinabeng yang memerlukan keluasan 10 orang walaupun yang nak ditanam itu cuma seorang sahaja.Jadi untuk menjaga hati kaum ini supaya mereka terus tidak mengundi  BN dalam PRU14 nanti,maka kita Orang Melayu kena beralah..

3. Subsidi Batu Nesan.Memandangkan harga diesel dah naik maka Pengusaha Kuari Cinabeng akan menaikan harga bahan mentah (batu granite) untuk dijadikan batu nesan memandangkan kos operasi mereka yang bakal meningkat.Untuk mengelakan bebanan kerajaan menanggung kos penyediaan batu nesan ini maka tak lama lagi SUBSIDI hanya diberikan hanya untuk SATU sahaja batu nesan dibawah Skim Nesan 1Malaysia atau NES1M.Kepada anda yang nak pakai DUA batu nesan dikubur masing masing SILA BELI SENDIRI untuk dipasangkan dengan Nesan 1Malaysia.Kepada yang memang tidak mampu disarankan menggunakan nesan kayu buatan sendiri atau menanam pohon kemboja sahaja.

Itu yang aku dengar cuma pengurangan " SUBSIDI BERKAITAN  YANG MATI "....belum lagi diambilkira pengurangan " SUBSIDI BERKAITAN YANG HIDUP "...

Petikan berita dari : Radio Tiga Suku Masak


Bila penasihat @NajibRazak Ting Tong! Ding Dong..Kong Kali Kong

$
0
0

Bila kepala selalu ting tong,jalan pun jadi ding dong..
Nasihat pun semua kong kali kong..

Banyak sudah diperkatakan para bloggers tentang PEMANDU yang menjadi barometer
Najib dalam memacu segala tok nenek transformasi yang dia inginkan.SahabatThe Unspinnerstelah melakukan beberapa pendedahan bersiri tentang PEMANDU dan struktur organisasinya yang tak seimbang dari aspek kaum dimana Najib lebih mengutamakan (baca percaya) spesis Kulop Besar-Kulop Kecil dan spesis Kelentat Rumi dari bangsanya sendiri yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.Kalau ada spesis yang Kulop-Free dan Kelantat Jawi pun perangai macam haramjadah,saperti contoh gadis diatas salah seorang Punasihat Najib.



The Unspinners menulis... "PEMANDU .... is infested with PR/BERSIH supporters and has become an opposition Trojan Horse right in the heart of the PM's dept."

"This person, Farah Intan Burhanudin barely made it thru UIA (with a couple of repeats) and was a total washout at Zaid Ibrahim & Co. After getting laid off from ZICO, she reappeared out of nowhere into a key post in Pemandu. She handles PDRM programmes and KPIs and monitors the police force on behalf of Najib and previously for Hishammuddin H. Onn as well. Hishammuddin thr weakling was in her pocket and she -- in HIS name -- could summon CPOs and OCPDs to her beck and call."


Anak sape lah ini...?
Baca terus di The Unspinners



@tunfaisal bakal memperkasa MT Umno #TF4MT @NajibRazak

$
0
0

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah mengumumkan 4 calun dari kalangan mereka untuk diketengahkan sebagai MT Umno.Mereka adalah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.


Aku amat teruja bila sahabat aku (boss lama) Tun Faisal Ismail Aziz turut dinamakan Khairy Jamaluddin sebagai pelapis muda yang berpontesi menyumbang kepada Umno diperingkat Majlis Tertinggi.Aku amat yakin dengan pengalaman luas Tun Faisal sebagai penggiat media baru sejak sekian lama dan kebolehan beliau berdialog dengan siapa juga pemimpin pembangkang sebelum ini akan memberikan value added kepada kepimpinan MT secara keseluruhan.

Jom kita selusuri pengalaman yang pernah dilalui Tun Faisal dalam karier politik beliau setakat ini...

( Peringatan : Aku nasihatkan korang bancuh kopi seteko dan sediakan biskut kering kalau korang betul betul nak tahu dan mengesahkan pengalaman Tun Faisal ini)

******************************************

Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begitu, pertandingan di peringkat MT dijadikan alasan oleh sekumpulan pengambil kesempatan untuk membezakan saya dengan Dr Novandri. Saya faham game mereka. Mungkin jika saya ada, gamemereka akan terjejas.

Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti.

Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?

Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini?

1. Pemimpin yang mewakili aspirasi generasi muda

* Walaupun Umur saya telah mencecah 42 tahun, saya masih berperanan aktif di dalam menggerakkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawahnya.

* Saya merupakan pengasas Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya, Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya, GPMS Putrajaya, Kelab Sukan Komuniti Putrajaya dan yang menubuhkan semula Persatuan Bolasepak Putrajaya (Baru)

2. Pengalaman dan kemahiran dalam perang siber dan media sosial
* Terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Ini di antara debat online saya ketika di dalam Yahoo Groups Young Professional Chambers (Promuda) berkenaan Liberal dan Conservative Islam - http://groups.yahoo.com/neo/groups/promuda_circle/conversations/topics/2325

* Semasa PRU 2004 - Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO / BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

* Membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004 dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004

*Kolumnis dan pengendali Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003 - 2004,
* Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB) 2009-2013

* Terlibat mengendalikan jentera siber BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak
* membantu laporan semasa Pilihan Raya Kampus 2013
* Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB

Operasi Perang Siber Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri

1.Pengerusi Unit Perang Siber Pemuda Umno bagi Pilihan Raya Kecil:
2.PRK Bukit Selambau
3.PRK Manek Urai
4.PRK Permatang Pasir
5.PRK Bagan Pinang
6.PRK Hulu Selangor
7.PRK Batu Sapi
8.PRK Galas
9.PRK Tenang
10.PRK Merlimau
11.PRK Kerdau
12.PRK Kuala Besut
13.Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak

Latihan Perang Siber

Program latihan di bawah UMB Pusat

1.Latihan Induk UMB
2.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah
3.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah II
4.Latihan Media Baru Wilayah Persekutuan dan Selangor
5.Bengkel Media Baru Facebookers
6.Program latihan di bawh kendalian Biro Penerangan UMNO
7.Kursus Bela Nusa Khas – Pendekatan Perang Siber
8.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Sabah
9.Kursus Khas Jentera Siber
10.Program latihan di bawah Badan Perhubungan Negeri - UMB
11.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pahang
12.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Melaka
13.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pulau Pinang
14.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Terengganu
15.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
16.Latihan Simulasi Cybertroopers Peringkat Negeri Kedah

Program Latihan di bawah pelbagai badan yang lain

1.Pemukiman Jentera UMB Wilayah Persekutuan dan Selangor
2.Kursus Persediaan PRN Sarawak (Blogger 1Malaysia)
3.Bengkel Komunikasi Strategik Blogger Sarawak
4.Kursus Media Baru IPTA
5.Kursus Media Siber Nur Al Falah
6.Kursus Media siber Nur Al Falah Siri 2
7.Kursus Media Siber Nur Al Falah Siri 3
8.Konvensyen Media Siber Nur Al Falah
9.Kursus Media Baru IPTA 1
10.Kursus Media Baru Pensyarah Destini Kenegaraan
11.Kursus Media Baru IPTA 2
12.Kursus Media Baru IPTA 3
13.Kursus Media Baru IPTA 4
14.Simulasi Media Siber Pilihanraya Kampus

Operasi-operasi Khas

1.Membantu pelaporan Pilihanraya Kampus 2012/2013. 
2.Mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U. 
3.Mengendalikan Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang semasa Konvensyen Umno Pahang
4.Membantu pengendalian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang pertama

3. Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang

Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13 :-


Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu

Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk ‘Melayu Pasca PRU Ke-13’ http://youtu.be/NDeumYO-Qbs

Di bawah adalah antara forum dan bual bicara dengan pemimpin pembangkang, termasuk yang bergelar YB Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Biro dalam parti pembangkang, yang saya hadiri;

1.Ahli Panel Forum Wacana ‘PRU13 Harapan Malaysia’ bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) http://youtu.be/jcGOrGN2qOA

2.Ahli Panel Wacana SINAR ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safarhttp://youtu.be/1md8Mig16i0

3.Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk ‘Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan' http://youtu.be/qWvNlSrhqNw

4.Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk ‘Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13’ http://youtu.be/xww7MfKWoW4

5.Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk ‘Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13’ http://youtu.be/OahdYcgpk4A


8.Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk ‘Menggalakkan Perdebatan’

9.Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk ‘Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia’ http://youtu.be/7SuXf-tclXc

10.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia http://youtu.be/nXsxg6Of3iQ

11.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13 http://youtu.be/bK580pTmxEY

12.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran http://youtu.be/fcjzK_pDdl0 

13.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.
http://youtu.be/xCQt33vTVzw

14.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor. http://youtu.be/CIcIEiIdI1Y

Ini tidak termasuk program bual bicara yang lain bagi mengulas pelbagai isu, tidak terhad kepada media baru semata-mata :-

1.Bual Bicara Face-Off berkenaan PRU13, Red Bean Army, Video Anwar http://youtu.be/V8a2ekw4Qw0 , http://youtu.be/f3XUNN7HvUY


2.Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog http://youtu.be/4TtCaG5JSjY

3.Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti http://youtu.be/L4t93hixdBM

4.Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk ‘Veteran Dalam Media Sosial’
Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk ‘Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab’ http://youtu.be/fZnZIRaMEZM


5.Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai ‘Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13’ http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/cybertroopers-pemuda-bn-tunfaisal-di.html

6.Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai ‘Peranan Blogger Merancakkan PRU13’ bersama Hasbeemasputra Abu Bakar. http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/peranan-blogger-merancakkan-pru13-what.html

7.Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk ‘Media Sosial sebagai ‘askar baru’ tangkis propaganda liar’ http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/updates-podcast-tf-kena-drill-di-kerusi.html

8.Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk ‘Tenang Akhirnya’

9.Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk ‘Merealisasi Model Politik Baru’

10.Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk ‘Menggalas Harapan’

11.Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Pandangan Hidup Golongan Muda’.

12.Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Umur Persaraan’.

13.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan 

14.Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.

15.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.

16.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.

17.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut http://youtu.be/sO87T5Oel4s


18.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil ManekUrai 

Selain itu ada juga tweet exchange saya dengan pemimpin-pemimpin PR seperti Tony Pua, Nik Nazmi, Dr Siti Mariah dan Khalid Samad yang saya blogkan sebagai rekod :-

1.Tony Pua tak puas hati dengan namanya... ?
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/tony-pua-tak-puas-hati-dengan-namanya.html

2.When chauvinists tried to explain 1Malaysia from Malaysian Malaysia angle...
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/when-chauvinists-tried-to-explain.html

3.Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/05/nik-nazmi-gagal-jawab-sama-ada-pr-akan.html

4.Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/arak-khalid-nafi-pas-pernah-janji-tutup.html

5.@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/drsitimariah-pas-tidak-pernah-janji.html

4. Pengalaman dalam perkara-perkara berkaitan dasar dalam bidang pendidikan
Sebagai salah seorang Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang melihat kepada perkara-perkara berkaitan dasar sepanjang April 2004 – April 2009, saya mempunyai pendedahan dalam melakukan tugas-tugas penyelidikan dalam bidang berkaitan Dasar Pelajaran dan pelaksanaannya. Antara penglibatan langsung saya ketika di sana adalah -

1.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka, menulis dan memperhalusiPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


2.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka Program Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik ICT KPM dan program-program ICT lain, termasuk merangka semula program latihan perkakasan untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) Fasa 4, bertanggungjawab merangka dan menulis Nota dan Memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Usaha Menangani Gejala Disiplin Pelajar, Langkah Memantapkan Program Kokurikulum di KPM, Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Memorandum Bersama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi berkaitan Pengukuhan Semangat Patriotisme, Memorandum bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat berkaitan Pendidikan Seksualiti (Reproduktif dan Sosial)

3.Bertanggungjawab untuk membantu YBM dalam perkara-perkara berkaitan peperiksaan dan penilaian, termasuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

4.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka strategi untuk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, Kesusasteraan dan industri perbukuan dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Dasar Buku Negara

5.Bertanggungjawab membantu YB Menteri Pelajaran mengendalikan Hal Ehwal Parlimen dan memperhalusi jawapan-jawapan yang disediakan

6.Bertanggungjawab untuk membantu meneliti dan memperhalusi ucapan-ucapan YB Menteri Pelajaran

7.Bertanggungjawab atas segala aduan yang dihantar kepada YB Menteri Pelajaran berkaitan Salah Laku Pelajar dan Pengurusan Sekolah

8.Membantu merencana aktiviti perhubungan awam, pengukuhan imej dan pengurusan persepsi awam terhadap YB Meteri dan Kementerian Pelajaran

9.Bertanggungjawab untuk meneliti kertas kerja, projek-projek khas dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh YB Menteri Pelajaran (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Memperkukuhkan Kurikulum, Perlaksanaan Islam Hadhari, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, Sekretariat Menangani Gejala Disiplin, pelaksanaan International Baccalaureate (IB), program F1 In School dan Robotik)

10.Terlibat di dalam mesyuarat berkala Majlis Permuafakatan Pentadbir-pentadbir Sekolah Putrajaya dan Cyberjaya bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi merencana program pendidikan anak-anak di dalam kejiranan ini selain dari menangani pelbagai isu dan masalah yang timbul di sekolah-sekolah dalam kejiaranan ini secara lebih pantas dan berkesan

5. Pengalaman dalam bidang latihan dan pengkaderan

Saya merupakan produk Institut Kajian Dasar (IKD) semasa di universiti. Sebelum itu saya juga terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar termasuk yang menggunakan usrah sebagai salah satu kaedah pengkaderan. Saya terlibat membantu mengendalikan sejumlah program latihan selain latihan perang siber, termasuklah program latihan ABATA.

6. Pengalaman dalam politik kampus dan engagement dengan mahasiswa

Saya merupakan graduan universiti tempatan, USM yang terlibat dengan politik kampus IPTA sejak zaman kehasiswaan lagi. Terlibat dalam engagement dengan mahasiswa sejak 2003 sehingga sekarang.

7. Kebolehan dalam penulisan
Antara tulisan -

1.The Credibility of News Portals Compared to Mainstream Press
http://malaysiandigest.com/opinion/40605-the-credibility-of-news-portals-compared-to-mainstream-press.html

2.Developing World Class ASEAN Leaders - The Role Of Universities
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-world-class-leaders.html

3.James Wong opinion – a pure nonsense
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-rakyat-malaysia-sokong.html

Bangsa Eropah yang mudah mengkritik tapi benci dikritik

4.(Menyanggah kritikan editorial Wall Street Journal terhadap Tun Mahathir)
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-kritikan.html

5.Dr M Leader Par Excellence
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-sempena-ulang-tahun-tun.html

8. Pendirian dalam perkara-perkara prinsip berkaitan agama Islam 
Pemimpin UMNO juga adakalanya dilihat terkebelakang dalam mengutarakan pendirian mereka mengenai Islam. Ini merupakan sebahagian daripada pandangan saya mengenai perdebatan yang hangat ketika itu -

1.Zainah Anwar – searching the true meaning of `uswatun hasanah’.
(A response to “Ending the Patriarchy”)
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/01/kisah-dulu-dulu-menyanggah-artikel.html

2.Kesemua artikel berkaitan Kalimah Allah sejak kes itu diputuskan pada Disember 2009
http://tunfaisal.blogspot.com/search/label/Kalimah%20Allah

3.Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/11/hanya-pas-bukan-umno-perjuangkan-islam.html

4.Menyanggah tulisan Farish Noor "Ummah, not ulama, should call the shot"
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-menyanggah-tulisan.html

5.PROMUDA - Debat Islam Liberal dan Konservatif dari Perspektif Sejarah Islam
Conservativeness leads to the stagnation of the Ummah
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-debat-islam-liberal-dan.html

6.Memahami dan menangani pemikiran Islam liberal
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-memahami-dan-menangani.html

7.Liberal Islam: Menyanggah M Bakri Musa
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/12/kisah-dulu-dulu-liberal-islam.html

9. Pendirian dalam perkara-perkara pokok berkaitan perjuangan orang Melayu/Bumiputera
Ini adalah antara pandangan saya mengenai agenda ekonomi orang Melayu -

1."Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/12/melayu-miskin-terus-miskin-di-bawah-deb.html

2.Bursa Saham Bumiputera (BSE) - cadangan baik untuk Model Ekonomi Baru
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/04/bursa-saham-bumiputera-bse-cadangan.html

3.Model Baru Ekonomi - Maaf PM, saya tidak percaya Amirsham!
http://tunfaisal.blogspot.com/2010/06/model-baru-ekonomi-maaf-pm-saya-tidak.html

4.Komputer 1Malaysia : TERAJU gagal! Bumiputera kalah kepada syarikat penjual penyapu Cina?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/komputer-1malaysia-teraju-gagal.html

6.Joceline Tan - Membaca pemikiran orang Cina
http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/versi-bm-joceline-tan-membaca-pemikiran.html

Lebih lanjut mengenai saya dan pengalaman saya di dalam bidang politik, profesional, NGO dan kepimpinan di pautan di bawah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Faisal_Ismail_bin_Aziz

Siapa Sabotage PM @NajibRazak ?

$
0
0



OK I received this in the email. Obviously the person who sent me this knows what he is saying. Here is the email in full. It is very short.


Proof Pemandu Was Sabotaging PM


Dear Sir,

If you have played the Politiko card game (a product created by the foreign funded Loyar Burok / Lawyers for Liberty group) you will know the game sends out less than subtle messages against the ruling BN party - chiefly UMNO.


Now, why the hell was Pemandu social media tweeting and promoting this game just before elections?
Attached is a screenshot.
Please don't mention you got this from me.
Thanks.
end of message

Thank you to whoever sent me this e mail. Here is the screenshot that was attached to this mail :





Ok this is a Tweet dated 15 April 2013, just 22 days BEFORE the PRU 13. The Tweeterer is @gtp_roadmap with all the symbols and logos of the GTP Roadmap site.

If all this is correct this Tweeter came out from PEMANDU. So I want to repeat the question that has been asked by the person who sent me this e mail :

Now, why the hell was Pemandu social media tweeting and promoting this game just before elections?

Can anyone answer?

Kepada Blogger-Blogger UMNO yang sekarang ini suka hentam saya OutSyed The Box sebagai musuh kepada PM - elok kau orang semua tengok baik-baik dan fahami baik-baik apa yang sedang berlaku di kalangan orang yang kononnya paling akrab dengan Perdana Menteri.

Jangan pula sebab saudara sendiri terpukau atau terbawa-bawa oleh orang-orang tertentu saudara tidak dapat bezakan antara yang baik dengan yang tidak baik, sehingga sampai hati tersasul, tergopoh, tersasau tuduh orang lain sebagai musuh.

Dah tiba masanya @NajibRazak jadi "pemandu" sendiri....

$
0
0

Kan cantik kalau Najib pandu sendiri sambil sesekali
minta tip dari "orang lama" kat sebelah tu...

Telah terlalu banyak diperkatakan rakyat terutama sekali komuniti bloggers tentang PEMANDU yang menjadi "ketaksuban" Perdana Menteri kita selama ini.Dari berbagai akronim ETP,GTP,NKRA dan ntah apalagi dari mangkuk "sup alphabet" yang dah sampai rakyat tak boleh nak hafal,sehinggalah kepada "langkah dan tindakan sumbang" kerajaan yang dikatakan berpandu kepada NASIHAT yang diterima dari sekumpulan mangkuk mangkuk hayun berbagai agenda sulit ini.


Perpatah orang putih Amerika ada berkata..."Tak tumbuh tak melata,tak sungguh takkan sampai hari hari orang kata.."

Jadi Perdana Menteri Orang Melayu ini kenalah dengar apa rakyat kata walaupun belum pasti dia akan bersetuju untuk melakukan sesuatu...

Bayangkanlah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan berPerdana Menterikan orang Melayu dikawal oleh PEMANDU yang rata rata dikawal oleh ORANG BUKAN MELAYU (17 orang Cina atau separuh Cina dan hanya 6 orang yang Melayu atau tak berapa nak Melayu kalau ikut pendedahan blogger The Unspinner dan OTB).Kepalanya Idris Jala (yang nama macam Melayu tapi bukan Melayu dan beragama Kristian) walaupun yang dikatakan "penuh berkuasa" adalah Omar Mustapa Ong yang hanya tahu bawa "ong" untuk diri dia sendiri dan meninggalkan"suey" untuk kita semua.

PEMANDU ini pula kalau ada orang Melayu pun bukan senonoh sangat perangai mereka.Ada yang jenis lepas matahari terbenam jalan pun tak berapa nak lurus sebab kepala dah ting-tong perut pula dah dipenuhi ARAK.Maka kalau terserempak tengah malam dengan Minah ini dalam keadaan separuh sedar(mabuk) tak banyak bezanya dengan JALANG yang setiap malam berpeleseran di Jalan Bukit Bintang mencari pelanggan.Spesis macam inilah agaknya yang saban waktu duk bagi nasihat kat Perdana Menteri Orang Melayu kita.Sebab itulah agaknya Perkasa Orang Melayu dah mula nak jadi Pekasam ketika ini.

Budaya guna PUNASIHAT 25% ini Paklah lah yang jadi pencetusnya dengan mengenalkan BUDAK TINGKAT 4 yang dikepalai "Menantu Babah".Semua ahlinya "budak berhingus " tapi punya selera dan nafsu besar bila berbicara tentang KUASA,sehingga berani nak mengangkat "kepala" mereka untuk jadi Perdana Menteri sebelum mencecah umur 40 tahun.Begitulah RIAK nya mereka memikirkan Fa So La Tido akan memerintah berpuluh tahun macam Tun Mahathir.Tapi KUASA ALLAH TAALA mengatasi segala perancangan jahat manusia,belum sempat klimax Paklah mengalami "pancutan kurang matang" (premature ejaculation),maka hari ini terpaksa memakai title "Mantan Perdana Menteri" setelah dipaksa turun takhta oleh majoriti rakyat yang dah tak boleh tahan dengan kerenah Keluarga Penyamun ini lagi.

Maka akan tercatit dalam Sejarah Malaysia Moden bahawa...Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah satu satunya Perdana Menteri Malaysia yang terpaksa turun tahta atas desakan rakyat.Amacam untuk pengakhiran sejarah politik Paklah yang dimulakan dengan kilauan kegemilangan dan berakhir dengan episod penghinaan..?

Hari ini era pemerintahan DS Najib Tun Abdul Razak,satu nama GAH keturunannya dalam perjuangan Melayu membangunkan negara dan rakyat amat mengharap suatu kelainan dari apa yang pernah dilalui di Era Paklah.Sepenggal telah berlalu,nampaknya tidak banyak berubah dari segi plot dan jalan ceritanya...yang berubah hanyalah para pelakonnya....

Kalau dulu kita ada Budak Tingkat 4 kini kita ada PEMANDU yang perangai dan gerak-kerja mereka tak banyak berbeza..

Kalau dulu kita ada Khairy KJ sebagai kepala segala musibah..kini Omar Ong,Idris Jala jadi pencaturnya sambil KJ mengambil peranan "feeder" ,dan kalau kita nak kaitkan dengan KRO&NIPO maka Nazir Razak "tukang sapu segalanya"...

Itu belum masuk FLOM yang dulu ada tapi kini sudah ditiadakan,dan PERMATA NEGARA yang tidak mendatangkan kilauan kepada rakyat yang ramai kecuali "the selected one".

Jadi kata peribahasa orang London....PI MAI PI MAI DUK TANG TU JUGAK.

Seingat aku selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir tak ada segala bana "badan penasihat" yang perlu memberi nasihat untuk pembangunan dan kesejahteraan negara.Kita ada Economic Planning Unit (EPU) dan badan badan lain dalam kerajaan yang mengawalselia segala aspek mengenai pentadbiran negara.

Ada masaalah...???

Tak ada kan?

Bahkan kehidupan waktu itu lebih makmur,tenteram dan aman jika nak dibandingkan dengan hari ini diera dua PERDANA MENTERI DENGAN PUNAHSIHAT,CON-SULTAN DAN CON-SETAN mereka.


Jadi suka aku menasihatkan Najib Razak,baliklah semula kepangkal jalan bila anda telah disesatkan oleh PEMANDU yang anda percayai selama ini.Rampas balik steering bas itu agar PEMANDU anda tak bawa kita semua masuk gaung macam Tragedi Genting Highland yang dah beberapa kali berlaku.

ANDA MOHD NAJIB,WARIS KEPADA ALMARHUM TUN ABDUL RAZAK SILA PANDU BAS KAMI INI SENDIRI.

Dan jika anda tidak yakin minta Bekas Pemandu Tun Mahathir memberi anda tunjuk ajar bagaimana untuk memandu secara berhemah.

Sudah kah kita bersedia? @NajibRazak

$
0
0

A New Game...


Tersentak dengan keberkesanan Pakatan Rakyat mengguna pakai Media Sosial (blog waktu itu)sebagai alat pencetus persepsi rakyat dan seterusnya merampas 5 Negeri + 1 dalam PRU13,maka ramailah penggiat media baru (termasuk aku) terpanggil untuk mengimbangi kuasa mereka yang memang terbukti berkesan menerusi penulisan kritikal mereka menggunakan BLOG.


Blog blog pro-kerajaan wujud tanpa diminta atas kesedaran bahawa Umno mesti dibela ketika itu dan blogger saperti Mykmu,GAP,Papagomo,Parpukari,The Unspinners,RBF adalah diantara nama nama besar bloggers yang mula mula melibatkan diri dalam dunia penulisan blog pro kerajaan.Pada peringkat awal mereka semua bergerak sendiri secara individu atau berkumpulan tanpa dibiayai mana mana pihak.Tapi bila Umno mula melihat keberkesanan kewujudan otai otai bloggers ini maka barulah DANA diwujudkan untuk sekurang kurangnya menampung aktiviti mereka.




Klik untuk tonton video ini

Dalam waktu yang sama bilangan bloggers makin bertambah dari sehari kesehari (aku pun ikut sama terjun sekitar bulan April 2010) dan bloggers pro kerajaan mula menunjukkan kehebatan mereka bila mula membayangi nama nama besar blogger Pakatan Rakyat yang selama ini tidak pernah dicabar.

Tiga tahun sebelum PRU13 adalah waktu puncak kegemilangan bloggers pro-kerajaan bilamana pada suatu ketika 17 bloggers pro-Umno mengungguli Carta Top 25 Bloggers Sopo dan hanya 8 sahaja dari kalangan bloggers pro-PR.Ini telah mencetuskan semangat baru yang kita mampu "mengatasi" mereka jika kita bersungguh sungguh.Dalam waktu yang sama Perdana Menteri yang secara peribadi mengiktiraf akan sumbangan komuniti bloggers ini telah mencetuskan satu fenomena baru dikalangan pemimpin Umno untuk mereka mendapatkan lebih DANA dari berbagai sumber untuk disalurkan kepada bloggers dalam memperkasakan aktiviti kami untuk menghadapi PRU13.

Ini telah secara tidak langsung memecahkan komuniti ini kepada beberapa kumpulan yang masing masing dibiayai sama ada individu,Umno itu sendiri ataupun agensi agensi tertentu dengan DANA yang dikatakan dalam jumlah JUTAAN RM sebulan.Maka berlakulah pergeseran antara kumpulan kumpulan tertentu yang dikatakan berpunca dari perebutan DANA ini.Walaupun kumpulan kumpulan ini adalah bloggers pro-Umno tetapi mereka dilihat "berpecah dalam bersatu" walaupun masih terus dengan aktiviti penulisan masing masing.

Bila PRU13 semakin hampir barulah kami tersentak bila medan tempur blog yang kami bangga banggakan selama ini rupanya telah lama ditinggalkan oleh penggiat media pro-PR dan kini mereka beralih bertempur dimedan tempur Facebook,Tweeter dan Youtube sebagai medan perang utama mereka untuk PRU13.Walaupun senjata perang mula kami halakan kearah 3 medan baru ini tetapi kesuntukan masa dan persediaan disebabkan "bercakaran sesama sendiri" menyebabkan KAMI TEWAS juga bila analisa akhir diperolehi tentang keberkesanan kami di medan tempur siber PRU13.Itu hakikat yang tidak boleh ditolak dan diakui sendiri oleh Pengerusi Unit Media Baru PPUM Tun Faisal Ismail Aziz.

Hari ini kita mula membicarakan tentang Medan Tempur Media Sosial (Facebook dan Tweeter) untuk menghadapi PRU14 lima tahun dari sekarang.Tapi apakah kita tidak belajar dari pengalaman kita yang lalu?Apakah kita mahu DITIPU sekali lagi bila menyangkakan medan tempur blog adalah medannya untuk PRU13,tapi akhirnya ternyata ianya satu DECOY dari mereka dan medan sebenar adalah di Facebook,Tweeter dan Youtube.

Apakah tidak mustahil Facebook,Tweeter dan Youtube akan menjadi DECOY pula untuk menipu kita sekali lagi dalam menghadapi PRU14?

Berapa ramai antara kita yang telah menerokai 
semua platform diatas?

Apakah kita tidak nampak atau sengaja buat buat tidak nampak yang mereka kini telah mula bermain dengan Live Streaming,Skyping,You Tubing dan macam macam lagi platform (imej diatas) yang belum pernah kita terokai sebelum ini?

Agak lama juga aku memerhatikan perkembangan ini berlaku dan bila aku suarakan tentang ini ternyata sahabat sahabat Pejuang Siber Pro-Umno masih blurr dan gagal melihat dengan jelas yang medan pertempuran PRU14 kini sudah mula mereka alih ke medan tempur  yang baru dengan masih mengekalkan keberadaan mereka dalama Facebook.Tweeter dan Youtube untuk menggabui mata kita untuk tidak melihat apa yang sedang mereka lakukan sebenar benarnya.


MAHUKAH KITA SENANTIASA BERADA SATU LANGKAH DIBELAKANG MEREKA?

Sama sama kita renungkan....


Kekadang ada perkara yang tak perlu kita hebuhkan... @NajibRazak

$
0
0

Beberapa hari ini aku berihat dari berblog kerana pergi bertapa di Gunung Semanggol.Aku cuba mencari diri dalam diri yang selama ini kadang kadang tenggelam dan kadang kadang timbul dalam gelombang persepsi dan realiti politik negara.Terperangkap diantara perjuangan untuk diri sendiri dan perjuangan untuk menegakkan kepentingan agama dan bangsa yang bernama Melayu dibawah parti Melayu bernama Umno.


Dalam keheningan  hutan Gunung Semanggol,dalam kedinginan suasananya dan dalam kesejukan air sungai yang mengalir membelah bumi bertuah Gunung Semanggol ini,aku menemui kembali diriku yang hampir hilang,aku ditiupkan "roh baru perjuangan" yang telah tertanam sejak subuh tanggal 6 Jun 1960 diperut Kubu Pertahanan Umno 53 tahun yang lalu.Kini baru aku sadar yang darahku tertumpah disitu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan,URI ku yang reput dalam bumi yang teguh menyokong bebanan Kubu Pertahanan Umno ini bukanlah sesuatu diluar kehendakNYA...semuanya adalah kehendakNYA belaka.

Maka hari ini aku melangkah turun Gunung Semanggol dengan iktizam dan semangat perjuangan yang baru bahawa Agama dan Bangsaku wajib dibela selagi ada hayatku dibadan,selagi darah merah ini masih mengalir,selagi agama dan bangsa ini terus diancam ANASIR JAHAT baik dari luar mahupun dari dalam,baik yang sebangsa dan seagama,mahupun yang berlainan pegangannya..

Maka pencak silatku pasti akan kelihatan sumbang dari sebelumnya...madah bicaraku juga akan kedengaran berbeza bunyinya dari sebelumnya,tapi demi PEJUANGAN ANAK CUCU MELAYU yang  WAJIB aku lakukan,maka aku rela dicerca...aku sanggup dihina...asal bangsaku tidak diperlekehkan...asal bangsaku tidak diperkotak katikan.

KADANG KADANG ADA PERKARA YANG KITA TIDAK PERLU HEBUHKAN DEMI SURVIVAL BANGSA KITA.TIDAK MENGHEBUHKANNYA TIDAK BEERTI PEMIMPIN TIDAK MELAKUKANNYA....TIDAK MENGHEBUHKANNYA BUKAN BEERTI HAK DAN KEPENTINGAN BANGSA TELAH DIGADAIKAN...

ALLAHU AKBAR ! 

Apa yang kita nampak itu bukan dia...

$
0
0

Bertahun tahun memerhatikan politik negara sebelum bergelar blogger dan hampir 4 tahun kebelakangan ini makan-minum-tidor politik menyedarkan aku tentang sesuatu tentang politik....

BAHAWA APA YANG KITA NAMPAK DAN KITA LIHAT BUKANLAH APA YANG SEBENARNYA BERLAKU.APA YANG KITA NAMPAK DAN APA YANG KITA LIHAT ADALAH APA YANG PEMAIN POLITIK MAHU KITA NAMPAK DAN KITA LIHAT.


Dalam bahasa mudah apa yang kita nampak dan percaya itu BUKAN dia.

"Seni Politik" mengkehendaki "pemain poltik" (kerajaan atau pembangkang) mencetuskan sesuatu senario bersesuaian dengan waktu dan isu untuk kekal relevan dimata rakyat.Apalah erti Kerajaan tanpa Pembangkang dan begitulah sebaliknya,mereka saling memerlukan satu sama lain.Tanpa kerjasama antara dua pihak ini maka tidak wujud apa yang dinamakan POLITIK.

Contoh paling mudah bila kita menonton perlawanan gusti WWE.Siapa berani berkata apa yang kita tonton itu sekadar LAKONAN dan bukannya REALITI dan hanya sekadar hiburan?Aku yakin tiada siapa yang berani berkata begitu walaupun didalam hati kecil kita masing masing ada merasakan keraguan bila melihat insiden dan watak watak didalam gelanggang ketika mereka bergusti.Semuanya nampak terlalu REAL untuk dikatakan ianya hanya sekadar LAKONAN diantara mereka.

Kepada kita yang betul betul berminat menonton WWE Wrestling ini,sama ada kita sadar atau tidak kebanyakan waktu kita sudah dapat meneka apa yang akan dilakukan oleh para penggusti ini mengikut watak masing masing.Dari masa kesemasa watak watak penggusti ini akan berubah dari "penggusti baik" yang disukai kepada "penggusti jahat" yang dibenci dan begitulah sebaliknya.Ini dilakukan berulang kali tanpa kita sadar kerana terlalu percaya semuanya itu benar belaka.

Mana boleh berlakon kata kebanyakan dari kita sebab ada masanya "kecederaan parah" para penggusti benar benar berlaku dengan darah memancut keluar dari dahi,hidung dan muka atau ada yang patah anggota dan kadang kadang ada yang menemui MAUT didalam gelanggang.Memanglah itu REAL dan bukannya special effect macam dalam lakonan filem,tapi kepada semua "pemain industri gusti" ianya sebahagian dari WORK HAZARD mereka yang tidak dirancang atau mampu dielakkan.

Lojiknya mana ada manusia biasa yang yang boleh dipukul bertubi tubi dibahagian kritikal dibadan sehingga lembik tapi dalam beberapa minit boleh pulih kemudian membalas balik sehingga lawannya pula lembik?Kadang kadang ini berlaku berkali kali dalam sesuatu perlawanan gusti sehingga tamat dan kita semua yakin giler yang ianya semua BENAR dan bukan LAKONAN.

Diakhir setiap episod WWE yang disiarkan di tv pasti ada insiden berupa "cliff-hanger" yang menjadi sequel (sambungan) untuk episod akan datang dan semua kita akan ternanti nanti apakah kesudahannya minggu hadapan.Tidak kah itu semuanya dirancang dan dilakonkan untuk mencetuskan minat kita terhadap "hiburan gusti" (bukan perlawanan gusti ya) ini seterusnya?WWE itu sendiri pun adalah singkatan untuk World Wrestling Entertainment...jadi ianya HIBURAN lah dan bukan suatu PERLAWANAN saperti kita sangka.Masih tak percaya?

Aku mengambil WWE sebagai contoh untuk membandingkan ianya dengan DUNIA POLITIK.Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dimana sahaja didunia bila POLITIK dan PEMAIN POLITIK beraksi.Kalau WWE adalah "hiburan" untuk mengujakan penonton dan peminat gusti untuk terus mengikutinya,POLITIK pula adalah "lakonan" pemain pemain politik dengan watak masing masing untuk meyakinkan rakyat apa yang dilihat mereka adalah REALITI.Baik ianya hiburan atau lakonan matlamat keduanya sama untuk "kekal relevan" dimata golongan sasar mereka.

Jadi aku ulang kembali ayat awal aku diatas...

"Dalam bahasa mudah apa yang kita nampak dan percaya itu BUKAN dia..."

Itu lah sebenarnya POLITIK NEGARA yang kita lihat selama ini dan ketika ini,masing masing dengan wataknya dan mereka sedang "melakonkannya" untuk buat kita semua percaya.Jadi kalau kita tak mau sia siakan masa kita yang berharga itu,janganlah ambil serius sangat POLITIK ini dengan jadi "tukang fikir" akan segala tok nenek permasaalahan negara.Biarlah PEMAIN POLITIK sahaja yang melakukan "kerja politik" mereka menyelesaikannya (kerana masaalah pun mereka yang cetuskan atau sengaja mereka cetuskan).

Cuba fikirkan sejenak....

Dari hampir 27 Juta orang rakyat negara ini berapa ramai diantara kita yang benar benar boleh memanggil diri kita ini sebagai PEMAIN POLITIK?

Kalau pun kita ini adalah ahli parti parti politik (pro kerajaan atau pro pembangkang) yang kalau dicongak,dikali dan didharab adalah kurang lebih 5 Juta orang...apakah kita ini PEMAIN POLITIK?

Rasa aku tidak kot...kita ini walaupun menjadi ahli parti politik yang berbagai hanyalah PENGIKUT kepada PEMAIN POLITIK dan bukan "pemain" yang sebenar.Dari jumlah 5 Juta orang (ahli parti politik) ini pun hanya kurang lebih SATU RIBU ORANG SAHAJA diantara kita yang benar benar boleh memanggil diri mereka PEMAIN POLITIK NEGARA SEBENAR(sama ada mereka kerajaan atau pembangkang).selebih nya hanya jadi "Pak Sibuk" dalam pentas lakonan politik negara (termasuk aku...he he he).Jadi baki 4,999,000 orang "Pak Sibuk (termasuk aku) campur lagi dengan 22 Juta rakyat Malaysia yang bukan ahli mana mana parti politik...tak usah duk kalut nak fikir hal politik negara.Biarkan PEMAIN POLITIK saja yang buat kerja itu dan kita buat "kerja kita" 5 tahun sekali dipeti undi.

Bergantung kepada "lakonan" siapa lebih mantap dan meyakinkan kita pangkahlah siapa yang kita suka masa itu.Tapi harus diingat walau hak memilih itu HAK kita gunakanlah dengan bijaksana dan berhati hati.Jangan terpedaya dengan "lakonan" yang bila dilakonkan pun tak nampak REAL dan memudaratkan kita dan anak cucu kita akan datang.

WAJIB bagi kita semua orang Melayu untuk memastikan hak dan kepentingan agama dan bangsa tidak kita gadaikan kerana terpedaya dengan "lakonan"PEMAIN POLITIK yang meminggirkan kepentingan Agama dan Bangsa demi mengejar cita cita politik mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Jadi kalau PEMAIN POLITIK (pelakon) selama ini telah memberi persembahan yang terbaik dan memegang watak mereka dengan berkesan...maka apa perlu kita nak menukar "pelakon pelakon baru" yang tidak tentu hala "lakonan" mereka dengan skrip cerita yang tonggang langgang tak tahu yang mana DEPAN dan yang mana BELAKANG.

Kalau hari ini "pelakon utama"NAJIB RAZAK dilihat wataknya saperti "meragukan" kita dari skrip asal yang sepatutnya dia lakonkan...ada kemungkinan...

NAJIB SEDANG BERLAKON DALAM LAKONANNYA

Ini semua mungkin untuk memantapkan lagi jalan ceritanya supaya diakhirnya Orang Melayu akan dipersembahkan dengan cerita HAPPY ENDING....

P/S : Masih tak faham lagi?Kan aku dah kata kita ini bukan PEMAIN POLITIK sebenar mana kita nak faham semua itu....Ingat balik 'katakunci" awal tadi...

"APA YANG KITA LIHAT ITU BUKAN DIA"


APA menyokong DatoAbdul Azeez Rahim untuk pertahankan jawatan..

$
0
0

Pemilihan Umno 2013 akan diadakan tidak berapa lama lagi.Dah ramai pun calun calun yang menawarkan diri mereka sama ada untuk mempertahankan jawatan atau baru nak menawarkan khidmat mereka dalam jawatan jawatan yang terbuka luas untuk ditandingi.


Blog ini tetap dengan pendirian yang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden KEKAL TIDAK DIPERTANDINGKAN diantara dua penyandangnya ketika ini DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin.Jika ada calun lain selain dari kedua mereka yang ingin mencabar mana mana dari dua jawatan diatas adalah diluar kawalan kita,tapi asal saja Presiden dan Timbalan Presiden dilihat bersatu dan tidak bertanding sesama sendiri.

Untuk jawatan Naib Presiden aku belum mahu mengulasnya,nanti bila tiba waktunya aku akan berbuat demikian.Buat masa ini aku hanya nak fokus kepada 25 kerusi Majlis Tertinggi Umno yang aku kira kali ini bakal menyaksikan penyertaan calun yang begitu ramai cuba merebutnya,baik penyandang sekarang mahupun yang baru nak mencuba nasib.

Untuk kerusi Majlis Tertinggi setakat ini aku hanya akan memperkatakan tentang 2 calun sahaja dahulu,seorang adalah penyandang Dato Abdul Azeez Rahim Presiden Kelab Putera 1Malaysia dan Tun Faisal Ismail Aziz Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.



DATO ABDUL AZEEZ RAHIM

Beliau adalah penyandang jawatan sebelum ini dan akan mempertahankannya sekali lagi.Berasal dari golongan "marhaen" Umno yang memanjat tangga kepimpinan melalui gerak kerja sukarelawan yang dipolopori beliau sejak sekian lama.Terlibat dengan misi misi bantuan kemanusiaan baik didalam negara mahupun diluar negara yang kini telah merangkumi 32 buah negara semuanya.Beliau juga terlibat dengan misi membawa pulang hampir 87 gadis bawah umur dan isteri orang yang dibawa lari ke Lombok Indonesia.Ramai mungkin tidak mengetahui yang beliau juga terlibat membawa pulang gadis "kaldai kaldai dadah" dan gadis "sindiket kad kredit" yang dimangsakan dari tahanan luar negara kepangkuan keluarga masing masing.

Kepada para pelajar di Mesir dan keluarga mereka JASA beliau dalam misi membawa pulang pelajar pelajar kita dari sana sewaktu berlakunya krisis disana tidak mungkin mudah dilupakan mereka.Inilah keistimewaan Dato Azeez Rahim yang TIADA calun lain yang boleh dibuat perbandingan jika kita bercakap pasal KERJA KERJA SUKAREKLA.

Walaupun ramai "musuh musuh" politik beliau berusaha untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau lebih lebih lagi selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji,ternyata Dato Azeez begitu tabah menerima segala tohmahan dan cercaan tanpa sekalipun menunjukkan reaksi beliau.

Mari kita tenung satu persatu calun calun yang menawarkan diri untuk jawatan Majlis Tertinggi ini dan bertanya kepada diri kita semua...."Apa yang ada pada mereka yang tidak ada pada Dato Azeez Rahim dan apa yang ada pada Dato Azeez yang tidak dimiliki calun calun lain...?"

Satu lagi pertimbangan yang wajib diambil kira adalah KEJAYAAN Dato Azeez Rahim merampas kembali kerusi Parlimen Baling dari Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu dengan majoriti melebehi 5 ribu.yang boleh kita anggap salah satu KEAJAIBAN PRU 13.

Oleh itu mari kita semua memilih dan meletak Dato Abdul Azeez Rahim untuk satu slot dari 25 kerusi yang ada agar sumbangan beliau kepada masyarakat dan parti akan dapat diteruskan dengan berkesan.



TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Merupakan Exco Pemuda Umno yang juga Ketua kepada Unit Media Baru PPUM yang merupakan salah satu "bala tentera siber" dari beberapa yang ada yang hebat berperang mempertahan Umno dimedan tempur maya sejak beberapa tahun kebelakangan sehinggalah hari ini.Orangnya berbadan kecil tapi jiwanya amat BESAR dalam perjuangan memartabatkan Umno dan bangsa Melayu.

Peluang bersama Tun Faisal sejak 3 tahun lalu memberikan aku kesempatan untuk mengenal hati budi susuk tubuh kecil ini yang begitu besar semangat juangnya.Disamping itu Tun Faisal adalah dikalangan pelapis muda yang begitu berani berdebat dengan siapa sahaja Pemimpin Pembangkang dan ini terbukti dengan beberapa siri debat secara live atau rakaman yang anda boleh ikuti di link http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/09/tunfaisal-bakal-memperkasa-mt-umno.html.

Kepakaran Tun Faisal dalam mengendalikan segala platform Media Sosial dan menganjurkan latihan demi latihan media siber yang bersistematik akan dapat dimanafaatkan Umno secara langsung jika terpilih menganggotai Majlis Tertinggi.Bahkan beliau mampu menjadikan semua kepimpinan tertinggi Umno "celik media baru" jika berkesempatan berada dalam saf kepimpinan yang sama dimana suara beliau akan didengar...tidak saperti sebelum ini.


Proses MEREMAJAKAN UMNO memerlukan pemimpin pelapis muda saperti Tun Faisal berada dalam saf kepimpinan Majlis Tertinggi.Pemuda Umno sendiri telah merestui 3 lagi calun muda dikalangan mereka untuk diketengahkan saperti Dato Razali Ibrahim,Dato Reezal Merican dan Dato Sohaimi Sahdan.Jadi kepada para pemilih jika Umno mahu ditransformasikan maka "suntikan semangat baru" wajib dilakukan dan salah satu kaedahnya dengan membawa masuk pemimpin pemimpin muda pelapis bagi digandingkan dengan pemimpin lama sebelum proses tranformasi sebenar betul betul terjadi.

Olehitu blog ini 100% menyokong Tun Faisal Ismail Aziz untuk satu lagi kerusi Majlis Tertinggi yang 24 itu setelah satu kita mohon diberikan kepada Dato Azeez Rahim.

Jadi kerusi Majlis Tertinggi masih ada 23 untuk calun calun seterusnya...



Apakah KITA faham tapi tidak mengerti? @Najib Razak

$
0
0

Artikel ini bukan ditujukan kepada sesiapa secara khusus,hanya sekadar ingin mengingatkan DIRI AKU SENDIRI dan DIRI KITA SEMUA tentang apa yang selama ini kita FAHAM TAPI TAK MENGERTI,tentang hakikat setiap kejadian yang berlaku hari ini,sebelum ini dan dimasa akan datang.


Kita sebagai Orang Melayu beragama Islam sesungguhnya secara fitrahnya beriman kepada Qada' dan Qadar Allah SWT yang merupakan salah satu cabang Rukun Iman kita yang enam.Kita amat percaya dan amat yakin bahawa segalanya adalah KETENTUAN ALLAH TAALA dan sudah dahulu tercatit di Luh Mahfuz sejak dari Azali lagi dan tiada dakwa dakwi lagi tentang itu.Kita cuma sekadar "ASBAB" untuk segala kejadian itu sapertimana yang telah DITAKDIRKAN ALLAH SWT lama sebelum setiap kita dilahirkan kedunia ini.Melalui apa yang kita lalui dalam kehidupan kita hari ini dan menyaksikan apa yang berlaku disekeliling kita hanyalah ibarat kita menonton tayangan filem dilayar perak dipanggung dan ciniplex...filem yang sudah lama disiapkan oleh Produser(baca Allah SWT)tanpa kita ada kemampuan mengubah atau mengolah jalan cerita tersebut...semuanya kehendak Produser (baca Allah SWT) filem tersebut.

"Tidak bergerak walau sebesar zarah melainkan dengan izin-Nya. Tidak terjadi sesuatu perkara melainkan dengan Kudrat dan Iradat-Nya. Allah s.w.t telah menentukan Qada' sebelum Dia menzahirkan Qadar."

Ungkapan diatas merumuskan apa yang aku tulis sebentar tadi tentang segala kejadian yang berlaku didunia ini sejak wujudnya manusia pertama Nabi Allah Adam a.s sehinggalah manusia terakhir bila KIAMAT menjelma dan menutup lebaran kehidupan manusia ini didunia.

"ORANG LALAI (DARI PEGANGAN TAUHID), TATKALA DATANG WAKTU PAGI DIA MEMIKIRKAN APA YANG HARUS DIKERJAKANNYA. ORANG YANG BERAKAL (BERTAUHID) MENERIMA PEKERJAAN YANG DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T UNTUKNYA."

KITA berada dalam salah satu dari dua keadaan. Jika kuat satu keadaan lemahlah keadaan yang satu lagi. Dua keadaan itu adalah pertamaperhatian kepada diri KITA sendiri dan kedua adalah perhatian kepada Tuhan kita. Jika KITA asyik kepada diri KITA lalailah KITA kepada Tuhan kita. Jika KITA asyik kepada Tuhan kita lalailah KITA kepada diri KITA sendiri.Orang yang lemah tauhidnya akan asyik kepada dirinya dan menjadi lalai daripada mengingati Tuhannya.Orang ini mungkin kuat mengerjakan amal ibadat dan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk.Tetapi,keasyikan kepada diri sendiri membuatnya melihat amal dan perbuatan sebagai hasil yang keluar dari dirinya kerana dirinya dan kembali kepada dirinya.

Jika dia melihat Tuhan maka dilihatnya Tuhan memberinya kebebasan untuk melakukan apa yang dia kehendaki.Dirasakan seolah-olah Tuhan tidak mengganggu pekerjaannya.Dia berpegang kepada kenyataan bahawa Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah nasibnya.Oleh itu,nasib dirinya terletak dalam tangannya sendiri.Dan,Tuhan memberinya nasib menurut usaha yang disumbangkannya.Bagi menjamin dia mendapat nasib yang baik maka dia membuat perancangan yang rapi dan mengambil tindakan yang berkesan.Dia memulakan harinya dengan menyusun jadual yang wajib ditaatinya untuk hari itu.Untung malang nasibnya bergantung kepada kemampuannya untuk merialisasikan apa yang dirancangkannya.

Perkara perkara yang aku nyatakan diatas membawa kepada perkara utama yang ingin aku perkatakan sebagai PERINGATAN kepada diri aku sendiri dan diri KITA semua.Tentang kekalutanPOLITIK Orang Melayu beragama Islam didalam negara hari ini.Kekalutan yang telah membawa kepada perpecahan orang Melayu kepada beberapa kumpulan meski pun KITA melafazkan shahadah yang sama dan mengadap kiblat yang satu.Kekalutan yang tercetus sejak negara ini mula mencapai kemerdekaannya lagi dan kini kelihatan tambah parah bermula diera pemerintahan Abdullah Badawi dan kini diwarisi pula oleh @NajibRazak sejak 2 penggal yang lalu.

Setiap hari Melayu bercakaran sesama sendiri atas nama POLITIK,bukan sahaja terhadap "lawan politik"mereka bahkan lebih teruk lagi percakaran sesama sendiri dalam lingkungan"sahabat politik"mereka sendiri.Percakaran dan perbalahan yang menyaksikan "kuasa politik orang Melayu"tambah lemah dan Kesucian Agama Islam turut menerima tempiasnya...cuba dicabar dan dihina oleh orang bukan Islam.

Bercakap dalam skop Umno sendiri percakaran dan perbalahan dalaman tidak pernah berhenti,cuma sama ada ianya dilakukan secara terang terangan atau dilakukan secara senyap itu saja perbezaan kaedahnya.Fitnah,tohmahan dan penghinaan terhadap sesama sendiri menjadi senjata utama menyerang dan kepimpinan tertinggi Umno dan tidak terlepas menjadi fokus utama adalah Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.Aku juga terlibat dalam"kerja kerja penghinaan" terhadap Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi(kerana masaalah peribadi kami) sehinggalan suatu ketika baru aku tersadar yang aku cuba melakukan"KERJA KERJA ALLAH TAALA"sedangkan semuanya telah"ditentukan" Allah Taala sejak kami berdua belum dilahirkan lagi dan sepatutnya aku menerima"musibah" yang disampaikan Allah Taala kepada aku melalui Pak Lah sebagai "asbab"Nya dengan penuh keredhoaan.Tersentak....aku kembali beristighfar dan menerima ketentuan itu dengan penuh redho.Allah Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui sebagai hambanya...

Apa yang cuba aku ketengahkan disini adalah"keghairahan" kita dalam menghakimi seseorang.Sipolan tu layak sipolan ni tak layak...sipolan ini lebih baik sipolan itu lebih teruk...sipolan tu layak jadi pemimpin sipolan ini pula tak layak...PM dulu bagus PM sekarang teruk dan seterusnya...

Itulah kebanyakan dari KITA merasakan KITA punya KUASA untuk menentukan segala galanya sehingga terlupa yang segala KUASA PENENTU hanyalah ada pada Allah SWT...hanya DIA dan DIA sahajalah penentu segalanya walau sehebat mana manusia merancang.

Keberadaan Tun Abdullah untuk seketika dalam tampuk pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum dijatuhkan adalah perancangan dan ketentuan Allah SWT dan hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahui akan"hikmah"nya untuk Umat Melayu.Walaupun kebanyakan KITA melihat Pak Lah sebagai"musibah" kepada politik umat Melayu tetapi "hikmah hikhmah tersembunyi" terlalu banyak untuk kita lihat jika KITA sanggup membutakan mata zahir kita dan mencelikan "mata hati" kita untuk melihat semua itu.Paklah menjadi Perdana Menteri kita yang paling dibenci rakyat bukan kerana "tidak disengajakan" atau berlaku secara accident.Paklah menjadi Perdana Menteri atas "tiket"KUN FAYAKUN ALLAH SWT.Bila DIA berkehendakan Jadi! maka jadilah ianya...dan siapalah kita untuk mempertikai atau memperdebatkan "pilihan dan lantikan" Allah Taala..?

Hari ini DS Najib Razak menerima nasib yang sama hasil"mewarisi"kerajaan yang sama tapi telah "dirosakan" oleh Pak Lah.Berbeza dengan Perdana Menteri sebelum ini Najib menerima kerajaan ini sebagai amanah dalam keadaan Kerajaan Melayu ini amat lemah,berpecah belah dan penuh dengan anasir anasir parasit yang cuba merosakan kesatuan orang Melayu yang telah sedia dilemahkan selama 6 tahun oleh PM sebelumnya.

Hari ini "lagu lama" yang didendangkan untuk Pak Lah turut didendangkan kepada DS Najib untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan semestinya sebagai Presiden Umno oleh banyak pihak yang terpengaruh dengan irama sumbang senikata pincang lagu lama yang dimainkan oleh pihak tertentu yang beriya iya mahu melihat Melayu dan Islam itu  hancur dibumi bertuah bernama Semenanjung Tanah Melayu ini.

Tidak menjadi kesalahan langsung untuk KITA menegur dan mengkritik apa yang KITA rasa tidak kena dengan pemimpin kerana itu menjadi TANGGUNG JAWAP kita sebagai rakyat yang memerhati apatahlagi rakyat yang terkesan dengan tindak tanduk dan keputusan bodoh pemimpin.Tapi elakkan menjadi"penentu" tentang siapa yang patut memimpin kerana buat masa ini DS Najib berada dimana dia berada hari ini atas kehendak dan Kun Faya Kun Allah Taala.Kalau esuk lusa Allah mengkehendaki orang lain mengambil alih kepimpinan Najib pun kita wajib akur.

Tapi KITA berilah peluang kepada beliau membuktikan dirinya dengan"Mandat Najib"yang diberikan rakyat dalam PRU13 yang baru lalu.Sepenggal memerintah dengan "Mandat Pak Lah" pasti banyak cacat celanya dan aku percaya Najib sedang cuba melakukan yang terbaik untuk Melayu dalam kesulitan bernafas dengan mandat yang boleh kita anggap tidak begitu kuat dan selesa untuk dia menunjukan taringnya.

Andaikata beliau tetap GAGAL setelah KITA bagi peluang,maka barulah kita melakukan apa yang patut untuk memastikan Melayu terus dipimpin oleh hanya pemimpin yang kuat dan berani membawa agenda Islam dan Melayu sebagai agenda utama mereka.Aku percaya Najib sedang melakukannya secara senyap dan tidak kelihatan disebabkan kengkangan faktor "kekurangan kuasa" tadi dan aku juga percaya bilamana"kuasa politik orang Melayu" kembali kedalam genggaman KITA,Singa Singa Melayu akan mengaum semula dipuncak bukit.

Akhir kata,apabila seseorang itu berfungsi mengikut urutan takdir dia dapat menerima akibat daripada takdir itu walaupun akibat itu tidak menguntungkannya.Jika akibat yang baik sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan memeliharanya agar tidak terjadi sia-sia kebaikan yang diterimanya dan dia bersyukur. Jika akibat buruk yang sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah s.w.t akan menguatkannya dengan kesabaran dan keredaan.Hati yang benar-benar bertauhid tidak dapat diganggu gugat oleh apa-apa pun.

WAALLAHU'ALAM

P/S : Katakunci hari ini...
Biarlah Allah buat kerja Tuhan dan kita buat kerja Manusia...

Umno "cawangan artis" bernafas kembali....@NajibRazak

$
0
0

Antara AJK Cawangan Umno Pusat Bandar yang ramai artis artis
menjadi ahlinya...

Malam ini berlangsung 2 Persidangan Umno Cawangan yang berada di Bukit Antarabangsa.Satu adalah cawangan paling lama wujud disini iaitu Umno Cawangan Pusat Bandar BA dan satu lagi Umno Cawangan Bukit Antarabangsa yang diketuai oleh Sdra.Azwandin Hamzah Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM).


Memandangkan kedua persidangan ini berjalan serentak di  di dua venue berlainan dan aku dijemput hadhir maka terpaksalah aku terkejar kejar memenuhi undangan ini.Nasib baik juga jarak antara kedua venue ini tidak sampai 1.5km.Jadi aku rangkumkan kedua persidangan ini dalam artikel ini dengan memberi perhatian lebih terhadap Umno Cawangan Pusat Bandar yang juga dikenali sebagai "Cawangan Artis" oleh masyarakat tempatan.


Allahyarham Hani Mokhsin

Cawangan ini adalah cawangan paling awal Umno di Bukit Antarabangsa yang diasaskan oleh Allahyarham Zainuddin Zimbo seorang artis veteran.Sewaktu hayatnya cawangan ini agak aktif dengan keahliannya yang terdiri dari artis artis tempatan berbagai cabang seni.Bila Allahyarham Zainuddin Zimbo pulang menemui ilahi cawangan ini diambil alih Sdra Azahari Hj Rahman dengan Allahyarham Hani Mokhsin menjadi Ketua Pemudanya.Pada ketika itu cawangan ini terus aktif dengan Allahyarham Hani Mokhsin memegang teraju utama memainkan peranan beliau terus berhubung dengan golongan artis ini.Tapi dengan pemergian Hani Mokhsin pula menemui ilahi "cawangan artis" ini juga turut menjadi sepi hari demi hari dan artis artis yang bernaung dibawahnya turut menyepi diri dari melibatkan diri dalam aktivitinya.Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini cawangan ini hampir hampir menemui 'ajalnya" sapertimana pengasasnya yang telah dahulu pergi.


Tragedi yang meragut nyawa Hani Mokhsin

Tapi atas inisiatif Sdra Azahari Hj.Rahman maka Kapten Mohd Nor Bon seorang dramatis diberi kepercayaan untuk menghidupkan kembali cawangan ini dengan mendaftar ahli ahli baru dikalangan artis yang ada hari ini.Antara yang awal menyambut seruan ini adalah pelakon 80an Liza Abdullah dan rakan rakan artis yang lain.Diharap lebih ramai artis artis lain yang akan mendaftar diri sebagai ahli dan diharap artis artis yang selama ini telah menjadi ahli akan kembali bergiat aktif.


Kapten Mohd Nor sebak mendengar ucapan penyerahan jawatan
oleh Sdra Azahari Hj Rahman..

Persidangan malam ini menyaksikan Sdra Azahari menyerahkan kepimpinan Ketua Cawangan kepada Kapten Mohd Nor secara sukarela tanpa ada pertandingan dan disetujui sebulat suara oleh semua yang hadhir.Turut hadhir memberi sokongan adalah penyanyi/pelakon 80an Aman Shah,Datuk Shah Reza dan paling mengujakan dramatis Beego bakal mengemudi kepimpinan Pemudanya.Aku difahamkan akan ada ramai lagi "artis meletop" yang akan mendaftarkan diri menjadi ahli Umno cawangan ini.


Bekas ketua dan ketua cawangan yang baru dilantik

Aku bangga melihat golongan artis kita mahu melibatkan diri dalam politik dan tanggapan negatif masyarakat selama ini kononnya mereka tidak peduli akan hal berkaitan politik negara ternyata salah.Harapan aku agar "cawangan artis" akan kekal aktif dan dapat menyumbang terhadap kesedaran politik golongan artis dan seterusnya menyumbang kepada negara.






Artis 80an Aman Shah yang tak reti nak tua...



Wakil Bahagian Sdra Nazim calun BN untuk PRU13 yang
tewas kepada Azmin Ali




Ketua Pemuda Beego yang baru tiba..




Betapa segaknya Ketua Pemuda kita..














Datuk Shah Reza merupakan ahli lama yang muncul kembali..




Apa agaknya yang diperkatakan mereka?



Sdra Azhar Ketua Penerangan membacakan doa







Aku dan Datuk Shah Reza sama sama menuntut
di St.John's Institution pada tahun yang sama



Menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Umno



Sepatutnya lebih ramai artis yang hadhir tapi
ramai yang terlibat dengan shooting..













Sdra Azahari menyampaikan amanat terakhir..










Datuk Bad pun singgah menjenguk..




Azlie calun Exco Pemuda Umno Malaysia





Kapten Md.Nor sebak menerima kepimpinan dari ketua yang lama..




Amir...anak arwah Zainuddin Zimbo yang tidak pernah gagal hadhir
dalam mesyuarat cawangan yang diasaskan oleh ayahnya..





AJK yang baru bergambar beramai ramai..






BAHAGIAN II

Persidangan Umno Cawangan Bukit Antarabangsa
Poolside Oakleaf Club
Bukit Antarabangsa



Menanti ketibaan ahli ahli



Sdra Azwandin sibuk berSMS mengingatkan ahlinya agaknya..



 
Penyanyi 80an Halil Chik juga adalah ahli Umno cawangan ini..



Sahabat kami Sebastian yang begitu selesa bergaul dengan orang Melayu..
Umur beliau dah menjangkau 80 tahun dan banyak sejarah negara yang beliau lalui..





Imam Masjid Bukit Antarabangsa turut hadhir..




Ketua dan Naib Ketua Sdra Omar Salleh






Aku pun enter frame sekali sekali...



Peminat peminat Halil Chik..



Bergambar beramai ramai sebelum bersidang..











Ahli ahli Puteri..



Puan Shah Banu dari Wanita Bahagian


Aman Shah tersalah rumah...he he he.
Rumah satu lagi lah Aman...



Rakaman berhenti disini kerana aku terpaksa berkejar ke persidangan
"Cawangan Artis" pula...
Sambung semula gambar dibawah...



Aku tiba ditengah ucapan Dato Mail yang berapi rapi..



Ahli ahli Puteri yang tekun mendengar..






WaAllahi...Wabillahi...WatAllahi...



Itu lafaz Dato Ismail Kijo terhadap Fitnah dan Tohmahan
yang dijaja bertahun tahun mengenai beliau...



Masih tak percaya lagi...?











Tuan Azman Wahid yang akan mencabar Dato Mail..
Pertandingan adik beradik kan...




Datuk Baderihisham calun Timbalan Ketua pun ada..


Hadiah @NajibRazak kepada "Melayu Setia" pengundi BN PRU13..What say you?

$
0
0


Hebuh diperkatakan sebelum ini...

NAJIB AMPU CINA...NAJIB JILAT CINA...NAJIB BODEK CINA

NAJIB JUAL ORANG MELAYU...NAJIB PINGGIRKAN ORANG MELAYU..

NAJIB GADAIKAN HAK DAN MARUAH ORANG MELAYU !


Ternyata hari ini semua PERSEPSI ini dipatahkan dalam pengumuman 34 Touch Points oleh Najib kepada Melayu/Bumiputera sebagai "balasan" kesetiaan tidak berbelah bagi ORANG MELAYU/BUMIPUTERA SABAH SARAWAK terhadap Kerajaan Barisan Nasional dalam Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam hari ini.

Ini baru AGENDA MELAYU yang diwawarkan secara terang dan jelas dari "ratusan agenda agenda" yang tidak perlu Najib KOKOKAN demi kelangsungan keperkasaan orang Melayu yang  mahu dikejutkan dari lena yang panjang...ADA PERKARA TIDAK PERLU DIJELASKAN DENGAN KATA KATA...

Selepas meneliti 34 TOUCH POINTS dibawah,siapa masih mahu mengatakan yang @NajibRazak...

MELEBIHKAN KAUM CINABENG DARI BANGSA BELIAU SENDIRI?

Nota :Jom senaraikan apa saja yang telah diberikan Najib kepada kaum Cinabeng ini sejak mengambil alih dari Pak Lah dan bandingkan dengan apa yang tersenarai dibawah.Masih kita mahu mengatakan Najib tidak pedulikan bangsanya sendiri?

Ini baru yang "tersurat'....masih banyak lagi yang kekal "tersirat"...

*******************

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.-Perak Today

Ucapan @NajibRazak yang wajib diperhalusi yang mengaku diri pejuang bangsa..

$
0
0


MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU), JAM 10.00 PAGI, BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR. ----

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya. 

2.    Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3.    Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4.    Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita. 

5.    Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

6.    Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7.    Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik. 

8.    Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

9.    Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.    Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11.    Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12.    Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020. 

13.    Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

14.    Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15.    Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969. 

16.    Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan. 

17.    Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18.    Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional. 

19.    Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20.    Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21.     Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara. 

22.    Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23.    Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus. 

24.    Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25.    Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26.    Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. 

27.    Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum. 

28.    Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29.    Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

30.    Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro. 

31.    Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas. 

32.    Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama :MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33.    Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran. 

34.    Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

35.    Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

36.    Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah. 

37.    Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38.    Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua :MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39.    Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham. 

40.    Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, 

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41.    Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.

42.    Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat. 

43.    Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44.    Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

45.    Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing. 

46.    Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar. 

47.    Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

48.    Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad. 

49.    Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

50.    Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak. 


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

51.    Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

52.    Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

53.    Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar. 

54.    Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55.    Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56.    Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream. 

57.    Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera. 

Tuan-tuan dan Puan-puan, 

58.    Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

Tuan-Tuan dan Puan-puan, 

59.    Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera. 

60.    Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi. 

61.    Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62.    Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau. 

63.    Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan.Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

64.     SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

65.    Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima :MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

66.    Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

67.    Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera. 

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

68.    Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan. 

Bahawasanya:

“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

69.    Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

70.    Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

71.    Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain. 

72.    Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama. 

73.    Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

74.    Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam. 

75.    Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

76.    Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

77.    Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan. 

78.    Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

79.    Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

80.    Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81.    Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang ............................................ 

82.    Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83.    Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

84.    Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila. 

85.    Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai. 

HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

Hubungan dengan PKR buat Pas lemah - Ketua Dewan Ulamak Pas

$
0
0

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Ketua Dewan Ulamak Pas,Datuk Harun Taib.

Ayat diatas bukan aku yang kata atau bukan Umno yang kata,jauh dari nak memfitnah atau nak tohmah Pas terhadap hubungan sonsang mereka dengan PKR.Kata kata aku petik dari laporan blogger pro-Pas sendiri Anak Sungai Durhaka. (printscreen dibawah).



Aku takde banyak nak tambah tentang seranan Datuk Harun Taib tu sebab aku rasa semua Ahli Pas dari semua peringkat faham akan maksud Ketua Dewan Ulamak mereka sebab dia bercakap dalam Bahasa Melayu,bukan Bahasa Jepun,bukan Bahasa Jerman dan bukan apa juga bahasa yang orang Melayu Pas tak faham..

Kalau tak mahu faham juga,apakata rendam kopiah putih atau serban masing masing dalam mana mana kolah air masjid pilihan masing masing kemudian buat mandi dan minum sedikit supaya otak tu jadi cerah dan mudah faham saranan Ketua Dewan Ulamak korang.

Kalau masih tak boleh faham jugak selepas melakukan 2 perkara diatas,apakata korang berhenti jadi ahli Pas dan daftar diri korang dengan Parti DAP sebagai ahli Melayu dan perjuangkan Islam dari situ pulak?

Tenguk boleh ke tidak?

Artikel Cina WAJIB baca : Perubahan Di Malaysia Dari Kaca Mata Lee Kuan Yew

$
0
0


Komen oleh Wong Chun Wai:-

Landskap demografi politik sudah berubah dan akan terus menjadi lebih drastik dalam tahun-tahun mendatang:-

SAYA baru habis membaca buku One Man’s View of the World’ nukilan Lee Kuan Yew (LKY), iaitu koleksi berdasarkan analisanya terhadap pelbagai subjek di serata dunia.

Tidak dapat dinafikan bekas Perdana Menteri Singapura itu seorang yang intelek. Pemahaman dan pemikirannya masih lagi tajam. Beliau menggunakan bahasa mudah untuk berkongsi fikiran berkaitan sesuatu subjek yang mungkin menjadi kurang menarik jika dipersembahkan oleh diplomat dan ahli akademik.

Kebiasaannya, seperti warganegara Malaysia yang lain, saya mula membaca bab mengenai negara ini yang mana sebahagiannya dibuat dalam format soal dan jawab.

Ada satu para yang paling menonjol, iaitu mengenai pengalamannya menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Singapura ketika ia masih lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apa yang ditulisnya relevan sehingga hari ini dan ada sesuatu untuk kita semua, terutamanya bagi generasi muda untuk berfikir atau merenung sejenak berkaitan masa depan negara yang hangat diperdebatkan berikutan keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

Antara 1963 hingga 1965, sebagai Perdana Menteri Singapura, Lew Kuan Yew menulis bahawa beliau perlu menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja di Malaysia.

“Pemerintah yakni Raja-raja semuanya adalah Melayu, memakai uniform dan ditemani oleh pembawa pedang. Semua ketua menteri memakai pakaian Melayu tradisional dan saya satu-satunya yang terkecuali.

“Ini bukan sekadar simbol. Ia menunjukkan satu pernyataan: Ini adalah sebuah negara Melayu. Jangan anda lupakan itu.”

Tetapi memorinya lupa sesuatu. Beliau bukan satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang hadir. Ketua Menteri Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah juga bukan berbangsa Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang ialah Wong Pow Nee yang mewakili MCA, iaitu ketua menteri pertama apabila negara ini ditubuhkan pada 1957 dan berkhidmat sehingga 1969 apabila negeri itu jatuh ke tangan parti pembangkang, Gerakan.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan, yang berkhidmat dari 1963 hingga 1964. Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah Donald Stephens, juga berkhidmat dari 1963 hingga 1964 dan kemudiannya digantikan oleh Peter Lo Sui Yin. Stephens menubuhkan United Sabah National Organisation manakala Lo pula menubuhkan Sabah Chinese Association. Jadi, dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Lee itu, beliau bukanlah satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang hadir.

Tahun 2013 atau hari ini, satu-satunya bukan Melayu dan bukan Islam yang menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wakil Cina dalam kerajaan Persekutuan, dengan pengecualian terhadap mereka yang dilantik berdasarkan jawatan bukan ahli politik telah dikurangkan kepada tiada.

Pada PRU-13, UMNO mempamerkan prestasi lebih baik dengan memenangi 88 kerusi manakala parti komponen lain yang mewakili kaum Cina – MCA, Gerakan dan SUPP mengalami kekalahan di luar dugaan.

Realitinya ialah majoriti kaum Cina enggan mengundi Barisan Nasional yang mana analisis akhir menunjukkan hanya 16 peratus daripada mereka mengundi dan berpihak kepada BN. Undi Cina tidak pernah kekal, dan mereka ini dikenali telah beralih sokongan pada pilihanraya-pilihanraya tertentu sebelum ini.

Tetapi, penolakan kuat terhadap Barisan adalah disebabkan mereka dijanjikan dengan kepercayaan bahawa kaum Cina dapat membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru jika mereka mengundi pembangkang.

Malah ramai pulang dari luar negara dan berharap untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah itu. Mereka mahu menghukum UMNO tetapi akhirnya, parti berasaskan kaum Cina yang menerima akibatnya.

Tidak ramai yang bersedia untuk menerima realiti bahawa hanya ada 45 kerusi majoriti Cina daripada 222 kerusi Parlimen dan jika setiap pengundi Cina mengundi pembangkang, tidak mungkin Barisan boleh ditewaskan, kecuali kaum Melayu membuat keputusan menolak atau tidak menyokong parti tersebut.

Segala perbahasan berkaitan sistem pilihan raya, proses persempadanan semula, tsunami Cina atau urban tsunami dan kelebihan sokongan luar bandar lebih bersifat akademik jika dibandingkan dengan realiti politik sebenar.

Bulan lalu, laman berita portal, The Malaysian Insider melaporkan Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre menyebut kajian menunjukkan majoriti pengundi Melayu yang kali pertama membuang undi dan pengundi muda telah memberi sokongan mereka kepada Barisan, menunjukkan pembangkang tidak dapat menyakinkan golongan muda Melayu bahawa masa depan mereka terjamin dengan menyokong PAS, PKR dan DAP.

Berdasarkan kepada profil populasi, kaum Melayu akan membentuk pengundi baru dalam pilihan raya akan datang berbanding hampir 2/3 atau 64.17 peratus pengundi baru yang didaftarkan tahun ini. Dalam analisa berdasarkan corak mengundi bagi pengundi kali pertama dan pengundi muda, Merdeka Centre yang juga menjalankan kajian terhadap PRU-13 mendapati berdasarkan kepada kertas undi yang digunakan pada hari pengundian, ada lagi 2.7 pengundi dan pendaftaran pengundi baru ini dikesan di kawasan kerusi bercampur dan bandar

Ia mengumpulkan pengundi kepada lima saluran mengundi yang setiap satunya mewakili kumpulan umur. Daripada lima saluran atau kumpulan umur itu, kumpulan paling muda berumur bawah 30 tahun adalah 64.17 peratus Melayu. Peratus keluar mengundi bagi semua kaum dalam kumpulan ini untuk kali pertama dan pengundi muda ialah 83.22 peratus. Daripada jumlah itu, hanya separuh atau 52.96 peratus mengundi Pakatan.

Suffian memberi nasihat kepada Pakatan agar mereka terus memperkukuhkan perjuangan dalam hak Melayu dan bersama-sama mewujudkan pelan yang memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan dan kekayaan. Pakatan, terutamanya PKR harus berjuang untuk hak dan kedudukan Melayu jika mahu meraih sokongan dan undi kaum itu. Dalam kata lain, mereka perlu bersaing dengan UMNO.

Ulama PAS yang kini dalam persiapan menghadapi pemilihan parti sudah pun memberi arahan kepada ahli perwakilan untuk menolak kem Anwarinas yakni pemimpin PAS yang dikatakan bersekutu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipersalahkan atas kekalahan parti di Kedah dan banyak kerusi lain.

Bagi seorang penganalisa bijak seperti LKY, beliau tidak akan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Wujud kebencian di Putrajaya, sehingga hari ini apabila pengundi Cina menolak Barisan.

Sebaliknya, kaum Cina kebanyakannya di kawasan bandar melihat keputusan dan tindakan mereka itu sebagai meluahkan rasa kecewa atas banyak ketidakadilan berkaitan peluang mendapatkan biasiswa, kemasukan ke universiti juga kontrak kerajaan.

Kaum Cina juga merasakan Malaysia menjadi negara yang lebih Islam dan dalam situasi bahaya kehilangan identiti Melayu yang sederhana. Politik wang dan rasuah yang muncul dan semakin kukuh juga menyebabkan wujudnya rasa kebencian itu.

Sebaliknya, dari segi hak Melayu pula, banyak kompromi telah dilaksanakan bermula dari penubuhan negara ini, malah nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, peruntukan kewarganegaraan dan jaminan penggunaan bahasa Cina sebagai medium arahan di sekolah menjadikan Malaysia salah sebuah negara selain China dan Taiwan yang juga berbuat demikian.

Seperti mana yang ingin kita lihat mengenai masa depan Malaysia, realitinya kaum akan terus menjadi faktor dengan populasi Melayu berkembang manakala populasi Cina terus menurun.

Pada 2011, bancian mendedahkan populasi Malaysia berkembang dua kali ganda iaitu dari 13.7 juta pada 1980 kepada 28.3 juta pada 2010.

Kaum Bumiputera berjumlah 17.5 juta atau 67.4 peratus daripada populasi itu, manakala Cina mewakili 24.6 peratus dengan 6.4 juta; India pula 7.3 peratus atau 1.9 juta manakala yang lain-lain membentuk 0.7 peratus atau 200,000 penduduk.

Rakyat asing merekodkan 8.2 peratus atau mewakili 2.3 juta penduduk, lebih ramai daripada kaum India.

Berdasarkan kepada trend semasa, unjuran mendapati populasi bukan Melayu akan terus menurun dengan ada yang mengatakan menjelang 2050, sekurang-kurangnya ada 80 peratus Bumiputera di Malaysia dan hanya 15 peratus Cina dan kira-kira 5 peratus India.

Malah, LKY dalam tulisannya meramalkan “akhirnya” kaum Cina dan India memberi kesan kecil di pusat mengundi. Apabila tiba hari itu, dengan tiada undi untuk tawar menawar, pengundi Cina dan India tidak boleh berharap untuk menjadi masyarakat yang adil dan sama rata,”

Seperti kebiasannya, pasti ada pihak yang tidak bersetuju dengan penilaian ini kerana mereka merasakan kaum tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria dalam pilihan raya kerana Malaysia mengamalkan demokrasi.

Mereka akan menyatakan Melayu bandar yang mengundi pembangkang berdasarkan kepada kemenangan pemimpin PKR di kawasan bandar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mereka percaya parti yang berasaskan kaum akan berakhir untuk memberi ruang untuk parti yang berbilang kaum.

Tetapi, masih sukar untuk ahli politik keluar atau lari daripada memperjuangkan kepentingan kaum utama di negara ini. Ia juga sama seperti di negara lain.

Dalam buku ini, LKY bertanya jika Malaysia menjadi sebuah negara bangsa sama, adakah kemungkinan keistimewaan Melayu akan dilepaskan, di mana beliau menjawab: “Anda percaya majoriti akan sokong pemimpin yang mahu melepaskan keistimewaan mereka?”

Dan mengenai Pakatan? LKY berkata, “bagaimanapun, apabila bercakap mengenai masalah, PR tidak akan mampu berbuat apa-apa dengan ketuanan Melayu dan di saat pembohongan dibuat dan memiliki kuasa penuh untuk bergerak ke depan, ia akan berpecah dari dalam atau lumpuh dengan kebimbangan”.

“Sebarang parti yang mengambil alih UMNO dan menjadi parti utama mewakili kepentingan Melayu tidak akan jauh berbeza daripada UMNO.”

LKY tidak boleh dipersalahkan di atas pragmatiknya, meskipun seseorang itu tidak bersetuju dengan politiknya.

Landskap demografi politik sudah berubah secara dramatik dan akan lebih drastik pada tahun-tahun mendatang.

Bagi masyarakat Cina, mereka seharusnya belajar menjadi lebih strategik dan realistik dalam menilai peranan komuniti di negara ini, seperti yang diperhatikan oleh LKY.

Sumber terjemahan : Perak Today

Pilihan antara "Penyamun Yang Kita Kenal" dengan "Penyamun Yang Belum Dikenal"...ada masaalah?

$
0
0

Aku belumlah lagi memberikan sokongan terbuka kepada @NajibRazak,tapi kepada pengikut setia blog ini pastinya mereka dapat merasakan akan perubahan pandangan aku terhadap Najib Razak yang selama ini menjadi BAHAN BELASAHAN blog ini.Walaupun aku belum lagi menyatakannya dengan tepat tapi cara penulisan dan gambar gambar yang aku paparkan sejak kebelakangan ini mengambarkan perubahan itu.


Dalam banyak komen komen yang dilontar dalam beberapa artikel aku disini ternyata ramai yang "kecewa" dengan perubahan sikap aku ini dan dalam hal ini aku bersikap terbuka dan berlapang dada,walaupun banyak tuduhan tuduhan liar mengatakan aku dah "dibayar" lantas mengubah pendirian aku.Kalau bukan tuduhan "telah dibayar" apa lagi yang boleh dikatakan mereka untuk mengaitkan aku dengan perubahan yang berlaku.Lantas bagi mengelakan perdebatan sia sia maka aku "mengelak" dari menjawap setiap komen yang dilontar mulai sekarang.

Pembaca blog aku berhak untuk meluahkan kemarahan dan pendapat mereka,maka aku akan mempertahankan "hak mereka" itu dengan membiarkan ruang komen aku ini diakses sebebas bebasnya TANPA TAPISAN langsung.Cuma komen yang "terlalu melampau" tehadap individu lain yang akan aku DELETE kemudianya jika betul betul perlu.Perlu diingat sebagai tuan-punya blog aku juga akan DIPERTANGGUNG JAWAPKAN atas komen komen anda yang tersiar disini.Jadi gunakanlah ruang komen blog ini sebaik mungkin...

Berbalik kepada perubahan sikap dan pandangan aku terhadap kepimpinan Najib sejak kebelakangan ini..

Sebelum aku teruskan suka aku nak mengingatkan para pembaca blog ini...disamping aku sebagai seorang blogger kritikal,aku juga blogger penyokong kerajaan..ahli Umno yang aktif dan akan menawarkan diri sebagai AJK Bahagian dimana aku bernaung dipemilihan kali ini.Jadi aku ada 2 peranan yang wajib aku mainkan...1.Sebagai blogger yang tidak takut menegur...dan 2.Sebagai ahli Umno yang bertanggung jawap mengkritik secara menbina sambil menjaga kesejahteraan parti agar terus utuh.

Kalau yang mengkritik aku terdiri dari penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat yang selama ini duk "tumpang sekaki" syok aku membalun Najib dan Umno...aku tak ada apa yang perlu nak jawap kepada korang cuma ucapan terima kasih kerana sudi jenguk blog aku ini walaupun kita berlainan ideologi.Aku suka Najib atau tak suka Najib atau sokong pemimpin lain dalam Umno tak mendatangkan faedah apa apa kepada korang sebab yang pasti korang tetap ABU (Asal Bukan Umno).

Aku cuma nak bercakap dengan orang Umno yang selama ini yang marahnya masih belum reda walaupun semalam Najib dah pun mengumumkan "pelan tindakan" untuk bangsa Melayu/Bumiputera sebagai menghargai sokongan yang korang semua berikan kepada Barisan Nasional dalam PRU13 sehingga membolehkan BN membentuk kerajaan pusat sekali lagi dan sebagai tanda KEPERIHATINAN dia terhadap segala persepsi dan andaian yang dibuat selama ini seolah olah dia melebihkan bangsa Cina lebih dari bangsanya sendiri.

Sebagai permulaan kenapa tidak kita kumpulkan "segala tok nenek pemberian" Najib kepada bangsa Cina ini dari hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri sehingga waktu ini?Kita jumlahkan semua pemberian itu dan jangan ada tertinggal satu pun lalu kita bandingkan dengan apa yang diumumkan Najib semalam?

Apakah jumlahnya sama atau amat jauh berbeza?

Itu tak perlulah kita ambil kira apa yang "telah diberikan" Najib kepada bangsanya selama ini dan apa yang dan sedang diberikan  SECARA SULIT kepada orang Melayu selama ini.

Kalau korang dah buat semua PERKIRAAN diatas dan masih mendapati Najib "memberi lebih" kepada Cina berbanding bangsanya sendiri...AKU RELAKAN MUKA AKU KORANG LUDAH kerana memberi fakta yang salah.Korang boleh LUDAH muka aku secara berkumpulan dimana saja tempat yang korang atur dan aku BERJANJI akan turun...WaAllahi..Wabillahi...WatAllahi...aku bersumpah dengan nama Allah Taala.

Tapi...

Setelah korang bentangkan PENYATA KIRA KIRA yang aku minta korang lakukan diatas untuk dibuat perbandingan.Kalau setakat cakap cakap kosong tanpa fakta...tak dapek den nak nolong..mintak maaflah.

Satu lagi yang harus diingat oleh kita sebagai AHLI UMNO adalah pemilihan yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.Suka tak suka kita kena membuat pilihan kita.Dari peringkat Bahagian sehinggalah keperingkat Pusat kita kena menentukan pemimpin yang kita suka.Bercakap tentang pemimpin yang kita suka...ianya tiada kena mengena dengan siapa yang orang lain suka.Adalah menjadi HAK kita untuk memilih siapa saja dikalangan yang menawarkan diri sebagai "pemimpin yang kita suka" dan bukan apa yang "orang lain suka".Bukan begitu ke...????

Jadi kat mana SALAHnya aku kalau aku menyokong @NajibRazak..????

Kat mana silapnya kalau aku sokong Azeez Putera ke....Azeez Mamak ke....Azeez Penyamun ke...Azeez Jepun ke...atau sesiapa sahaja pemimpin "PILIHAN AKU" sendiri?

Lagipun mana ada satu pemimpin dalam Umno yang bukan Penyamun?

Kalau dah kita tahu SEMUANYA PENYAMUN apa isunya disini?

Kita cuma memilih sama ada untuk"mengekalkan" atau "menggantikan" penyamun yang sedia ada dari yang "penyamun lama" kepada "penyamun baru"....NO BIG DEAL !

Jadi korang jalankan HAK KORANG dan aku jalankan HAK AKU...habis cerita.Jangan duk pening peningkan kepala nak jadi "pencatur kuasa" yang tak dibayar gaji....

Aku cuma pinjam kaedah Tun Mahathir....

Baik aku pilih PENYAMUN YANG AKU KENAL dari memilih PENYAMUN YANG AKU BELUM KENAL...tu aje.

PENYAMUN TETAP PENYAMUN....

Kah Kah Kah.

P/S : Kalau korang rasa nak duk rumah tak mau keluar "memilih penyamun" pun oke je...Orang kata ada pun tak menokok,takde pun tak mengurangkan.Tapi jangan jadi macam cerita Pak Pandir marah orang tak jemput dia makan kenduri,jadi bila dia dijemput dia enggan pergi sambil berkata dalam hatinya..."Padan muka korang kali ini aku tak datang..takde sape nak makan makanan aku,haritu sape suruh tak jemput aku..."

Kalau ikut akal Pak Pandir jadilah kita orang yang merasa untung tetapi sebenarnya rugi...



Apa yang tidak diketahui mengenai PEMANDU selama ini...@NajibRazak

$
0
0

Kita attack "driver" yang salah ke selama ini?


PEMANDU, The Animal

As I was driving along NKVE today, and after reading so many comments in the blogosphere on this animal in Government called PEMANDU, Prime Minister’s Department, I made up my mind that it is time for "A Piece of My Mind".

I will start by saying this. The recent “anonymous emails” on PEMANDU that were sent to and published by my fellow brothers and elite bloggers – RockybruOutsyed The Box,Another Brick In Wall and others – are indeed perception manipulation and deceptive. There are a lot of misinformation that are being thrown around and as a fellow concerned Malaysian, I would have done the same and published those information/mysteries of PEMANDU as my fellow brothers did if the emails were sent to my inbox.


For those who are watching this wrestling match, you may call it a war game in the run up to UMNO elections between aspiring candidates, you can speculate that it is an all out Rest of The Government vs PEMANDU. Be my guest, and let your imaginations go wild!

Let's list down the many comments that have been going around on PEMANDU:
  • Datuk Omar Mustapha Ong is the dark hand in PEMANDU
  • PEMANDU consists of consultants (okay okay, con-sultans la)
  • PEMANDU is expensive to maintain
  • PEMANDU spends a lot on consultants
  • PEMANDU has 80-90% Chinese and Indians, minimal bumiputera

I will spend a little bit of time on PEMANDU. It is an interesting topic and I don't want to be left out of this 'roundtable'.


Datuk Omar Mustapha Ong

The naive me, can't help but wonder how does Datuk Omar Mustapha Ong look like. Is he tall, short, thin, fat? Does he have a beard, does he wear shades, what car does he drive? Anyone who has dealt with PEMANDU will know that they have never heard of Datuk Omar Mustapha Ong, they have not seen him in any of the PEMANDU offices – be it in JPM or in KL Sentral. In fact, the 100-120 staff, the thousands of civil servants and stakeholders that walk in and out of PEMANDU offices have seen this man belowinfinitely more times more than Datuk Omar Mustapha Ong.














(Picture from The Malaysian Insider)

For those who don’t know, let me walk you through the birth, the roles and responsiblities of this animal called PEMANDU. You will know why I call them animal later.


Birth of PEMANDU

Back in 2009, PEMANDU was formed by the Prime Minister and placed under the stewardship of Idris Jala with none other than a team of 10 people (or less, I was told). Who are we to kid? The Government wanted a transformation programme and what can a team of 10 do? So yes, PEMANDU roped in some experts from the consultancy world to deliver the Government Transformation Programme (GTP). There were 6 National KeyRESULT Areas under this GTP Roadmap (social side with full involvement by Government). They include Crime, Corruption, Urban Public Transport, Low Income Household etc.

Now, please give me your best shot, how do you think the roadmap was done? Please don’t tell me you thought Idris Jala, the man who was once CEO of Shell and MAS, called the consultants in and tell them “hey guys, you have 10 weeks to come back to me with the report. In the meantime, let's keep in touch”.

In 2010, PEMANDU began to expand to a family of what .... 30? There was a mandate given to develop the Economic Transformation Programme with 12 National KeyECONOMIC Areas (it is not easy to separate this from GTP’s 6 National Key Result Areas lah). With PEMANDU’s strength, the participation of consultants were down to 50% only.

Again, how do you think the roadmap was developed?

For those who have been following PEMANDU closely, PEMANDU’s methodology is different when compared to the consultants. PEMANDU’s conscience and line of thoughts were clear too –  to do national service and transform the doing ie build, operate, transfer.

Instead of the usual “hey McKinsey, here’s RM1 mil, give me the report next month”, PEMANDU invited thousands of industry experts, academicians and here’s the best part – senior civil servants – to be part of the 2-3 months lab.

Both the GTP and ETP Roadmaps were selected and developed by EVERYONE(yes private sector, senior civil servants, etc). Bukan PEMANDU seorang. Betul la. This Chinaman is not lying. Ini dia gambar.


The GTP and ETP roadmaps were developed over a couple of months and ended with something that caused the civil service to be uneasy. Unlike all the strategies and plans developed by Government before, these two roadmaps ended with:

  • Gantt Charts on the strategic initiatives/steps – what needs to be done, who needs to do what (yes to the detailed that Tn Hj Omar Mustapha Ong to sweep the floor from Jan 2011-Feb 2011)
  •  Key Performance Indicators (after sweeping the floor, it has to be 88.75644% dust free)
Everyone smiled and went home happily after a labourious 2 months, thinking that the storm is over.


PEMANDU’s Key Roles and Responsibilities

Immediately after, PEMANDU came smiling to every Ministry’s doors. “Datuk Seri and fellow colleagues of Ministry X, good evening, as agreed in the lab, here is your KPI. We will publish your results publicly, and it will be compared with your peers in other Ministries. We shall meet monthly to track the performances and troubleshoot issues. Congratulations and have a good year ahead”.

All those with action items and KPIs are made to sit in a Steering Committee monthly to report to the Minister in front of 50 other committee members TILL TODAY, you know? Imagine this: “Boss, I am tasked to sweep 10 streets. But I have done only 1 for the past 6 months”. If this continues on monthly, that chap will feel that his seat is not just the hot seat, but it is about to swallow him up.

Things become more and more "exciting" when for the first time in the history of Government of Malaysia, Ministers have their own report card, they get ranked, and PEMANDU publishes the KPI of every Ministry, the “highlights, lowlights and moving forward” of every project in a consolidated Annual Report after going through an independent performance evaluation by the International Panel of Reviewers.

PEMANDU is indeed a naughty animal that puts everyone in the hot seat and strips the Government naked with their Annual Report. Click HERE for the ETP Annual Report, click HERE for the GTP Annual Report. Ada masa bacalah ... 

If the zookeeper do not have the luxury of time to read about how much money was spent by PEMANDU and the entire Government on
  1. building rural infrastructure 
  2. providing financial assistance to farmers - agriculture, oil palm
  3. transforming sundry shops into organized marts with the help of the hypermarkets

.... then it is ok. That's your choice and you can continue to ignore.

That’s the boring part. How much is PEMANDU’s operating expenditure then?


PEMANDU’s Operating Expenditure

I did a quick check on PEMANDU Operating Budget.

Budget allocations to all Ministries and Federal agencies are listed in the MOF Annual Financial Reports. Here’s the link: http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&id=88&Itemid=208&lang=my

  • In 2010, code 290700 was RM18.71mil, code 300900 was RM40.6 mil. Total: RM59.31 mil
  • In 2011, code 310000 was RM20.672mil, code 320800 was RM0.897 mil, code 330000 RM18.4302 mil. Total: RM40 mil
  • In 2012, code 330000 was RM40 mil. Total: RM40 mil

I am not sure if I missed out any. Anyone wants to double check?

Note that:
  1. PEMANDU staff grew from just the Minister alone to 100-120 staff over the years
  2. PEMANDU’s portfolio grew from 6 National Key Results Areas in 2009, added 12 National Key Economic Areas in 2010, added 6 Strategic Reform Initiatives in 2011 (in total, 25 portfolios)


PEMANDU’s expense items include:
  • Salary and wages for the what .... 100 – 120 staff?
  • Travel allowances
  • Flights
  • Cars and maintenances
  • Office rental
  • Telecommunications, utilities
  • RUNNING LABS AND DEVELOPING ROADMAPS TOGETHER WITH VARIOUS MINISTRIES, FEDERAL AGENCIES AND CORRIDORS! – INI PEMANDU BAYAR OK?


By the way, for those who have been to PEMANDU, you will know that PEMANDU is a stingy unit. Their working level meetings do not serve coffee or tea. All you get is a chair and a table. (this is something Ministries and agencies need to learn lah).

What people do not know, or refused to understand, is that PEMANDU staff are from various backgrounds. Melayu ada (who are the majority by the way), Kelabit ada, Cina ada, Iban ada, gemuk ada, kurus ada, tinggi ada, pak cik ada, mak cik pun ada. In fact, there are MANY civil servants in PEMANDU – seconded from EPU, from MOF, from MOH, from MITI etc. I believe it is a badge of honor for everyone there to be called consultants now instead of civil servants by the blogosphere now. They got a new job description now, congratulations!

Now, no prizes for you to guess why PEMANDU is being gunned down and by who. I will sign off by saying this – let’s find out how much has been spent on consultants by Ministries and Federal agencies (besides your favourite target PEMANDU) over the years. Surely, the consulting firms will not setup Public Consulting Units if they are not confident that there will be steady revenue streams...

Believe me, ada. It is the easy way out, tak perlu susah payah buat Lab dengan PEMANDU, tak perlu KPI.

Remember, endless possibilities. 

Chin Peng meninggal dunia dihari kita menyambut Hari Malaysia...apa petanda tu?

$
0
0

Chin Peng pun kalau boleh nak jadi orang Melayu...

Aku petik berita ini dari sahabat bloggerDr.MIM yang Chin Peng dilaporkan Bangkok Post telah meninggal dunia hari ini jam 6.20 pagi kerana sakit tua.

Meninggal dunia ketika kita rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia hari ini.

Apa siknifikasinya...?

Halo Bro Hamdan...masih mabuk air ketum ke?

$
0
0

Mangkuk hayun kat atas ini memang mangkuk berhayun hayun bebalnya.Orang stim air ketum setakat 2 jam ok tapi dia steam air ketum dengan Pak Lah 6 tahun tak habis habis.Siap seret nama @NajibRazak dalam drama dia dengan Paklah.

Halo beb...lu punya temberang pada gua dah tak laku lagi!!!

Baik lu ajak Paklah cari kolam kumbahan paling busuk sama sama terjun sebab lu berdua pun dah sama taraf dengan NAJIS dalam kolam tu.

Ada erti kaa gua cakap ????

P/S : Sepupu siapa dia ini aku pun tak tahu...


Viewing all 521 articles
Browse latest View live