Quantcast
Channel: Aku Peduli Apa @ APA
Viewing all 521 articles
Browse latest View live

Celaka punya UMNO!

$
0
0
So, the story goes:

DAP's ADUN (I'm not mentioning names as I do not want to give free publicity. Nak, bayar!) made the remarks UMNO Celaka in the Dewan yang mulia. And then some men started breaking into the Dewan, and chaos and fiasco all happened.
Later, the Ketua Pemuda of those men privately apologised to DAP via Twitter. And suddenly, the fault is on UMNO whom apologise offered was refused by DAP. Surprisingly, the one who said "celaka" in this country, turns into the innocent victim. What a funny country!

Walaupun aku dan rata-rata rakan lain tidak setuju dengan permohonan maaf (kerana dianggap cabul), tapi demi mentaliti dan perwatakan sebuah bangsa, memohon maaf adalah jauh lebih mulia daripada lempar batu, sembunyi tangan dan salahkan orang lain.

Ada salahnya bilamana segelintir orang UMNO bertindak menceroboh dewan yang mulia, dan bila kita salah, kita tetap perlu minta maaf. Tapi reaksi ini timbul dek salahguna perkataan yang menghina (celaka), juga di dalam dewan mulia yang sama. Jadi, bila A buat salah dan mintak maaf, apa yang menghalalkan kesalahan yang dibuat oleh B?

Apa budaya pemikiran yang kita cuba terapkan ke dalam generasi kita dan anak-anak kita?

"Sayang, bila awak buat salah, awak tunggu orang lain balas, dan tuduh dia yang buat salah, okay? Sayang anak mak."

Ini ke yang kita duk jeritkan sebagai "for a better future of Malaysia"? Kau duduk terjerit-jerit laungkan undilah untuk Malaysia yang lebih maju, tapi perwatakan sendiri menjahanamkan anak bangsa.

Terjerit terlolong kata UMNO menghancurkan perpaduan dan keharmonian kaum. Racist. Tapi bila orang nak berdamai (walaupun sebenarnya kau yang buat salah), kau boleh dengan ego tak terima malah put more blame on the other party? Seriously Malaysians, can't you guys even see this stupidity?

In fact, DAP dakwa kecelakaan yang dilemparkan hanyalah merujuk kepada UMNO (parti), dan bukannya orang Melayu. Why UMNO meh? Why not "celaka BN" since BN is the opposition in Penang, and not UMNO alone (although only UMNO have the seats in Dewan). Jadi, kenapa tidak dilemparkan kata kesat "celaka" kepada parti lawan BN, instead of UMNO? You sure not Malay ah?

Tak perlu kita tuding jari dekat UMNO untuk telanjangkan salah-laku. Ada berjuta kalau nak di-listdownkan. Tapi bila kau jerit, laung, perjuangkan, tapi pada masa yang sama menjahanamkan pemikiran anak bangsa, sorry to say, You Are Worst Than UMNO!


Masuklah gelanggang sebagai Pemenang dan bukan sebagai Pengemis...@NajibRazak

$
0
0

Apakah Umno kini sudah saperti Menara Condong Teluk Intan?
Condong tapi tidak mungkin tumbang dan akan kekal condong selamanya..?

Semalam aku berpeluang berada sehari suntuk di Teluk Intan untuk melihat dan merasai sendiri suasana berkempen Pilihanraya Kecil yang sedang berlansung disana.Ramai yang aku temui disana,pejuang pejuang maya,jentera fizikal BN dan tidak kurang juga Para Strategist Umno/BN yang dipertanggung jawapkan merangka"strategi perang"untuk Barisan Nasional kali ini.

Kalau ditanya,iklas aku katakan tiada apa yang berbeza dan menarik"nothing new" tentang PRK Teluk Intan kecuali lokasi berlangsungnya PRK kali ini iaitu Teluk Intan itu sendiri same-o-same.Memasuki sempadan PRK dari Sungkai saperti biasa kelihatan deretan bendera dan poster kedua dua parti yang bertanding menghiasi disepanjang jalan ke pusat bandar Teluk Intan.Poster calun BN Datuk Mah dengan poster calun DAP Dyna silih berganti....tua..muda...tua..muda itulah ayat yang keluar dari mulut sahabat blogger aku Kulaan Niring sewaktu kami melintasi deretan poster kedua calun kali ini dalam perjalanan ke Teluk Intan.Perbualan kami semua hanya bertumpu kepada Dyna dan ianya bukan soal "kewibaan" dia sebagai seorang calun tapi lebih kepada perbualan biasa lelaki mengenai seorang wanita yang bolehlah dikategorikan cantik saperti Dyna...he he he.

Photo: Semalam punya cerita di Teluk Intan bersama Tun Faisal Ismail Aziz...

Bersama sahabat aku Tun Faisal Panel Pemikir Jasa menjamu selera.


Setelah puas meronda seharian bertemu dengan macam macam orang dan ragam,aku tamatkan lawatan seharian ke Teluk Intan digerai Udang Galah Tepi Sungai Teluk Intan menjamu selera disitu bersama rakan rakan.Perghh..gerai Abang Man ini memang terbaik dengan masakan speciality nya Udang Galah dan Ikan Temoleh Bakar.Sehingga jam 2:00 pagi pun gerai ini tidak henti henti menerima pengunjung tapi PRK kali ini menyebabkan ramai pelanggang tetap gerai ini terpaksa pulang hampa kerana hampir keseluruhan ikan/udang dah kena tapau oleh jentera prk.


Abang Man tokeh dia


Panglima Siber BMS Ibdillah Ishak tak ada semalam.Gambar ini sekadar nak tunjuk suasana gerai AbangMan je..memang meriah.


Disini juga medan pertemuan terakhir aku dengan ramai pemimpin Umno yang datang berkampung ke Teluk Intan sejak hari penamaan calun dan antara yang paling lucu dan tak boleh aku nak lupa ialah Exco Pemuda merangkap Pengerusi Briged Kesatria Pemuda Umno Saudara Armand Azha.Nampak je kelibat aku terus dia melaungkan "APA sudah mari jaga jaga..."..adusss.Aku yang teruk membelasah boss dia Khairy dan Azwanbro ingat nak relax relax kat situ sebelum bertolak balik ke KL tapi Armand sudah pukul kompang pulak kat situ.Dalam keadaan aku cuba berlagak selamber tu sempat juga aku melihat"mata mata merah"dikalangan Jentera Pemuda yang ada disitu yang mungkin tidak senang dengan cara aku membalun boss boss mereka..ha ha.

ULASAN AKU..

Tiap kali masuk gelanggang PRK dimana saja BN/UMNO masuk tidak sebagai Pemenang/Juara tapi lebih sebagai Pengemis/Peminta Sedekah menagih dan merayu undi kaum Cinabeng dan untuk kes Teluk Intan ini undi Kaum India yang dilihat sebagai undi penentu kalah menang sesorang calun.

Jom imbas kembali kekalahan Pasukan Piala Thomas kita ditangan pasukan Jepun baru baru ini.Kalau dilihat dari segi kekuatan dan pengalaman kedua pasukan ianya memihak kepada pasukan kita.Tapi sebab hampir kesemua pemain kita turun kegelanggang TANPA SAIKOLOGI "AS A WINNER" tapi lebih kepada the underdog..kita tewas.Perhatikan wajah setiap pemain kita yang turun hari itu dan bandingkan wajah"confident" setiap orang pemain Jepun...jelas amat berbeza dengan pemain kita.Bahkan penyokong dan team mate pasukan Jepun turut bersorak dan memberi sokongan tanpa henti dari mula sehingga keakhir permainan,sedangkan disebelah pihak kita semua dah menyaksikan sendiri secara LIVE hari itu.ITU BEZANYA PENDEKATAN ANTARA A WINNER DENGAN A LOSER.

Sama juga dalam PRU atau PRK...kita tidak masuk gelanggang bertarung sebagai A WINNER tapi lebih sebagai PEMINTA SEDEKAH atau A LOSER....itu realitinya.

Sudah tiba masanya Barisan Nasional bertindak sebagai A WINNER dan bagaimana"a winning formula" itu mahu dilaksana dan dicapai terpulang kepada PARA PEMIKIR dan PAKAR STRATEGIST yang dibayar gaji puluhan ribu RM sebulan selama ini dan bukan kerja aku untuk memikirnya.

Kalau masih menggunakan FORMULA yang sama....pastinya keputusan yang diperolehi tetap akan sama.

Kalau ACUAN yang sama selama ini yang terus digunakan...pasti bentuk kuih yang diperolehi tetap sama.


JANGAN JADI BODOH - SH Alattas @NajibRazak

$
0
0

Jangan Jadi Bodoh !

Oleh : SH Alattas

Walaupun anda mungkin tidak akan bersetuju dengan semua yang saya kedepankan, saya fikir sesekali elok juga kalau kita membuka minda dan cuba menyelidiki sedikit tentang rahsia-rahsia "Hakikat Insan"di mana di dalamnya tersembunyi "ilmu kerohanian" untuk mengenal diri dan Tuhan. Ilmu ini penting kerana dengannya, baru kita boleh faham tujuan kita dijadikan, dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi, kenapa kita perlu melalui roda - roda kehidupan dan ke mana kita akan kembali. Its not about you right, my right its about what is right. Mari kita utamakan kebenaran bukan saya yang benar atau anda yang benar. Kerana hanya Allah yang maha benar.

Pernahkah anda terfikir kenapa Adam yang dibuat dari tanah dipilih menjadi khalifah?Kenapa tidak pilih sahaja malaikat yang dibuat daripada cahaya atau jin dari api sedangkan mereka telah dijadikan berjuta-juta tahun sebelum adanya manusia? Selepas itu kenapa pula mereka diarah bersujud kepada Adam sedangkan kita tahu, cuma Allah sahaja yang layak disembah?

Cuba kita fikir. Azazil, penghulu malaikat ketika itu yang dikatakan bumi mana dan langit mana yang tidak ada kesan sujudnya pun tidak mendapat penghormatan sebegitu tinggi.

Kalau dahi dia boleh lebammacam sesetengah orang yang menganggap kesan hitam di dahi sebagai tanda orang bertakwa lantaran selalu bersujud kepada Allah, entah macam mana hitamlah agaknya dahi Azazil. Entah-entah lekuk terus. Kurang-kurang jendul luas.

Begitu juga malaikat Jibril yang menjadi perantara wahyu kepada para Rasul atau lain-lain malaikat tinggi seperti Mikail dan sebagainya. Mereka telah berjuta-juta tahun beribadat memuji Allah tanpa berhenti untuk makan dan minum. Tidak pernah derhaka langsung, sentiasa menurut perintah Allah. Begitu punya banyak mahkluk Allah yang mulia telah wujud ketika itu tetapi Adam yang baru sahaja dicipta pula yang diangkat dan disuruh mahkluk lain sujud. Kenapa Tuhan pun boleh pilih kasih? Tentu ada rahsia di sebalik kejadian ini bukan? Tapi bolehkah rahsia ini senang-senang dihuraikan, dicerita sedangkan masyarakat umum lebih sibuk membicarakan Islam siapa yang lebih betul, siapa lebih banyak mengikut sunnah Nabi, siapa punya jubah lagi cun, janggut siapa lebih mengancam. Silap cakap nanti orang kata kafir, tak pun kena cekup dengan JAKIM.

Bagi mereka yang menyimpan rahsia itu berilah peluang supaya ianya dapat dikongsi bersama mereka yang mahu mencarinya. Saya percaya ramai juga orang yang dahagakan jawapan. Sembunyi lama-lama pun buat apa? Dunia pun sudah hampir hendak kiamat. Kalau dunia tidak kiamat, kalau dunia tidak berakhir, hidup kita tetap akan berakhir. Kita semua pasti akan mati. Dalam kehidupan, itu sahaja yang pasti.


Profesor Syed Mohd Naquib Alattas

Hari ini semua orang patut mencari sesuatu dulu pun yang ghaib, tapi bukannya hantu. Pak Lah mencari Imam Shafie dan Ghazali, kerusi Al Ghazali sudah diduduki oleh Profesor Syed Mohd Naquib Alattas. Bukan mudah mahu mencari ilmu keghaiban yang tersembunyi selama ini. Orang Melayu dahulu dengan orang Melayu sekarang, cuba baca buku Prof. Naquib Prolegomena to the Metaphysics of Islam : An Exposition of the Fundamental Elements of the World View of Islam

Orang Melayu hari ini tidak sama dengan orang Melayu pada tahun 1950-an. Bahkan tidak sama dengan orang Melayu di zaman dua puluhan dan tiga puluhan. Melayu hari ini sudah menjadi "materialistik". Islamnya sekadar ritual tanpa spiritual. Tokoh seperti Tok Ku Paloh, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Tuan Hitam di Terengganu apa lagi mahu mencari tokoh sufi seperti Hamzah Fansuri atau Nuruddin Raniri mereka asyik dengan kebendaan. Percayalah, dunia yang dikejar tidak akan membawa bahagia sama ada di dunia mahupun akhirat. Kita kejar akhirat dunia akan ikut kita.

Kita sudah 57 tahun merdeka. Benarkah sudah agak lama keluar dari kepompong pemikiran penjajah yang membentuk kita berjiwa sekular memisahkan politik dan agama? Kalau nak tahu minda kita sudah bebas merdeka atau masih terjajah, cuba tanya adakah Malaysia sebuah negara yang timbul semulajadinya 57 tahun dahulu, atau adakah ia terusan Tamadun Melayu-Islam yang umurnya ratusan tahun? Ramai di antara orang Melayu yang pemikiran dan jiwa mereka belum merdeka, biarpun cara mereka berfikir sudah berubah lebih-lebih lagi dengan kedatangan era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan, tapi masih belum mendalami mengenai ilmu metafisik.

Dahulu cuma ada Radio Malaya. Lepas itu TV hitam putih, TV warna, telefon bimbit dan hari ini sudah ada Internet. Orang Melayu sudah didedahkan dengan semua ini dan kita kini berada di era langit terbuka. Apakah kita mahu terus hidup seperti katak di bawah tempurung? Bagaimana baru kita dapat memulihkan kerangka pemikiran kita supaya segaknya ditinjak menerusi World View Of Islam?

Pemimpin-pemimpin hari ini harus ingat, dahulu orang Melayu cuma baca muqadam dan Quran tanpa mengetahui maknanya. Hari ini ada puluhan madrasah sekolah tahfiz. Namun apakah tahu ilmu Hakikat, Tarikat dan Makrifat? Cukupkah Islam kalau setakat nak menunaikan 5 rukun saja? Boleh baca surah ketika sembahyang, tidaklah malu orang nak buat menantu. Ada juga yang mengkaji dan mengkaji lebih sedikit tapi tidak banyak. Itupun cuma orang tua sahaja yang sanggup membaca kitab selain daripada kitab-kitab asas ilmu tauhid, ibadat, tajwid dan lain-lain.

Tapi hari ini ramai anak-anak muda yang memahami buku-buku Ihya Ulumiddin karya Al-Ghazali, Mukadimah Ibnu Khaldun, di samping mengenal pemikiran Tasauf Hamzah Fansuri dan Nuruddin Raniri melalui usaha ilmiah Prof Naquib Alattas, Jalaludin Rumi, Dr. Ali Shariati, Ayatollah Murtada Muttaharani. Mereka terdedah dengan begitu banyak ilmu yang selama ini membuatkan mereka buta ilmu biarpun ijazah berjela-jela. Apa lagi mereka yang berkesempatan berinteraksi dengan berbagai golongan dari berbagai jenis agama atau mazhab dan tidak fanatik dan buyers dan ego berlebihan. Tentu sahaja pemikiran mereka lebih kritis, tidak senang menerima bulat-bulat apa yang disuapkan seperti anak-anak muda zaman dahulu. Bagi mereka yang boleh mengaji, berbagai jenis kitab agama termasuk yang berkaitan dengan kesufian boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai buku dan dibaca oleh semua peringkat orang Melayu. Pergi saja ke KLCC, atau di kedai-kedai buku MPH, semua jenis buku merangkumi semua subjek boleh didapati atau cari di internet semua yang diharamkan jadi halal.

Cuba kita Tanya dengan anak muda yang baru balik dari Amerika dan Eropah, apakah agama itu syariat saja? Apakah Islam itu cukup dengan mengerjakan rukun yang lima saja? Bolehkah syariat berdiri tanpa hakikat?

Syariat, hakikat, tarikat dan makrifat, roh dan jasad, manusia dan Tuhan memang tidak dapat dipisahkan. Ia ibarat ombak dan pantai, aur dan tebing, irama dan lagu, bunga dan kelopaknya. Kita perlu melihat dan menghayati agama dari kesemua aspek ini. Kita mesti lihat dengan pandangan dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam. Dengan cara ini barulah kita boleh menjadikan diri kita seorang ulama.

Manusia kena pandang pada yang satu ingat kepada yang ramai dan pandang yang ramai ingat kepada yang satu. Kalau kita cuma tengok dari satu sudut pandangan sahaja, maka jadilah kita macam ulat dalam kepompong yang cuma lihat dunia dalam batasan kepompongnya sahaja atau katak yang berada di dalam telaga yang hanya nampak dunia ini mengikut pandangan matanya saja, sehingga datang hujan lebat membawa air memenuhi perigi dan dia dapat keluar. Soalnya, sampai bila kita nak hidup dalam kepompong atau jadi katak dalam perigi buta. Cuba fikir, apakah semua benda yang berlaku di dunia ini berlaku secara kebetulan?

Tentu ada sebab kenapa Dr. Mahathir buat Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower). Ada dua menara. Dua kalau dipasangkan lagi jadi nombor 22. Mahathir mula kata dia akan bersara pada 31 Oktober 2003 setelah memerintah selama 22 tahun dan penduduk Malaysia bertambah menjadi 22 juta orang. Pengumuman persaraannya pula dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 setelah begitu lama mempromosi Wawasan 2020. Adakah ini semua kebetulan?

Kenapa dia suka sangat dengan nombor 22? Mungkinkah ini semua berlaku melalui ilham, yang terjadi di bawah jadual Allah? Mungkin juga Mahathir ada belajar hakikat insan. Bukankah segala-galanya di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan? Ada langit ada bumi ada lelaki dan ada perempuan! Adam yang hidup dalam syurga yang penuh dengan segala macam nikmat itu pun perlukan Hawa, sebagai pasangannya. Hidup pula pasangannya mati.
Kalau ada luar mesti ada dalam, ada dahulu ada sekarang, ada zahir dan ada batin. Kayu pun kalau kita bakar dia keluar asap. Ada asap yang keluar harum-haruman, ada asap yang keluar busuk. Takkan dalam tubuh manusia tidak ada apa-apa? Masakan di dalam hati manusia itu kosong sahaja. Mesti ada benda. Kalau tidak ada yang hitam, mungkin ada yang putih..!

Sekurang-kurangnya kita mesti faham jika ada yang zahir, mesti ada yang batin.Menurut Ghazali, tubuh ini sangkaran bagi burung, ataupun kandang bagi khinzir, jika burung isinya, maka hatinya menyayap ke ufuk malakut yang tertinggi, jika khinzir isinya, maka diheretlah ia ke panggang. Kata mereka Sheikh Hamzah Fansuri, roh manusia kalau diuryankan di telanjangkan, maka terbang ia bertengger di Hadhrat Ar-Rahman. Jika di zaman Mahathir, sangkar saja yang dijaga baik-baik, sedangkan burung di dalamnya dibiarkan kelaparan dan kurus kering maka mudah-mudahan Pak Lah akan memerhati dan menjaga burung di dalam sangkar dengan baik. Barulah pembangunan itu seimbang. Kalau tidak, kita akan terus dibelenggu berbagai masalah, dari yang bersifat sosial mahupun yang berbentuk politik. Begitulah masalah UMNO! UMNO ada segala-galanya tapi di dalamnya kosong..!

Pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir kita tidak boleh sangkal. Tapi isi yang dicari oleh hati yang kosong membuatkan orang Melayu lebih mirip pada PAS yang lebih banyak bercakap tentang akhirat meskipun jalannya di batasi syariat. Tapi syariat kata nabi, kenapa perlu dipisahkan dari tariqat iaitu tingkah lakunya, hakikat iaitu umurnya dan makrifat, iaitu rahsianya? Pemimpin UMNO tidak boleh salahkan orang Melayu hari ini, bila mereka mula kritikal. Orang ramai mahukan isi, beri kulit saja nak buat apa?

Yang merosakkan bangsa Melayu hari ini adalah kulit! Mahathir berikan rakyat Malaysia kemewahan material. Kekayaan material adalah perlu bagi membina ummah. Tapi dua"E" tak seimbang, (education and economy). Pendidikan berbentuk duniawi diberi keutamaan sedangkan pendidikan di bidang kerohanian terlalu berkurangan.

Dari satu segi, pembangunan ekonomi memang penting. Disebabkan orang kita telah banyak yang berharta dan berpendapatan tinggi, umat Islam tak perlu memungut derma di tempat-tempat awam untuk mendirikan masjid, surau dan sekolah agama. Kerja ini satu penghinaan bagi Islam. Islam memang menyuruh kita supaya mencari jalan untuk hidup makmur dan sejahtera di dunia ini tapi kita mesti ingat ini cuma sementara. Dunia cuma tempat persinggahan sebelum kita berpindah kealam akhirat yang kekal abadi. Bila cakap pasal akhirat, kita mesti bercakap pasal roh dan jasad kerana ia meliputi rahsia ketuhanan yang Maha Esa. Tuhan yang kita tak nampak dan tak dengar suaranya tapi kita sembah!

Cuba tanya mereka yang sembahyang di rumah mahupun di masjid, apakah mereka yakin adanya Tuhan? Cakap saja percaya tapi kebanyakan mereka langsung tak rasa takut kat Tuhan. Kita diingatkan, kepadaNya kita sentiasa memohon pertolongan, tapi kita kenal ke Tuhan kita? Tahu ke macamana Tuhan mentadbir alam, macam-mana dia mencipta sesuatu kejadian? Tuhan tak wujudkan Petronas Twin Tower dan kilang kereta secara tiba-tiba. Itu bukan kerja Tuhan! Manusia yang membuatnya. Allah lah sebaik-baik pencipta, namun manusia pencipta yang menjazi yang meniru akan Tuhannya, tapi Allah dalam segala penciptaannya, tiada terpisah ilmunya, dari rahmatnya, manusia jua yang mencipta dan membawa kerosakan. Kenapa tak serahkan saja pada takdir untuk membuat ini semua?

Memanglah Tuhan boleh buat apa sahaja Dia nak tapi semuanya ada tertib. Tuhan boleh tukar basikal jadi kereta kalau Dia nak, Kancil jadi Mercedes Benz. Cukup dengan kata "Kun jadilah, diikuti Fayakun maka jadilah". Tapi Qudratnya dibawah ilmunya, sebab itulah badak tak bertukar jadi rimau, tikus tak jadi kucing. Akhirnya akal dan tangan manusia juga yang menjadikannya,manusia itu siapa?

Orang Melayu hari ini tidak mahu lagi menelan apa saja dan ikut secara membuta tuli. Ilmu agama kita mesti cari dan dalami, baru datang hidayah. Tapi nak cari macam mana kalau itu tak boleh, ini tak boleh, semuanya sesat belaka! Dalam hal ini, pemimpin patutnya menjadi contoh. Ilmunya mesti mantap dan terserlah melalui cara kehidupannya. Pemimpin tak boleh kata ikut apa yang aku cakap, jangan ikut apa yang aku buat. Cakap mesti serupa bikin! Pemimpin yang cakapnya tak serupa bikin tidak layak menjadi pemimpin. Sebaliknya dialah yang harus dipimpin. Sekarang ini berapa banyak orang mengaku layak jadi ulama lepas itu nak jadi pemimpin tapi cakap tak serupa bikin. Disebabkan didewa-dewakan, diberi imuniti, cakapnya tidak boleh dipersoalkan, ulama dah jadi macam Tuhan!

Imam Al-Ghazali penulis kitab Ihya Ulumuddin yang dianggap oleh kebanyakan orang Wahabi sebagai sesat, telah menulis kitab yang bertajuk "Misykat Al-Anwar" (pelita cahaya-cahaya) untuk mengupas beberapa hal ketuhanan. Kitab Ihya Ulumuddin, karyanya yang terbesar pula ditulis untuk mereka yang baru ingin menjinakkan diri dengan hakikat-hakikat di sebalik arahan syariat.

Al-Ghazali ialah seorang genius, mahir dalam berbagai aspek agama "fekah, usuluddin selain falsafah dan kalam" ketika masih muda lagi dan terkenal sebagai seorang scholar di percayai meneraju Maddrasah Nizamuyyah. Walaupun beliau telah mendalami berbagai cabang ilmu lain terutama ilmu mantik, nahu, saraf dan falsafah yang menjadi kebanggaan dunia Barat namun beliau merasakan semua itu tidak mencukupi sehingga beliau menemui jalan Islam adalah penyatuan. Beliau mendalami falsafah bagi menyelamatkan ummah dari tersesat oleh cabaran falsafah Yunani, seperti mana Al-Attas hari ini menggagaskan dewesternisasi dan Islamisasi, ilmu pengetahuan semasa dan menyerang wabak penselenlara. Konsep utamanya adalah pengEsaan, bukannya perpecahan. Ia bukan boleh hidup dengan cara menimbulkan permusuhan sesama umat. Astaghfirullah..! punyalah bidaah yang kita lakukan tapi kerana kita bergelar ulama kita tak salah!

Ulama kita lebih banyak menyuruh masyarakat membenci pihak-pihak tertentu yang tidak sependapat dengan mereka. Ulama bersikap riak, takbur. Mereka mengatakan bahawa puak dia saja yang terbaik. Nabi pun tak kata macam itu. Nabi kita tidak membezakan antara orang Arab dan Ajam. Dia cuma kata yang membezakan seorang Muslim itu adalah takwa.

Anak-anak kita dilahirkan bersih seperti kain putih tapi siapakah yang menjadikan mereka Nasrani, Yahudi dan Majusi? Bukankah ibubapa mereka sendiri? Sepatutnya mereka memberikan pendidikan agama yang sempurna dengan memberi teladan yang elok. Ini tak, mak bapak dek berbalah sesama sendiri, antara orang politik dengan orang politik, parti dengan parti tapi masing-masing mengaku Islam. Macam mana anak nak jadi elok?

Kenapa kita tak fikir dan cari kesalahan kita sendiri? Kenapa nak hukum anak-anak? Kenapa nak gari dan tangkap mereka? Penyakit ini datangnya dari mana? Kalau bukan ciptaan orang tua mereka sendiri! Air yang keruh di hulu masakan boleh jernih di hilir? Agama bukan makanan macam roti canai, boleh kasi anak-anak kita telan, mereka kenyang. Agama kena belajar, kena fikir, kena amal, kena rasa, sudah rasa sedapnya baru tak lupa. Baru sayang agama. Baru hidup tak celaru. Ianya bukan satu harta pusaka yang boleh diwarisi. Seperti nyanyian Raihan, yang bertajuk "Iman Mutiara". Kita hantar anak belajar ilmu keduniaan sampai peringkat universiti, tapi "ilmu fardhu ain" dibiarkan pada tahap sekolah menengah! Kenapa? Lufikirlah bro.

Iman.. tak dapat diwarisi..
Dari seorang ayah yang bertakwa?


Setiap orang yang berdakwah, samada pemimpin politik, ulama atau penceramah, mahupun ibubapa yang mendidik anak di rumah mestilah menampilkan sifat-sifat yang layak dicontohi dan diteladani. Mereka yang bercakap di depan khalayak ramai pula mesti mampu memberi penerangan yang jelas. Kenyataan yang dibuat mesti rasional dan sanggup dipertanggungjawabkan termasuklah kenyataan dan penerangan yang dibuat di TV.

Apa yang Pak Habib nampak penceramah di TV seperti tak berani menjawab soalan penonton secara berterus terang terutama hal-hal yang berkaitan dengan ilmu hakikat, tarikat dan makrifat. Lain orang tanya, lain pula yang dijawab dan jawapan yang diberikan pula berbelit-belit! Apakah takut salah cakap atau lantang sikit besok muka tak keluar TV?

Islam itu mudah, yang menjadikannya susah buat apa? Kita nak ajar hal-hal mengenai Islam, ajarlah cara yang mudah! Akibat tak faham apa itu Islam, apa itu manusia, siapa itu manusia, apa hubungan manusia dengan Tuhan, untuk apa tujuan Tuhan jadikan manusia, menyebabkan anak-anak muda hari ini jadi celaru. Mereka tak diberikan misi dan visi untuk akhirat untuk mengimbangi visi 2020.

TUHAN yang patut disembah tapi bila perkataan itu diterbalikkan, sebab yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan, jadilah HANTU. Sembah hantulah gamaknya. Habis syahadat pun tak faham. Tak tahu macam mana syahadat rasul dan macam mana syahadat hamba. Syahadat bererti menyembah Allah saja, tidak selain dari Allah. Sekarang ini orang lebih takut pada hantu dari takutkan Tuhan. Tengok Misteri Nusantara nak, suruh mengaji tak mahu. Agaknya pasal itu ramai orang jadi hantu?

Kenapa manusia hari ini sembah duit, sembah pangkat, sembah kuasa, sembah betina! Untuk benda-benda yang disembah ini mereka sanggup habiskan wang berjuta. Tuhan letak dekat mana? Bila syahadah sudah tak betul, tanyalah para ulama, bolehkah yang lain-lainnya betul? Maka terperanjat bila ada manusia mengaku beragama tapi agama mereka sekadar ritual.

Nabi Muhammad saw selalu ditentang hebat, dikutuk, dihina, dituduh sebagai gila oleh masyarakat Arab Jahiliyah tapi baginda tak pernah melatah apalagi senang-senang mengkafirkan orang. Tentu ada sebab kenapa dia boleh melalui ini semua dengan reda dan tenang. Rahsia 13 tahun disembunyikan di mana? Macam mana Muhammad boleh tak terpengaruh ikut budaya Arab Jahiliyah yang sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup? Menyembah berhala, minum arak, berjudi, melakukan kekejaman dan kezaliman berleluasa. Macam manapun mereka tetap boleh menerima Muhammad saw sebagai nabi dan rasul Tuhan kerana baginda orang yang terbaik, yang sentiasa bercakap benar. Juga kerana keadilannya meletakkan kemanusiaan dan kasih sayang di atas segala-galanya...!

Pada mulanya, sinar kebenaran Nur Islam dari Allah menerusi Al-Quran yang disampaikan melalui Malaikat Jibrail kepada Muhammad membuat mereka cuba membunuhnya. Tetapi akhirnya Yahudi dan Nasrani serta Arab Jahiliyah dan pembesar kaum bangsawan Quraisy terpaksa menerima Islam lebih-lebih lagi bila Islam difahami oleh orang kafir sebagai agama yang memperjuangkan kepentingan manusia tanpa mengira kelas atau kasta.

Maka matilah Jahiliah oleh kekuatan kebenaran yang dibawa Muhammad. Nabi Muhammad saw menyampaikan ayat-ayat Tuhan dengan mudah melalui akhlaknya yang mulia. Baginda seorang yang jujur, ikhlas. Walaupun menerima ancaman godaan seperti wanita, harta dan kuasa, dihadiahkan matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri, baginda tidak berganjak dari misinya untuk menyempurnakan akhlak dan kehidupan manusia. Inilah politik Islam. Bukan berpolitik untuk mencari Islam demi kepentingan puak dan diri sendiri. Nabi Muhammad mampu melakukan ini semua kerana baginda faham hakikat insan. Malah dialah yang mengajar hakikat insan kepada umatnya. Sebab itulah semangat orang Islam dulu begitu cekal walaupun mereka fakir miskin dan teruk ditekan oleh puak Jahiliyah. Bilal bin Rabah yang dipaksa supaya meninggalkan Islam untuk kembali kepada agama jahiliyah sanggup menerima seksaan yang begitu berat. Beliau cuma menjeritkan "Ahad, Ahad"setiap kali disebat. Hasil kejayaan pendidikan Baginda. Rasulullah SAW sehinggakan keempat-empat sahabat baginda masing-masing mencapai setinggi-tinggi darjat insan. Kata Saidina Abu Bakar "Aku tak melihat sesuatu kecuali Allah SWT ku lihat sesudahnya", kata Saidina Omar "Aku tak melihat sesuatu kecuali Allah kulihat sebelumnya", dan Saidina Ali "Didalamnya inilah martabat insan Al kamil, yang menyempurnakan, berselawatlah diatas Baginda SAW"yang zuriatnya tumbuh kokoh zaman demi zaman, sang anak mengambil dari ayah, sehingga tersebarlah Islam ke segenap pelosok dunia dan alam Melayu ini khususnya hari ini timbul golongan yang cuba menafikan peranan zuriat Rasulullah SAW dalam memelihara syariat, tariqat dan hakikat, pusaka Baginda SAW, bahkan ada yang bertindak menghina dan mengeji para Habib, mempersoalkan pertalian mereka dengan Nabi kita Muhammad SAW.

Dalam bidang sejarah, para orientalis barat cuba timbulkan rekaan khayalan mereka, mengatakan Islam di alam Melayu disebabkan oleh orang-orang India atau Cina. Tetapi seperti dibuktikan oleh Prof. Naquib Al Attas dalam karyanta "Historical Fact and Fiction", sebenarnya para zuriat Nabi lah yang mengIslamkan alam Melayu, dan hari ini ada lebih sejuta dan ada dikalangan mereka yang masih tetap dengan jalan datuk dan nenek mereka, mereka inilah yang patut dihargai dan dihormati.

Maka untuk kembalikan Islam di zaman Muhammad kita mesti memahami hakikat Islam yang sebenarnya. Sanggupkah kita menolak kuasa, harta dan wanita? 

Beranikah kita berkata benar, walaupun kebenaran itu pahit? Sanggupkah mereka meninggalkan perbuatan rasuah yang sudah menjadi wabak? Kalau wabak rasuah, gila kuasa, gila kekayaan, gila betina, gila judi ini boleh dihapuskan dan ikut seperti sunnah rasul, maka penyakit masyarakat mudah diubati. Ada ke ulama yang sanggup jadi "role model" seperti ini? Adakah ulama yang dah master hakikat insan lalu layak dipanggil guru mursyid untuk membimbing masyarakat kita ini?

PANDA-ng PANDA-ng JELING JELING

Ramalan BOMOH SEDUNIA PRK Teluk Intan..

Siapa untung setiap kali PRK KELABU ? @NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan

$
0
0

BN memotong betul betul kat Rothman's Corner..he he.

Setiap kali berlaku PRK siapa yang untung?

Kalau kubu kuat kawasan putih Barisan Nasional taklah banyak keuntungan yang diperolehi oleh para pengundi kawasan itu,tapi kalau kawasan itu kelabu,kelabu taik anjing atau gelap Nallakaruppan...perghhh.

MACAM MACAM ADA.

Pengundi Kajang dah dapat apa yang mereka tak patut dapat,kini giliran Teluk Intan menerima pemberian hadiah dari Santa Claus walaupun Krismas 6 bulan lagi..

Paling pelik Santa Claus yang memberi berbagai hadiah juga adalah PEMINTA SEDEKAH,meminta dah menagih undi dari Cina dan dari India.

Akhirnya setiap kali PRK KELABU yang untung kaum Cina dan India.

Melayu dapat apa?

MELAYU DAPAT TROPHY JUARA BERSORAK DAN KADANG KADANG JUARA BERLENGAN.



MH370: Grand Finale

$
0
0

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.

"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized personyang telah banyak membantu saya dalam misi saya.

Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.

Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel panjang lebar seperti ini.

Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil untuk menunjukkan bukti bergambarnya.


Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti yang saya dapat melalui cross-referencing.


Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...


Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !



MH370: Grand Finale

*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri danteam members nya selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak. Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti. Bacalah dengan hati yang terbuka....

1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing 777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam 2.37 pagi waktu Malaysia.

2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC) menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila rujuk gambar ini. Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370 sedang memasuki ruang udara perairan Vietnam.

3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel initelah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi waktu Malaysia.

4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan radar.

5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3 pagi.

6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel ini dan ini.

7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas. Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang tindakan terorisme atau rampasan kapal.

8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah MH370.

9. Berdasarkan artikel ini, mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.

10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.

11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.

12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan ejaan yang terjadi).




(Klik gambar untuk perbesar imej)

13. Gambar di atas adalah gambar yang saya sendiri tandakannya berdasarkan pemerhatian dan juga penelitian saya. MH370 telahpun jatuh tenggelam dalam kawasan bertanda bulatan merah di dalam perairan 3 buah negara, iaitu Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.

14. MH370 TIDAK boleh terhempas dalam perairan China kerana pesawat tersebut sedang membawa kargo berharga yang hendak dihantar ke China melalui lapangan terbang Beijing.

15. Penerbangan MH370 sebenarnya telahpun dirancang awal dan tarikh penerbangan serta rampasan yang terjadi pun telah dilakukan dengan teliti.

16. Saya sifatkan rampasan MH370 bukan bersifat terorisme atau rampasan hendak berebutkan harta. Pada saya, rampasan tersebut adalah bagi menghalang negara kuasa besar daripada memperluaskan kekuasaannya dan kargo di dalam MH370 harus disekat daripada terus dihantar kepada China. Maka, rampasan ini bukan bererti kapal tersebut dirampas dan disimpan, akan tetapi telah dialihkan daripada laluan sebenarnya dan ditenggelamkan di dalam lautan. Manakala, kotak hitam pesawat telahpun dilenyapkan sejurus selepas pembersihan perairan Laut China Selatan dilakukan. Hanya selepas lebih kurang 50 hari selepas MH370 hilang, barulah 'bluefin' dan sistem pengesan kotak hitam digunakan. Ini bererti, mereka tidak akan menemui kotak hitam tersebut kerana nyawa kotak hitam telah tamat selepas 40 hari pesawat dalam keadaanmalfunction.

17. Sebelum saya terlupa, sekitar jam 1.30 pagi, MH370 telahpun menutup sambungan isyarat komunikasinya dengan menara kawalan udara di KLIA dan TIADA isyarat komunikasi daripada MH370 yang berjaya dirakamkan selepas jam 1.30 pagi. Rujuk artikel ini untuk pengesahan.

18. Untuk makluman semua, Kapten Zaharie, pilot MH370 adalah merupakan orang pertama yang pernah membawa pesawat Boeing 777 daripada Malaysia menuju ke Afghanistan. Rujukartikel ini dan ini. Penerbangan itu juga merupakan penerbangan pertama di dunia yang merentasi pergunungan besar dalam wilayah Afghanistan. Ketika itu kalau tidak silap saya, Kapten Zahari terbang ke sana dengan membawa kargo yang sama dengan kargo di dalam MH370. (Apakah isi kargo itu?)

19. Namun, TIADA satupun media yang berani melaporkan, apakah dan mengapakah penerbangan itu dilakukan oleh Malaysia ke Afghanistan???

20. Untuk makluman semua, menurut maklumat risikan saya, Kapten Zaharie pernah mengikuti satu misi ke Afghanistan lama dahulu dalam membantu para Mujahidin di Afghanistan berperang disana.

21. Kapten Afghanistan mempunyai hubungan dengan para pejuang Afghanistan walaupun dia sudah lama tidak ke sana dan telahpun berkhidmat dengan MAS Airlines selama lebih 20 tahun.

22. Sila betulkan informasi ini sekiranya saya salah mencatatkan datanya.

23. Untuk makluman semua, selepas saya melakukan banyak analisa, MH370 membawa satu khazanah berharga yang disimpan di dalam sebuah kargo yang besar.

24. Maklumat berkenaan khazanah tersebut telahpun saya dedahkan dalam banyak artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk ini dan ini.

25. Khazanah tersebut sebenarnya adalah Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan. Rujuk artikel ini.

26. Sebanyak 4 buah Drone milik negara kuasa besar tersebut telah ditembak jatuh dan beberapa alat CNCnya telahpun dirampas oleh para pejuang Mujahidin Afghanistan. Maafkan saya, kerana tidak ingat pada tahun berapakah Drone tersebut ditembak jatuh, kalau tidak silap saya iaitu pada akhir 2013.

27. Alat tersebut telahpun dibongkar dan dibuka satu persatu komponennya untuk tujuan penelitian dan juga pengubahsuaian.

28. Menurut data risikan, alat tersebut hendak dijual kepada negara-negara jiran namun tiadabuyer yang sanggup membelinya. Pihak Afghanistan hendak menjual kepada Russia namun, memandangkan Afghanistan pernah berperang lama dengan Russia pada tahun 70-an dahulu, maka mereka telah menjualnya kepada negara China.

29. Presicous Cargo yang dibawa di dalam MH370 telahpun diangkut berulang kali dari Afghanistan menuju ke Malaysia sebelum ia terbang ke China.




(Klik gambar untuk perbesar. Ini data softcopy mengenai precious cargo tersebut)


(Ini pula ayat daripada orang yang mendedahkan informasi ini kepada saya)

30. Sebanyak 2 buah Drone dan juga CNC telah dijual oleh Afghanistan kepada China dan deal telah dilakukan oleh Billionaire China seramai 4 orang dengan Warlords Afghanistan. Saya tidak tahu bilakah tarikh sebenar deal dilakukan, namun kargo tersebut telah diangkut ke Malaysia menggunakan Airbus dan transit di KLIA. Rujuk kredit artikel bernombor 2 dibahagian bawah. Kargo berharga ini telah dijual kepada pihak China melalui individu iaitu Billionaire seramai 4 orang tersebut. Pihak Billionaire ini telah membeli alat ini demi persaingan teknologi mereka dengan kuasa besar lain.

31. Apa yang perlu kita ketahui disini sebenarnya, kehilangan MH370 BUKAN disebabkan oleh rampasan pemberontak, pengganas, berpatah balik, tenggelam di lautan Hindi, dan apa jua karut marut yang sengaja disebarkan bagi mengalih perhatian dunia daripada memfokuskan terhadap isu utama MH370 ini hilang.

32. Isu utama MH370 hilang adalah...

a. Mengapa pesawat itu hilang dan langsung tidak dapat dikesan oleh mana-mana menara kawalan waima pusat kawalan Boeing, Rolls-Royce, Joint Agency Coordination Center (JACC) dan juga Immarsat??

b. Apakah kargo yang dibawa di dalam MH370 yang sengaja disembunyikan oleh pihak MAS dan juga Boeing??

c. Siapakah 4 orang billionair yang terdapat di dalam MH370 dan mengapa mereka menaiki pesawat tersebut dan tidak menaiki jet peribadi sendiri?

d. Mengapa pihak Boeing, Rolls-Royce berdiam diri dalam isu ini sedangkan Amerika Syarikat adalah negara yang paling kecoh mahu membantu Malaysia??

e. Mengapakah Vietnam dan Filipina sangat mendiamkan diri pada awal MH370 hilang??

f. Mengapakah media antarabangsa menyatakan MH370 berakhir di Lautan Hindi namun TIADA satupun yang memfokuskan bagaimana dan mengapa ia jatuh di Lautan Hindi?

33. Ini jawapan saya berdasarkan analisa fakta yang saya lakukan...

a. Pesawat itu TIDAK terputus hubungan dengan Boeing, Rolls-Royce dan juga JACC serta Immarsat sehinggalah pesawat itu tenggelam di Laut China Selatan dalam perairan Spratly. Buktinya, JACC telahpun mengesahkan bahawa ping di Lautan Hindi adalah TIDAK BENAR. Rujukdisini.

b. Kargo yang dibawa di dalam MH370 sebenarnya adalah alat perang yang berkualiti tinggi milik Amerika Syarikat yang telah dirampas oleh Mujahidin Afghanistan. TIADA manggis daripada Muar di dalam MH370. Saya telah ke Muar dan disana tak banyak pun manggis berbuah ketika itu. Hal ini telah disahkan oleh berita ini dan gambar ini.

c. Empat orang Billionaire daripada China itu sebenarnya adalah pemilik syarikat mengelola alatan teknikal untuk negara China dan merekalah pembeli alat CNC tersebut yang telah ditransitkan di Malaysia. Mengapa ditransitkan di negara kita? Jawapannya dibawah.

d. Pihak Boeing, Rolls-Royce dan seangkatan dengannya saya sifatkan sebagai terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk mencipta suasana vanish dalam kehilangan MH370. Mereka juga terlibat dalam mengalih perhatian dunia dan juga mengubah laluan MH370 daripada jatuh ditengah-tengah bandar Ho Chi Minh City.

e. Vietnam dan Filipina telah menjadi negara bertindak dalam menghapuskan bukti MH370 di perairan yang saya tandakan merah dalam gambar ini. Bulatan merah itu sebenarnya adalah radius keluasan bangkai dan juga serpihan MH370 berselerak yang mana pihak kedua-dua negara ini telahpun mengawalnya lebih awal sebelum MH370 hilang. Jawapan lebih lengkap dibawah.

f. Media antarabangsa telah diarahkan berpandukan dengan kenyataan media oleh Dato Seri Hishamuddin dan juga Dato Seri Najib Razak. Rujuk artikel ini dan ini pada point ke-14.

34. Ada banyak persoalan yang akan dikemukakan apabila bercerita mengenai MH370. Antara yang paling kerap ditanya kepada saya adalah, "Apakah nasib mangsa dalam MH370?"

35. Jawapan saya berdasarkan analisa fakta dan juga cross-referencing yang saya buat, kesemua mereka sudah TIADA.

36. Hal ini berpandukan dengan teori mudah saya, "Siapakah yang sanggup memberi makan 239 orang selama lebih 80 hari dan menjaga kesemua mereka???" dan juga teori ini, "Untuk menjaga 239 orang memerlukan tenaga manusia yang besar dan TAKKAN kesemua mereka tidak pernah membuka mulut selama ini sedangkan kita dizaman informasi serba boleh, hampir semua orang ada smartphone!" dan juga teori ini, "Ada ke lokasi yang sesuai menempatkan tebusan seramai 239 orang dan kalau mereka masih hidup, MENGAPA TIADA DEMAND DARIPADA PERAMPAS???". Begitu juga dengan soalan ini, "Logikkan seseorang itu masih hidup apabila hilang daripada kesemua radar dunia selama lebih 80 hari tanpa ada jejak???". Ia hanya akan menjadi logik jika ada pihak yang menjaga mereka dan memberi makan kepada mereka. Namun, sehingga kini tiada satu pihak pun yang muncul untuk memberi penjelasan atau membuat tuntutan pampasan.

37. Saya sifatkan ura-ura mengatakan penumpang masih hidup sebenarnya adalah jalan untuk menenangkan keadaan dan juga mengelak daripada soalan, "Kalau dah mati, mana mayatnya???"

38. Saya memohon berjuta-juta kemaafan seandainya saya salah dalam menyatakan nasib mangsa. Sekiranya tiba-tiba satu masa nanti mereka pulang ke rumah dalam keadaan baik, maka bersyukurlah kerana mereka masih hidup dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana artikel saya ini kurang tepat dalam analisanya. Sekiranya memang benar mereka telah disahkan tiada oleh pihak berwajib, maka bersabarlah sesungguhnya ini ujian dan dugaan bagi kalian. Al-Fatihah buat mangsa yang berugama Islam....

39. Ramai yang bertanyakan mengenai Diego Garcia. Saya nafikan dengan keras MH370 disembunyikan di sana. MH370 langsung TIDAK mendarat di sana. Sila rujuk artikel ini yang ditulis oleh rakan saya, Shah Paskal. Rujuk aritkel ini juga untuk penafian tentang seorang penumpang MH370 yang kononnya masih hidup di Diego Garcia dan sempat membuat panggilan telefon daripada sana menggunakan iPhone miliknya yang disimpan dalam spendernya. Teori yang amat karut.

40. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi MH370 sedang berada???????????????

41. Bangkai MH370 telahpun dibersihkan lama dahulu iaitu seawal jam 3 pagi waktu tempatan!!!!

42. Ini berdasarkan kaji selidik saya, banyak informasi telahpun mengesahkan bahawa MH370 telahpun jatuh diperairan Laut China Selatan dalam perairan 3 buah negara, Malaysia, Vietnam dan juga Filipina.

43. Sila rujuk artikel ini dan juga gambar dibawah. MH370 telahpun disahkan jatuh oleh pihak Vietnam, namun setelah shake hand dan berbagai siri rundingan antara Malaysia, Vietnam, Filipina dan juga Amerika Syarikat, maka MH370 telah dinafikan terhempas sebaliknya dinyatakan telah berpatah balik dan menghala ke arah Lautan Hindi.



(Lihat tarikh itu, 8 Mac 2014 jam 12.40 tengah hari!!!!! Hanya sekitar 4 jam setelah MH370 disahkan hilang oleh Dato Seri Hishamuddin pada jam 8 pagi, 8 Mac 2014!)


44. Mengapa hal ini terjadi?? Kerana, pihak Amerika Syarikat (US) tidak mahu Search And Rescue (SAR) dilakukan dalam radius lokasi MH370 hilang dan pihak US tidak mahu China menjumpai bangkai pesawat tersebut sekaligus boleh melengahkan cerita MH370 daripada terbongkar!

45. Saya pernah menjelaskan hal ini dalam artikel ini, dan kini saya sekali lagi memberikan penjelasan anda. Di dalam artikel tersebut saya dengan yakin dan pasti menyatakan MH370 masih berada di lokasi perairan Laut Chian Selatan kerana, pada ketika tarikh artikel tersebut ditulis, SAR baru sahaja dipindahkan ke Lautan Hindi. Sekaligus ini mengesahkan bahawa masih ada debris dan juga serpihan pesawat yang masih belum dibersihkan daripada perairan tersebut dan pihak tiga buah negara terlibat tersebut risau jika masih ada serpihan yang ditemui oleh para SAR atau nelayan dan orang awam. Maka kerana itu mereka harus melakukan drama dan mengalihkan SAR ke Selatan dan ke Lautan Hindi. Berbagai teorilah harus dibangkitkan.

46. MH370 telah jatuh sekitar jam 2.40 ke 2.50 pagi dimana ketika itu komunikasi terakhir telahpun dicatatkan dan direkodkan, sesuai dengan laporan berita ini dan juga gambar ini. Ketika itu, MH370 telahpun selamat bersemadi di Laut China Selatan dalam perairan Vietnam dan Filipina yang bercantum dengan perairan Malaysia yang mana penghubungnya adalah Kepulauan Spratly. Rujuk gambar ini sebagai panduan. Rujuk artikel ini dan gambar ini tentang perebutan kepulauan Spratly antara China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.

47. Bulatan merah menunjukkan radius perairan yang dikawal oleh Vietnam dan juga Filipina. MH370 TIDAK boleh jatuh dalam radius perairan yang dikawal oleh China bagi mengelakkan MH370 ditemui oleh China. Alangkah ruginya US sekiranya China berjaya mengesan MH370 dan membawa naik ke darat sekaligus berjaya mendapatkan CNC yang ada di dalam kargo berharga tersebut. Ketika misi membersihkan bahan bukti itu jugalah, pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran kepada pihak China diperairan mereka sebagai tanda marahnya mereka agar China tidak mengganggu radius perimiter fencing yang telah mereka buat. Saya juga menyifatkan bahawa bulatan merah itu adalah radius perimeter fencing yang telah dibuat oleh pihak Vietnam dan Filipina bagi persediaan untuk membersihkan bahan bukti. Sila rujuk artikel ini untuk memahami berkenaan perimeter fencing.

48. Vietnam merupakan negara yang paling senyap selepas 8 Mac 2014. Kerana pihak mereka telah disuruh berdiam diri agar tidak ada apa-apa informasi yang terdedah. Bagaimanapun, masih ada beberapa informasi yang terdedah namun telah berjaya ditutup oleh media massa dengan tersebarnya pelbagai teori yang direkacipta bagi mengalih perhatian dunia. Sila rujuk artikel iniuntuk mengetahui kaitan antara Vietnam dan Filipina menentang China.

49. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, ada banyak info mengenai situasi sebenar yang berlaku dalam MH370. Sebenarnya, kisah hilangnya MH370 yang benar telahpun tersebar lama, namun ia dipecahkan kepada banyak info agar orang awam tidak mengetahuinya. Okay mari saya jelaskan.

50. Berdasarkan analisa saya, MH370 TIDAK berpatah balik dan tidak mendarat di Nanning sebagaimana dakwaan dalam artikel tersebut. Dakwaan itu hanya penyedap cerita dan tokok tambah sahaja.

51. Menurut pengesahan rakan saya, memang ada ejen risik di dalam MH370 seramai 3 orang terdiri daripada 2 orang ejen risik mata helang dan satu orang ejen risik 'Komited Gosudarvetoyt'.

52. Saya boleh menyatakan XXX sebagai ejen risikan negara mata helang, YYY adalah merujuk kepada negara jiran kita, Vietnam dan ZZZ merujuk kepada negara Filipina.

53. Jalan ceritanya agak berterabur. Namun, point utamanya adalah, pesawat tersebut telah membawa satu kargo berharga yang mana jika ia jatuh ketangan China, maka pihak XXX boleh melancarkan perang dunia. Maka, YYY dan ZZZ telahpun diarahkan untuk mengikuti arahan negara XXX dan apabila tiba saat dan masanya MH370 terhempas, maka YYY dan ZZZ harus membersihkan debris dan sisa hempasan tersebut secepat mungkin sebelum SAR dilancarkan.

54. Mujur juga SAR dilancarkan agak lewat, maka ia memberi kelebihan kepada ketenteraan dua buah negara tersebut melaksanakan pembersihan.

55. Dalam dunia ini, hanya ada satu SAHAJA badan berorganisasi yang paling kuat tutup mulut dan tidak pecah amanah, iaitu Tentera serta Risikan.

56. Maka, pihak yang seharusnya menjalankan misi membersihkan bangkai dan juga bekas MH370 haruslah pihak tentera.

57. Mengapa saya katakan MH370 jatuh tepat di antara perairan Vietnam dan juga Filipina?

58. Sila rujuk artikel ini. Di dalam artikel tersebut, sebenarnya saya telah menuliskan beberapa perkara utama dan penting dalam sesuatu misi besar yang hendak dilaksanakan.

59. Sesebuah ejen perisikan itu seharusnya mahir dalam mengira masa dan waktu. Mereka telah meletakkan jangka masa jatuhnya MH370 dan juga jangka masa yang sepatutnya untuk mereka membersihkan bangkai dan sisa MH370 sebelum orang ramai tiba di kawasan terbabit.

60. Maka, pihak yang menjalankan misi menggagalkan CNC daripada dihantar ke China telahpun memberikan laporan kepada pihak pusat kawalannya agar mengarahkan pihak Boeing atau Rolls-Royce atau sesiapa sahaja yang boleh mengawal sebuah Boeing 777-200ER dari jarak jauh untuk melakukan lencongan pesawat tersebut tanpa dapat dikawal oleh pilot dan co-pilot.

61. Mengapa tiada apa-apa hubungan komunikasi antara pilot dan co-pilot antara jam 1.19 dan jam 2.30 pagi??

62. Kerana, setelah komunikasi terakhir itulah, sebuah bom jangka telahpun diletupkan, atau dalam erti kata lain, jangka penggera telah tamat berputar dan ia mengakibatkan keseluruhan sistem dalam MH370 failure dan tidak dapat dikawal oleh pilot waima co-pilot.

63. Saya tidak mensifatkan bom jangka itu sebagai sebuah bom yang boleh detonate tetapi ia boleh jadi berlaku dari menara kawalan Boeing atau Rolls-Royce. Pihak mereka mematikan kesemua sistem dalaman pesawat dan telah memandu dan mengawal pesawat daripada jauh sebelum menghempaskannya.

64. Apa sebab-sebab pesawat terhempas itu tidak dapat dipastikan sehingga ada pihak yang mahu membuka mulut. Sama ada pihak Boeing atau Rolls-Royce, mereka harus dan WAJIB menjawabnya, kerana hanya mereka yang ada rekod tepat apa dan bagaimana enjin pesawat berhenti berfungsi????

65. Kerana, pada sekitar jam 2.37, MH370 masih lagi menghantar ping kepada Immarsat dan juga satelit, radar serta menara kawalan Boeing dan Rolls-Royce.

66. MH370 merupakan sebuah pesawat bersaiz besar yang mana ia sentiasa mempunya hubungan dua hala dengan banyak menara kawalan termasuklah ATC, Immarsat, menara kawalan Boeing dan juga Rolls-Royce. Boeing dan juga Rolls-Royce, kedua-duanya berpusat kawalan di US.

67. B777-200ER merupakan sebuah pesawat yang boleh dikawal dari jarak jauh. B777-200ER juga adalah sebuah pesawat yang paling canggih dalam koleksi pesawat syarikat Boeing. B777-200ER ini juga memang sengaja dipilih bagi memastikan semua rancangan ini berjalan dengan baik dan lancar.

68. Sememangnya, syarikat Boeing dan juga Rolls-Royce harus dan WAJIB dipertanggungjawabkan kerana HANYA mereka sahaja yang mempnyai akses dengan kesemua data lengkap komunikasi dua hala antara MH370 dan kesemua menara kawalan termasuk satelit. Boeing dan Rolls-Royce harus tampil menjelaskan perkara sebenar dan TIDAK boleh berdiam diri.

69. Saya berani menyatakan, berdasarkan analisa fakta dan kesemua data yang telah saya teliti termasuk pelbagai artikel yang telah saya baca, bahawa pihak Boeing dan juga Rolls-Royce sedang menyembunyikan sesuatu di mana ada KEMUNGKINAN yang besar, merekalah yang telah mengalihkan laluan MH370 daripada trackpath sebenar kepada sebuah trackpath yang baru yang mana kalau mengikut trackpath sebenar, MH370 harus melintasi kota Ho Chi Minh City. Namun setelah trackpath diubah, maka MH370 didapati jatuh dalam perairan yang telah berulang kali saya sebutkan. Sila rujuk artikel ini untuk menguatkan lagi analisa saya tentang Boeing dan Rolls-Royce. Terima kasih kepada Tun kerana menjadi orang pertama berani bersuara lantang mempertikaikan Boeing dan Rolls-Royce.

70. Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambar inibagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....


Sila ke : http://youtu.be/peNhqK9984I

Sila ke : http://youtu.be/uFR54Vn4bUE

71. Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit risik sebuah negara mata helang.

72. MH370 telahpun berakhir di Laut China Selatan. Walaupun satu dunia beranggapan ia berakhir di Lautan Hindi, namun saya tetap dengan pendirian saya bahawa ia telahpun tamat di Laut China Selatan.

73. Pada 11 Mac 2014, keseluruhan SAR telah dipindahkan daripada perairan Malaysia di Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Hal ini berlaku, agar para negara yang terlibat dalam SAR itu tidak memasuki kawasan berbulatan merah di dalam gambar ini agar mereka tidak menemui apa-apa debris dan juga bahan bukti yang mungkin belum selesai dibersihkan oleh pihak Vietnam dan Filipina.

74. Untuk makluman semua, sejak akhir 2013, Vietnam sudah mula berani bersuara dan menentang China secara terang-terangan. Padahal sebelum ini, Vietnam merupakan sebuah sekutu besar dengan China yang mana mereka mempunyai idealogi yang sama, iaitu Komunisme.

75. Menjadi persoalan saya, mengapakah Vietnam tiba-tiba berani bersuara lantang menentang China?? Rujuk artikel ini bagaimana Vietnam berani menentang China sekarang.

76. Jawapannya kerana US. Vietnam telahpun dibeli dan dipengaruhi oleh US atas dasar-dasar ekonomi dan kemajuannya. Kerana itu juga, dalam isu hilangnya MH370, Vietnam diperhati memihak kepada US bukannya kepada China. Sedangkan, kandungan kargo dalam MH370 itu sedang menjadi rebutan China dan US.

77. US tidak mahu kargo itu jatuh ketangan China yang mana kandungannya adalah CNC dan Drone serta beberapa kargo berisi emas jongkong, yang mana kesemua ini jika jatuh ke tangan China, maka ada potensi untuk menjadikan China kuasa besar nombor satu dunia. Secara tidak langsung, US akan kehilangan kuasanya dan menjadi lemah dibawah China. Pendedahan berkenaan emas jongkong sila rujuk sini, sini, sini dan sini. Kredit kepada Shah Paskal. Mohon maaf saya tak mahu ulas sangat pasal emas dalam artikel ini kerana telah diulas panjang lebar sebelum ini.

78. Oleh kerana US TIDAK berani melancarkan perang secara zahir dengan mengangkat senjata menembak China, begitu juga dengan China, maka mereka telah melancarkan perang strategi dan juga perang teknologi.

79. Sehingga hari ini, satu dunia langsung TIDAK tahu apakah senjata terhebat yang pernah dihasilkan oleh dua negara kuasa besar, China dan Russia. Namun, satu dunia sudah tahu (dunia ketenteraan), bahawa US telah mencipta 3 buah senjata termodennya yang lebih hebat daripada bom nuklear dan juga atom.

80. Tiga senjata itu adalah HAARP, Particle Accelaration dan juga Superstring. Superstring sahaja yang masih belum selesai pembikinan, manakala ujikaji HAARP dan Particle Accelaration sudahpun selesai dan mereka (US) berjaya dalam misi mereka mencipta alat tersebut. Buktinya, anda boleh tonton filem Godzilla, X-Men yang terbaru tu dan juga Transformers 3. Dalam ketiga-tiga filem tersebut, Hollywood telahpun mementaskan ketiga-tiga senjata tersebut secara tidak anda sedari.

81. Untuk makluman, dalam filem Godzilla, sebuah senjata bernama Electro Magnetic Pulse (EMP) telahpun digambarkan dan ia menjadi ancaman dunia. Dalam banyak-banyak negara, ada satu negara di rantau Asia Tenggara yang memiliki senjata EMP tersebut dan negara tersebut terlibat dalam kehilangan MH370 ini.

82. Dan kerana perang teknologi, kuasa serta harta inilah, US tidak mahu precious cargo tersebut jatuh ke tangan China. Jika ia jatuh ke tangan China, sudah pasti kuasa US akan melemah. Jika China memperoleh CNC Controller tersebut, maka dengan mudah kelemahan Drone US itu akan diketahui. Jika China berjaya mendapat emas jongkong itu, maka China dengan mudah mampu membeli dengan banyak apa yang mereka mahu. Hal ini ditakuti oleh mata helang.

83. Kerana itulah, MH370 harus dilenyapkan daripada mata dunia dan cerita disebaliknya harus disenyapkan dan ditutup media.

84. Mengapa pula Kapten Zaharie dipilih untuk membawa MH370?? Kerana, precious cargo yang terdapat di dalamnya datangnya daripada Afghanistan yang mana cargo yang sama telah dibawa dari Afghanistan ke Malaysia menggunakan pesawat Airbus (data ini tidak dapat disahkan secara bertulis) beberapa bulan / minggu sebelum MH370 mahu terbang ke China.

85. Pilotnya juga orang yang sama iaitu Kapten Zaharie, dan kargonya juga sama. Billionaire China itu telah membeli senjata tersebut dari Afghanistan dan ingin membawa pulang ke China. Kargo tersebut tidak mungkin melintasi banyak negara yang ada merentasi laluan dari Afghanistan ke China. Tiada penerbangan terus dari Afghanistan ke China. Kerana itu, Malaysia harus menjadi tempat transit.

86. Kebetulan juga Malaysia adalah sebuah negara yang merupakan hab terrorist. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui mengenai hab teroris di negara kita. Hal ini disahkan dan diakui dunia.

87. Apa sebab musabab Malaysia menjadi hab teroris? Salah satunya adalah kerana negara kita adalah sebuah negara yang 'acuh tak acuh' dalam sistem keselamatan dan kita dalam kategori negara yang 'sudah terhantuk baru terngadah'. Sebab lain pula, Malaysia adalah "negara paling timur dalam bumi". Kita merupakan TIMUR yang disebut-sebut dalam Hadis Rasulullah SAWAW berkenaan, "Islam akan bangkit dari TIMUR".

88. Bagaimana hendak menjelaskan "Islam akan bangkit dari TIMUR" itu? Bukan sekarang masanya. InsyaALLAH akan datang jika saya dipanjangkan usia akan diceritakan dalam artikel yang lain pula. Sekarang kita harus fokus kepada jalan cerita MH370 sahaja.

89. Okay, sekarang anda semua sudah faham kan bagaimana jalan cerita MH370 hilang?

90. MH370 terbang dari KLIA membawa precious cargo untuk dihantar ke China. Mereka sengaja menggunakan pesawat komersil kerana bagi mengelakkan kargo tersebut dijejaki oleh ejen perisik luar negara dan ia juga perlu bagi memancing Kapten Zaharie menjadi pilotnya. Kalau Billionaire China tu bawa kargo tu guna pesawat biasa, susah la Kapten Zaharie nak pandu, takut bertembung dengan jadualnya. Lagipun, mana ada orang syak kargo berharga dalam pesawat komersil yang membawa penumpang.

91. Kemudian, Kapten Zaharie telah dipanggil waktu terakhir untuk membawa MH370. Ada satu penafian telah dibuat oleh pihak MAS bahawa mereka tidak memanggil Kapten Zaharie saat akhir dan Kapten Zaharie tidak bercuti ketika itu. Saya sifatkan hal ini sebenarnya, bukan pihak MAS itu yang memanggil Kapten Zaharie, tetapi ada individu dalam MAS atau luar MAS yang memanggilnya untuk menjadi juruterbang sekaligus meluluskannya memandu MH370 walaupun hari tersebut dia sepatutnya bercuti. Kapten Zaharie juga saya sifatkan telah dimaklumkan lebih awal tentang penerbangan tersebut namun dia tidak tahu pada tarikh bila kargo itu harus dihantar ke China. Kerana itu, hanya sehari sebelum MH370 hilang baru Kapten Zaharie mengosongkan rumahnya. Ini bukti daripada analisa fakta saya. Anda boleh rujuk artikel ini. Baca juga artikel ini menceritakan bagaimana Kapten Zaharie seakan-akan tahu nyawanya mati tidak bertanda.

92. Sebelum MH370 terbang, perisik dari mata helang telahpun mengenal pasti kargo tersebut akan dihantar ke China pada tarikh 8 Mac 2014 menggunakan pesawat MH370. Sudah pasti seorang ejen risik akan dapat mengetahui informasi ini dengan mudah. Dalam ratusan orang yang terlibat, sudah pasti ada seorang yang akan pecah mulut. Begitu juga dengan rahsia MH370 ini, walaupun cuba ditutup rapat, namun setelah 82 hari akhirnya terbongkar juga.

93. Maka, MH370 pun terbang dengan jayanya pada malam tersebut tanpa ada apa-apa kesangsian. Tidak diduga, sekitar jam 1.30 ke atas, MH370 telahpun diserang dengan 'bom jangka' yang saya tidak dapat pastikan bagaimana situasinya. Sama ada benar-benar ada bom diletakkan di dalam sebuah kotak kasut dan dipasang dibawah pintu kokpit atau tidak, itu saya tidak dapat pastikannya sehingga ada pihak yang berani bersuara mengenai "Bagaimana enjin MH370 berhenti berfungsi?". Sila rujuk gambar ini bagaimana seorang rakan saya menceritakan teorinya tentang bom jangka tersebut.

94. Namun, saya secara peribadinya mengatakan ada KEMUNGKINAN bukan bom jangka dalam kotak kasut yang diletakkan dibawah pintu kokpit, namun ia adalah kerja perisik tersebut dan juga dibantu oleh Boeing dan Rolls-Royce yang mampu mengawal pesawat tersebut dari jauh. Namun, menurut seorang rakan, TIADA perisik di dalam MH370 semasa penerbangan, kerana perisik sudah cabut lari awal-awal keluar daripada pesawat setelah meletakkan bom jangka ditempat tertentu. Kemudian, setelah bom meletup dan kokpit pecah, maka sudah pasti pilot dan co-pilot tidak dapat membuat apa-apa komunikasi setelah itu dan, pufffff..... MH370dissappeared dan berubah haluan menghala ke lokasi yang saya nyatakan dalam bulatan merah di gambar ini.

95. Analogi yang saya rasakan mungkin lebih tepat, MH370 telah diputuskan komunikasi oleh pihak Boeing dan Rolls-Royce daripada kesemua radar dalam bumi ini kecuali radar mereka sahaja, dan mereka telah mengubah laluan MH370 ke lokasi bulatan merah itu sebelum menjunamkannya jatuh ke bawah. Hal ini amat berkait rapat dengan sistem auto-pilot, sila rujukartikel Tun M untuk memahaminya.

96. Sejauh mana kesemua analogi ini tepat atau tidak, itu saya tidak pasti. Anda sendiri boleh menanti sehingga ada pihak yang berani bersuara mendedahkan perkara sebenar yang terjadi. Jika tidak ada apa-apa pendedahan, maka anda ada dua pilihan. Sama ada mempercayai cerita ini atau tidak. Itu terpulang kepada anda.

97. Maka, kesemua penumpang dalam MH370 telahpun pergi meninggalkan kita semua ketika saat MH370 terjunam jatuh. Dan kesemua mereka masih lagi terikat di tempat duduk masing-masing seperti normal namun sudah tidak bernyawa. Al-Fatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam....

98. Saya sifatkan tragedi hilangnya MH370 merupakan sebuah kes penipuan bertaraf antarabangsa dan kelas A. Kerana ia melibatkan satu dunia dan lebih 26 negara yang terlibat dalam misi SAR. Untuk pendedahan mengenai siapa yang bayar kos SAR yang melebihi USD 600 juta, saya dah jawab dalam artikel ini dan ini, dan untuk makluman, kesemua yang berdiri dalam sidang media setiap hari itu menerima bayaran bukannya berdiri percuma tanpa ada habuan. Kerana itu, tragedi MH370 dikelola oleh Dato Seri Hishamuddin dan tragedi Sulu juga bawah kelolaan dia. Kerana, dia antara Menteri yang berani bersuara dalam keadaan tenang di saat orang lain cemas.

99. Perang teknologi, perang kepercayaan, perang harta dan kekuasaan serta perang strategi atau perang saraf ini masih berterusan antara kuasa besar dunia, US, Russia, China dan kesemua blok kecil yang menyokong paksi mereka, termasuk Blok Zionis - US, blok komunis-syiah dan juga blok negara kelas ketiga atau berkecuali. Semoga dengan terungkainya misteri MH370 ini akan membuatkan anda semua celik mata, apa sebenarnya yang terjadi di depan mata kita dan haruslah bagi kita bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya sifatkan, pemergian Dato Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini sebagai satu misi membayar semula kerugian pihak China yang ditangung dalam hilangnya MH370. Rujuk video ini. Saya juga menyifatkan kedatangan Obomba ke negara kita baru-baru ini dan ke beberapa lagi negara yang berpihak kepada US adalah satu jalan untuk US memberi habuan kepada semua penyokong setianya dan semua yang telah mengikut telunjuknya. Sila rujuk artikel ini. Selain Malaysia, Obomba telah ke Filipina dan juga Jepun. Selain itu, di Vietnam juga telah bersuara banyak isu yang berkait hal anti-China. Hal ini amat jelas, bahawa Vietnam telah menerima dana yang amat besar dalam sosio-ekonomi dan teknologi mereka daripada US sekaligus menjadikan Vietnam sebuah negara yang lantang berani bersuara melawan China. Maka, huraian saya untuk teori "Bila tenggelam tak ramai mati, bila timbul ramai mati" ini secara tak langsung membawa dua maksud.

a. Apabila perkara sebenar ditimbulkan di media antarabangsa, ia boleh mengakibatkan lebih ramai yang mati daripada jumlah penumpang MH370, iaitu mungkin ada yang dibunuh bagi menutup cerita dan ada kemungkinan boleh mencetuskan perang sekiranya ada negara yang mempertikaikannya.

b. Ramai yang mati akal memikirkan hal seperti ini kerana satu dunia sudah di'brainwash' bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi, namun berdasarkan rekod bertulis, MH370 langsung TIDAK berakhir disana dan pencarian di Lautan Hindi disahkan sebagai wayang dan tidak menemui sebarang jawapan kerana ada pihak yang gagal meletakkan debris palsu di sana.

Tambahan info:

99.1 - Obomba telah datang ke negara kita dan membuat banyak tuntutan selepas hilangnya MH370. Selain ia telah dirancang awal, lawatan ini juga bersifat tuntutan ke atas negara kita yang telah banyak cuai dalam misi menjaga keamanan dirantau ini dan lemahnya sistem kawalan keselamatan di negara kita. Kerana itu, sehari selepas Obomba pulang, telah ada berita mengenai pengganas yang ditangkap dilaporkan oleh media semasa. Ini bertujuan bagi menjaga air muka kita dihadapan pihak dunia. Rujuk artikel ini. Untuk makluman semua, negara kita telahpun menjadi sebahagian daripada New World Order (NWO) dan kita mengikut telunjuk US. Dek kerana kelemahan dan kecuaian kita memberi laluan kepada teroris berkembang di negara ini dan memberi laluan transit kepada China, maka US telah menempelak kita dengan pelbagai tuntutan selepas kedatangan Obomba. Sebahagiannya telahpun ditandatangani tanpa pengetahuan umu. Sebanya 64 tuntutan dan perjanjian telah dimetrai dan ada antaranya disambung dan diperharui melalui perjanjian lama termasuk penjagaan Coral Triangle dan juga sistem sekuriti kita yang dikawal selia pihak US.

99.2 - Setelah ke Malaysia, Obomba telah melawat Filipina dan disana dia telah melakukan satudeal dengan pihak berwajib untuk mengambil semula Drone dan juga CNC milik negaranya yang telah diselamatkan oleh pihak Filipina daripada jatuh ke tangan China.

99.3 - Pihak Vietnam telah melakukan banyak kerja-kerja pembersihan pesawat yang memakan masa lebih kurang 3 hari dalam perimeter fencing tersebut. Kerana itu, seawal 11 Mac 2014, SAR MH370 telah dipindahkan ke Selat Melaka dan terus ke Lautan Hindi bagi bertujuan mengelak ada pihak yang terjumpa secara tidak sengaja dengan saki baki MH370 yang tidak sempat dibersihkan.. Namun, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan seawal jam 3 pagi hingga 8 pagi, 8 Mac 2014 iaitu sebelum pihak MAS mengesahkan MH370 hilang dari radar di media semasa. Manakala pihak Filipina pula menjadi tempat menyimpan saki baki dan barangan berharga. Kesemua kejadian ini TIDAK boleh berlaku dalam lingkungan radius perairan China bagi mengelakkan campur tangan negara China yang mana jika negara China campur tangan, maka sudahpasti mereka akan memperolehi kargo tersebut.

99.4 - Pihak Vietnam ada melepaskan tembakan amaran melalui armada laut mereka kepada armada China pada sekitar 11 Mac 2014 bagi bertujuan mengarahkan pihak China agar tidak memasuki perimeter fencing yang telah dibuat oleh mereka dalam misi membersihkan saki baki debris MH370 yang bertaburan.

0.5 - Ada satu laporan mengenai tumpahan minyak ditemui di perairan Laut China Selatan, namun telah dinafikan oleh media semasa. Saya sifatkan, ini adalah tumpahan minyak MH370 yang sebenar. Rujuk artikel ini dan ini.

100. Untuk makluman terakhir, ini adalah artikel TERAKHIR saya berkenaan MH370 dan saya TIDAK akan lagi menulis tentang MH370. Saya telah berhenti mencari dan menemui jawapan berkenaan MH370 pada tarikh 27 Mac 2014 dimana anda boleh rujuk artikel ini sebagai bukti yang saya tulis sehari setelah hari terakhir saya menemui jawapan yang pasti. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menulis lebih awal mengenai hal ini atas sebab-sebab tertentu, maka saya juga harus melengahkan masa demi keselamatan dan privacy saya serta ahli keluarga dan jugateam members kami. Saya berharap dengan terbitnya artikel ini dapat memberi satu gambaran baru tentang MH370 kepada dunia dan anda semua dapat mengetahui yang mana benar dan yang mana salah. Seandainya artikel ini banyak salah silapnya, saya memohon jutaan kemaafan kerana itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri dalam menganalisa maklumat. Sekiranya artikel ini banyak yang tepatnya, maka kenanglah saya dalam doa kalian dan ingatlah nama saya sehingga bila-bila dan ketahuilah bahawa kesemua itu hanyalah kebetulan sahaja.

Sebagai konklusi, maka artikel ini adalah konklusi kepada misteri ini dan pencarian MH370 sudahpun berakhir. Hanya menanti masa dan waktu yang sesuai untuk mendapat jawapan daripada pihak kerajaan dan media serta Boeing dan Rolls-Royce. Kita juga telah mengetahui bahawa sebenarnya ada pihak yang mahu menutup cerita ini daripada tersebar dan tidak mahu dunia mengetahui kisah sebenarnya. Ketahuilah, sekiranya tiba-tiba MH370 ditemui di Laut China Selatan dan diumumkan kepada dunia, sudah pasti kotak hitam TIDAK akan dijumpai. Andai kata kotak hitam dijumpai, maka sudah pasti ada banyak perubahan rakaman audio yang dilakukan. Ini kerana, pihak Vietnam dan Filipina telahpun membersihkan lokasi jatuhnya MH370 itu seawal jam 3 pagi waktu Malaysia pada 8 Mac 2014 selepas upacara 'shake hand' dilakukan. Sesuatu yang pasti apabila US mahukan pesawat ini tidak ditemui di perairan Laut China Selatan, maka sekiranya tiba-tiba ada pihak yang menemui saki baki bangkai pesawat dan juga kotak hitam, maka isi kandungan kotak hitam haruslah diubahsuai agar tidak menunjukkan situasi dan keadaan sebenar pesawat ketika terhempas. Lebih malang, ada kemungkinan mereka akan menyatakan ia merupakan satu situasi kebetulan dimana secara tiba-tiba pesawat jatuh terhempas dan tidak dapat ditemui atas sebab-sebab yang tak dapat diterima akal.

Rundingan demi rundingan telah dibuat antara 3 buah negara, iaitu Malaysia - Vietnam - Filipina. Akhirnya, kata putus dicapai. Dato Seri Najib Razak telahpun mengambil satu langkah kurang bijak apabila cuba menutup cerita ini dengan mengikut telunjuk US dengan menyatakan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi pada 24 Mac 2014. Rujuk artikel ini. Saya telahpun mengetahui bahawa hari terakhir untuk DS Najib melakukan pengumuman, sama ada dia mahu mengikut telunjuk US atau tidak seminggu lebih awal sebelum tarikh tersebut. Rujuk artikel ini pada point nombor 93.

Untuk itu, kita semua yang masih hidup ini, ayuhlah sama-sama kita membina masa depan yang lebih cerah agar tidak lagi dipermainkan seperti ini. Jangan tangguhkan dan lengahkan. Hidup perlu diteruskan, dan segala persiapan untuk bekal kita ke akhirat harus diperkemaskan. Siapa sangka, ajal kita berada sejenak dihadapan?? Seperti hilangnya MH370 secara misterius, begitu juga mati bagi kita semua, juga menjadi tanda tanya, bilakah aku akan mati? Sudahpasti setiap daripada kita mahu ke syurga. Maka, sementara masih ada masa, ayuh sama-sama tambahkan amal dan tingkatkan ibadah kita supaya kelak di Mahsyar kita ada jawapan dihadapan ALLAH atas perbuatan baik kita di dunia.

Jauhkanlah umpat mengumpat, keji mengkeji, memakan rasuah, memakan perkara haram dan menganiaya orang lain. Ayuh, banyakkan membaca surah Al-Kahfi dan bersiap sedialah menghadapai hari akhir zaman dan peristiwa dahsyat yang akan berlaku nanti. Bersiap sedialah, agar kita semua dapat dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. Jangan lupa baca doa mengelak fitnah setiap kali lepas solat. Doanya boleh dibaca disini. InsyaALLAH, moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang selamat daripada fitnah Dajjal iaitu fitnah yang menipu.

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua !

Sumber : DramaRaja

JANGAN lupa like dan share artikel ini :

Siapa Guru Anda Siapa Tuhan Anda - SH Alattas @NajibRazak @ahmadmaslan

$
0
0
Siapa Guru Anda Siapa Tuhan Anda


Gagak tidak semestinya hitam.Ada juga yang putih (albino).


Dimana pun kita pergi di Malaysia pasti kita tidak akan bertemu dengan seekor burung gagak yang warnanya putih, namun saya pernah berjumpa dengan gagak albino sekali saja dalam hidup saya di Setapak, Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Anda akan bertanya pada saya, apa ada kena mengena cerita gagak dengan manakib atau sejarah Tok Ku Paloh dan para wali Allah yang akan saya ceritakan dalam bab ini? "Apa cepat-cepat sangat nak tanya. Relakslah Bro.?"

Apakah anda masih ingat siapa guru Habil anak Nabi Adam as dan siapa guru Kabil. Setelah membunuh Habil, ketika itu bukan ada siapa pun dan bukan ada mahkamah yang boleh menghukumnya selaku pembunuh. Kabil belajar dari burung gagak bagaimana menanam adik yang dibunuh kerana hasad dengki berpunca dari hati yang di pengaruhi Syaitan. Kabil bergurukan dengan gagak yang bukan saja bulunya hitam tapi daging hati dan yang lain-lain juga hitam. Samalah seperti Black Magic, Sihir yang ilmunya dari Syaitan berbeza dengan mukjizat, dan karamah yang dikurniakan Allah pada para Nabi dan Wali.

Kisah Adam dan Iblis adalah kisah berabad-abad yang lalu, tapi kenyataannya permusuhan antara Adam dan Iblis masih menjadi sesuatu yang aktual sampai saat ini, negeri kita akan menjadi sangat indah apabila para pemimpinnya mampu tampil dengan peribadi Adam, bukan mengaku sebagai Adam tapi semua perbuatannya merupakan adopsi kelakuan Iblis.

Pendidikan pertama yang diterima oleh Adam as merupakan pengetahuan tentang pro dan kontra dalam kepimpinan. Adam selaku pemimpin awal melaksanakan wahyu sementara syaitan, di sisi lain, tidak. Sambil menampilkan keakuannya (ananiyah ? nya), iblis berkata: "Ana dari api. Adam dari tanah"atau dengan kata lain, "saya lebih tinggi dan dia lebih rendah: saya lebih berpengalaman, dia belum", tengok sikit punya ego Iblis. Ramai yang terlupa mereka ingat minum arak, berjudi, berzina, meliwat, tak solat, tak puasa saja dosa. Mereka terlepas pandang bukankah berlagak itu ego? Sombong dan bongkak pun dosa yang menyebabkan Iblis terkeluar dari Syurga. Ini sekadar cerita. Bukan menyindir mereka yang merasa diri mereka istimewa orang lain di pandang macam kucing kurap. Siapa makan cili dia mesti pedas giller. Nasib lu lah Bro. Saya boleh dan dia tidak boleh: saya boleh dan dia tak boleh. Mentang-mentanglah kata Mahathir Malaysia boleh, rasuah berjemaah mana boleh, menyamun, merompak harta rakyat mana boleh. Saya tidak akan pernah taat kepadanya. Eh-eh mentang-mentang lu VVIP berdarah biru, lu tak hendak taat perintah Allah yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW Islam yang bermula dari Nabi Adam as. Lu fikirlah Bro.

Dalam Islam, pemimpin harus mendengarkan suara Tuhan. Suara Tuhan itu boleh di dengar dari suara masyarakat. Hatta budak kecil atau orang biasa yang menyampaikannya "Jangan tanya siapa yang berkata yang penting apa yang dikata masuk akal atau tak logik. Ada kebenarannya atau tidak sendiri punya diri sendiri mahu ingat"

Nabi pernah menyampaikan hadith dialog antara Tuhan dan manusia. Nanti di akhirat Tuhan bertanya, "Mengapa ketika Aku sakit kamu tidak menjengukKu...?" Dijawab oleh manusia itu, "Ya Allah apa maksudnya?" sehingga di jawab kembali oleh Allah: "Mengapa ketika hambaKu sakit kau tidak mengunjunginya?"Aku dan hambaKu menjadi satu kesatuan." Inilah yang dimiliki oleh Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Nuruddin Raniri dan Tok Ku Paloh yang mudah difahami oleh orang hakikat yang telah mengenal diri dan mengenal Allah bukan Ulama yang ada PhD dalam agama tapi tak kenal diri dan Tuhannya.

"Kemana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah" (QS 2:115)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (QS 50:16)

Di dalam Alquran disebut tentang "nafsu yang menyuruh"(nafs al ammarah, QS. 12:53),"jiwa yang menyesali dirinya sendiri" (nafs al lawwamah,QS 75:2), dan "jiwa yang tenang" (nafs al mutma-innah, QS. 89:27). Juga diingatkan tentang pengetahuan yang diperoleh (ilm al ifadi) dan pengetahuan yang diilhamkan (ilm al ladunni, QS. 18:65) dan bentuk ? bentuk bimbingan yang dihasilkan dari perjuangan spiritual.

"Dan orang-orang yang berjihad di jalan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami" (QS 29:69).

Seluruh keturunan manusia samada DNA nya dari Habil atau Kabil dari Firaun atau Musa as, dari Namrud atau Ibrahim as, Muhammad SAW atau Abu Sufian, Ali atau Muawiyah, Hussein atau Yazzid yang melakukan pembunuhan di Karbala. Cuba melakukan ethnic cleansing, antara bani Hasyim dan Bani Umaiyah. Sebelum kiamat peperangan yang paling besar adalah "melawan nafsu"seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Dalam setiap peristiwa yang berlaku, dimana saja didunia ini adalah "perang nafsu"dan berperang dengan syaitan. Berkata Habib Ali bin Syekh Abu Bakar, peranglah, tawanlah, dan permainkanlah nafsu anda, kerana jika tidak, nafsulah, dengan kerjasama dan nasihat syaitan yang akan menawan dan mempermainkan kita. Yang Haq melawan yang batil. Good VS Evil. THINK.

Saya selalu mengingatkan diri saya, anak-anak juga kawan-kawan saya yang datang ke Universiti Of Live di Janda Baik. THINK, FIKIR, TAFAKUR. Belajar dari sejarah kerana sejarah akan berulang. Apa lagi jika anda seorang yang berpengaruh, kerana kata-kata yang terkeluar dari mulut Nabi Muhammad SAW dianggap "sabda" jika ulama yang menyampaikannya menjadi ikutan ianya dianggap"hadith"Rasulullah SAW sebab itu"sebelum bercakap berfikir, bukan sudah bercakap baru nak berfikir". Talk with your mind before you talk with your tounge. Terutama orang yang ada pengaruh, Tok Guru, Ustaz-ustaz yang punya ribuan peminat yang taksub, kepada mereka yang baru jumpa Agama, maklumlah dalam dunia si buta orang yang punya satu mata dialah Raja, Raja Pembohong, Raja Pendusta dan Raja Pemfitnah. Para Y.A.B dan Y.B lebih baik diam, jika tidak ada perkara yang berfaedah yang mahu disampaikan. Silence is gold. Lebih baik diam. Saidina Ali berkata janganlah jadi orang yang berkata dengan kata-kata orang yang zuhud tetapi berperangai macam orang cintakan dunia.

Allah mendidik kita untuk mempunyai adab etika dan estetika kerana kita hamba perlu ada perasaan "kekitaan""nahniyyah""we", bukan "I, Me, Mine". Jika "hamba-Ku" sakit maka "Aku" yang sakit, atau jika "hambaKu" bersuara maka"Aku" yang bersuara, kerana hamba sekadar punya mulut. Suara kebenaran adalah suara Tuhan. Telinga manusia sekadar accessory begitu juga mata, pendengaran dan penglihatan milik Tuhan. Suara rakyat adalah suara Tuhan (vox populi vox dei). Dan itulah visi demokrasi yang sering kita dengar.

Seorang Y.B yang memakai lebih dari satu topi, topi agamawan dan ahli"ahli politik lebih "lebih lagi harus waspada. Jangan mentang-mentang kita dijemput bagi tazkirah di sebuah institusi pengajian tinggi kita buka dengan ayat Quran, tapi akhirnya kita gunakannya untuk Tuhan politik kita, kita gunakan untuk menyembah nafsu kita. Harus ingat institusi pengajian tinggi Islam adalah tempat lahirnya dai', "umara dan ulama", jangan jadikannya pentas politik.

Bila lagi pemimpin yang besikap individu-individualistik akibat meterialistik mahu menanggalkan "aku" dan beralih kepada kesedaran "kami"?Dengan itu maka keperibadian syaitan yang sangat mengangungkan"aku" akan terkikis. Ingat,"aku" tidak akan pernah bererti tanpa "kami".

Akhirnya, kitakan sama-sama mahluk Allah. Bezanya, siapa yang berwahyu dan siapa yang serupa dengan karekter syaitan; siapa yang pro dan siapa yang kontra dengan pendidikan Tuhan. Melalui adab yang diajar oleh Prof Naquib Alattas.

Seperti biasa, saya suka berfikir, sebelum menulis, kerana saya tahu, anda yang sedang mambaca buku saya akan merasakan saya sedang bercakap dari hati-ke hati menerusi magnetic, frequencies, wavelength dari minda ke minda yang terbuka dengan anda yang di Rahmati Allah semoga apa yang saya kongsikan dengan anda boleh mendatangkan faedah. Semoga Allah memberi anda hidayah dan memberkati hidup anda sekeluarga dan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Itu doa saya untuk anda. Jangan percaya sepenuhnya, jika anda tidak yakin dengan apa yang anda baca, fikir. Kalau"tak best"mengarut, buku di tangan anda. Lu buatlah apa lu suka, siapa pun tak marah. May God bless you.

Bukan mudah mahu menggambarkan siapa "Tok Ku Paloh" anakanda Tok Ku Tuan Besar, ulama besar Terengganu pada abad ke-19 yang nama sebenarnya ialah Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus berasal dari Hadhramaut, Yemen zuriat dari Rasulullah SAW dari keturunan Saidina Hussein anakanda Saidina Ali dan Fatimah Az Zahrah puteri Rasulullah SAW.

Berapa ramai manusia hari ini tahu "mukjizat" yang ada pada para Nabi, Nabi Ibrahim as dan Nabi Sulaiman as dan lain-lain Rasul Allah dan Para wali Allah. Lebih-lebih lagi mereka yang tak pernah belajar sifat 20 dan tak baca Hadith 40 yang mereka tahu hanya wawasan 2020. Tok Ku Paloh adalah seorang lagenda yang patut diambil iktibar oleh mereka yang tergila-gila sangat hendak menjadi Menteri Besar. Ketika semua ahli politik mempunyai minat yang sama bila masuk UMNO kerana di sebalik kerusi kuasa ada banyak harta karun dan mudah dapat watikah guna untuk merompak dan menyamun.

Manusia hari ini yang lebih kenal kepada Cirial Magician atau Ahli Sihir David Copperfield. Spiderman, Superman, Bat Man dan Iron Man kerana setiap hari di TV ada saja cerita manusia yang dicipta yang sebenarnya tak masuk akal kerana kecanggihan teknologi perfileman ia menjadi amat menakjubkan. Padahal inilah satu dari propaganda Amerika, ramai anak-anak yang ingin jadi seperti Spiderman sedangkan tak ada apa formula yang kita boleh pelajari untuk jadi Batman. Spiderman ianya satu khayalan berbeza dengan keajaiban miracle yang dilakukan oleh Nabi Isa as seperti karamah yang dimiliki oleh Sheikh Abdul Qadir Jailani dan Arif Billah dan Ghauth serta Wali Allah para Nabi yang ilmunya anda boleh pelajari kerana anda juga adalah manusia ciptaan Allah seperti yang berasal dari Adam dan Hawa, hanya Nabi Muhammad SAW saja yang maksum. Tak kenal maka tak cinta. Kepada mereka yang berminat menghadiri majlis, mari kita kenal siapa Nabi Muhammad SAW kerana kita pernah mengadakan Malam Cinta Rasul di Putrajaya.


"Dalam kitab "Maulid Diba"yang dibacakan bersama oleh hadirin pada hari dia mengingatkan kita semua,"Aku (Muhammad) senantiasa dipindahkan dari sulbi-sulbi (rusuk) yang mulia ke dalam rahim-rahim yang suci. Sehingga tiba saatnya aku dilahirkan diantara kedua orang tuaku." Walaupun kita tidak pernah "ketemu"dengan kekasih Allah yang berada di alam ghaib, hati kita yang sudah dihidupkan ketika membaca"Maulid" merasakan sentuhan kasih sayang Baginda yang melimpahi setiap kali nama Baginda disebut. Kita berselawat ke atas Baginda dan kaum keluarganya. Kalau tak pernah rasa garam, masakan kita tahu apa itu masin, kalau gula di sentuhkan ke bibir, baru tahu manisnya gula. Kalau tak kenal Baginda Rasulullah SAW sebagai cahaya dan rahmat, bagaimana kita kenal siapa sebenarnya warisnya, siapa sebenarnya zuriatnya?

Nabi Muhammad SAW pada awal penciptaannya disebut Ahmad Nurani yang ertinya "Ahmad yang mempunyai sifat Nur". Pada akhir penciptaannya disebut Ahmad Ruhani, atau "Ahmad yang mempunyai sifat roh". Muhammad SAW juga disebut Ahmad Insani, iaitu"Muhammad yang mempunyai sifat manusia." Pada batinnya bernama Ahmad Rabbani, iaitu "Muhammad yang mempunyai sifat ketuhanan." Hal ini dimungkinkan kerana semua dijadikan dari Nur Muhammad. Muhammad itu sebelum penzahirnya sudah dicintai Allah, bukan macam Mat-Mat di kampung atau Mat Rempit. Macam mana kita mangaku umatnya kalau tak kasihkannya, kalau tak cintakannya, lainlah kalau kita bernabikan Muhammad bin Abdul Wahhab!

Lawlaka-lawalaka ma khalaqutul aflaka. Kalimat syair dari hadis Qudsi boleh diertikan, "Kalau bukan kerana engkau, wahai Muhammad. Aku tidak akan membuat alam semesta ini. Kerana alam dijadikan dari Nur Muhammad."


Ketika Jibril memangku Nabi Muhammad, ia mengatakan, "Anta Yasin, anta Thata, anta Ha Min, Anta waliyul nufusil mukminin (Engkau Yasin, engkau Thaha, engkau Ha Mim. Engkau adalah wali jiwa orang beriman)." Tingginya kedudukan Saidina Muhammad SAW, ketika Baginda akan lahir, binatang-binatang berebut untuk memelihara Baginda. Saat kelahiran Muhammad, api sembahan di negeri Syam padam dan singgahsana di Kerajaan Parsi runtuh. Bukan sembarangan orang manusia Tuhan pilih untuk menjadi"role model" towering personaliti yang diceritakan di dalam berzanji, syair, kasidah yang puitis yang menjadi halwa telinga santapan rohani. Jika kita mengerti kita akan sentiasa meletakkan Baginda di hati kita, mahu jadi seperti Baginda jika mahu mengangkat makam ke peringkat insanul kamil. Dari Rasulullah SAW inilah lahir keturunan Tok Ku Paloh. Tak kenal maka tak cinta.

Cuba kita tanya berapa rakyat Terengganu yang tahu sejarah Tok ku Paloh? Sama ada mereka ahli PAS, UMNO atau PKR. Kenapa saya bawa cerita Tok Ku Paloh dalam cerita rampasan kuasa secara diplomatik dalam peralihan kuasa dari Ahmad Said kepada Ahmad Razif yang melibatkan Sultan Terengganu. Lu fikirlah Bro. Sehingga ada rakyat yang memandang serong kepada institusi yang penting bagi orang Melayu yang memerlukan kuasa kesultanan selaku khalifah dalam peralihan politik lanskap dunia.


Batu Bersurat Terengganu untuk yang mahu menginsafi kewujudan nya


Ramai yang terlupa akibat memisahkan politik dari Agama akibat tak kenal siapa Tuhan mereka, apa perjanjian dengan Allah semasa dalam kandungan ibu dan Allah lebih dekat dari urat leher mereka. Mereka terlupa yang Allah maha kuasa. Tuhan tak mahu beri Terengganu pada PAS. Bila PAS tak percaya tanpa bergabung dengan parti lain. Ini pernah terjadi pada pilihan raya pertama pada tahu 1959.

PAS telah berjaya memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu. PAS pada tahun 1959 telah memenangi 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu. PAS Terengganu ketika itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun Ustaz Ahmad Azzam adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dan berjaya memenangi kerusi DUN Jeram, beliau tidak pula dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sebagaimana amalan politik biasa ini kerana Ustaz Ahmad Azzam bukan berasal dari negeri Terengganu. Sultan Terengganu telah memperkenankan ADUN Setiu iaitu Haji Mohd Daud Abdul Samad sebagai Menteri Besar. Sementara Ustaz Ahmad Azzam dilantik menjadi Exco Kerajaan.

Terdapat desakan agar Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Usaha menguatkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara telah gagal walaupun ADUN Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS kerana Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi ADUN Parti Negara menyokong Perikatan.


Al-Habib Abdul Rahman bin Muhammad Al-Aidrus
(Tokku Paloh -1817M – 1918M)

Sultan akui kehebatan karamah yang ada pada Tok Ku Paloh sebab itu Sultan boleh mengiktiraf mentadbir Terengganu tanpa perlu memberi watikah seperti seorang mahu menjadi MB perlu watikah dari Sultan. Sultan memberi kuasa sepernuhnya kepada Tok Ku Paloh sebagai orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Begitulah mulianya seorang ulama pewaris nabi yang barada di peringkat Arifin Billah.

Tok Ku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan "Syahadat Tok Ku" iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.

Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tok Ku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Seorang daripada isteri Tok Ku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri. Hubungan rapat antara Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tok Ku Paloh.


Almarhum Sultan Zainal Abidin III

Tok Ku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kematian ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Tok Ku Paloh dilahirkan pada 1817 di kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Idrus atau dikenali Tok Ku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.


Datuk Bahaman


Mat Kilau 


Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pemimpin Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir -hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tok Ku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.

Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Tok Ku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Cucunya hari ini Dato Syed Omar menjadi penasihat Sultan Mizan.

Malah ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untukk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pengawai British kemudian pergi ke rumah ulama itu untuk berunding. Tok Ku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh "mengambil" Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

"Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah." Demikianlah jawapan ulama besar itu dalam bahasa Terengganu maki tua orang Inggeris kata British "sense of human".

Mendengar jawapan sindiran maki tua ulama keturunan dari Rasulullah SAW. British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi dengan izin Allah dengan karamah yang ada pada ulama wasilah ambia, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka. Baru padan muka orang yang sombong.

Lalu Tok Ku Paloh menyindir:"Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?" Sekali lagi mereka kena"maki tua". Saya teringat cerita Ahmad Said pada saya, semasa dia di New Zealand. Dia tengok pertunjukan bagaimana seekor burung setiap kali orang buang sampah, burung itu akan kutip. Ahmad Said sanggup bayar nak bawa balik ke Terengganu mengajar mereka yang tak ada "sivik" kebersihan guna cara "maki tua" kepada orang yang suka buang sampah dan tak peduli pada teguran. Sebab itu agaknya Ahmad Said buat zoo supaya manusia boleh belajar dari binatang. Jika dia tidak ada kemanusiaan dalam dirinya. Sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu dan marah.

Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tok Ku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tidak mampu bertahan jika beliau naik.

Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tok Ku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke atas kapal berkenaan dan dengan izin Allah, setiap kali Tok Ku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta-merta. Jangan main-main dengan wali Allah. Apakah anda tak teringin mempunyai seorang anak yang boleh menjadi wali Allah kerana sudah terlalu banyak wali syaitan yang merosakkan akidah ummat Islam. Menggunakan Islam bertopengkan Islam.

Ramai yang telah terpesona dengan kehebatan dongengan mitos Amerika yang mendewakan mitos ciptaan mereka melalui filem hingga orang Islam terlupa keajaiban yang ada pada para Nabi dan Wali Allah yang boleh mengatasi segala Mistik dan keajaiban yang di cipta oleh kafir untuk menyesatkan kita. Ramai orang kita percaya mengadakan "tawasul" dengan wali Allah itu bidaah, khurafat malah kafir ikut agama Wahabi ciptaan Muhammad bin Abdul Wahab. Tapi mendewakan Amerika tak menjadi kesalahan kerana Amerika kuasa besar dunia. Bagaimana dengan Akhirat dan Alam Ghaib?

"Gagal dalam membuat rencana sama dengan merencanakan kegagalan"

Pelik bagaimana ramainya orang Islam merasa senang dengan keindahan penampilan, merasa bangga mengeluarkan biaya yang mahal untuk memperindahkan rumah, membeli kereta mewah supaya anda lebih dihormati dan disegani. Ramai yang memberikan keutamaan memperindahkan aksesori duniawi, melakukan pembaziran di hotel-hotel mewah di bulan puasa dan persiapan menyambut hari raya 3 bulan sebelum puasa bukankah lebih baik memperindah keperibadian dalaman, kerohanian dengan"akhlak mulia". Kita melihat rumah-rumah yang tersergam indah setanding istana, tetapi peribadi tuan rumahnya begitu jauh dari keindahan budi perkertinya. Berkereta besar dan mewah, sayangnya keindahan perilaku tidak nampak pada diri pemiliknya yang hidup dalam keluh kesah "sakit jiwa" wang berjuta. Akibat tak bertanya apa tujuan Tuhan bawa mereka kedunia ini.

Lebih baik jadi hamba Allah yang disayangi oleh Allah dari jadi hamba manusia dan hamba nafsu yang dimusuhi Allah. Lebih baik lagi jika boleh jadi "sahabat Allah". Bukan susah sangat hendak jadi"wali Allah". Apakah anda tak punya keinginan untuk jadi wali Allah atau anak cucu anda menjadi seorang wali Allah. Sayang tak ramai yang minta supaya dimatikan dalam Islam. Hendak mati dalam Islam macam mana kalau "HATI" tidak Islam. Macam mana nak jadi "wali Allah" kalau Allah itu bukan Tuhan kita. Muhammad bukan Nabi kita, Al-Quran bukan ikutan kita dan orang Islam bukan saudara kita. Kita "tak peduli"kan nasib mereka. Kita tak tahu pun Allah itu lebih dekat dari urat leher kita. There is God in Man.

Ramai yang berjanji kepada Allah SWT bahawa solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah, sekadar janji dimulut jadi imam di surau yang makmumnya tak sampai 10 orang guna "loud speaker" supaya dunia tahu yang dia jadi imam. Seorang imam sepatutnya jadikan diri orang yang "muttaqin", orang yang taat, orang yang taqwa, bukan ego menunjuk-nunjuk kerana elaun imam sudah ditambah. Mana tahu tak lama lagi kerajaan BN tambahkan lagi. amal dan hatinya ikhlas bukan menunjuk-nunjuk riak dan takbur di musuhi Allah, gelap buta pukul lima pagi baca Al-Quran guna pembesar suara ganggu jiran yang jarak satu kilometer dari surau dan masjid. Saya berfikir macam mana mengubah mengenai nasib Melayu yang sepatutnya jadi contoh. Mata hatinya buta. Inilah penyakit masyarakat yang tak kenal diri dan Tuhannya. Sebab itu saya terpaksa menulis buku "Jangan Jadi Bodoh"

Melayu yang berfikiran "destruktif" dan enggan menjadi bangsa yang konstruktif seperti ketam dalam bakul. Ada ijazah berjela masih tetap dengan kebodohan yang ditinggalkan penjajah. Mereka "membaca" tapi tidak mahu menjadikan diri Al-Quran yang hidup untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW "Rahmatan Lil Alamin"kerana"mata hati"tertutup. Islam itukan "keamanan?"dan "kedamaian". Bukan buat bising dan menggangu ketenteraman, menarik orang ramai mendekati rumah Allah. Cukuplah azan menggunakan pembesar suara. Sebenarnya bila mereka beriman tak payah mereka akan mencari roh yang ada Allah di dalam surau yang dimiliki oleh Imam.

Ingatkan pesan Tuhan "Dia dijadikan untuk menyembah bukan untuk disembah, jangan hendak jadi Tuhan, jadi hamba Tuhan yang ada rasa ikhsan.Wahai kawan-kawan, usah bertarung idea tanpa adab. Berdebat jika ia berbuahkan kebaikan. Awasi pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. Syaitan namanya."
Imam Hassan Al-Bana

Terserahlah kepada orang-orang yang mahu berfikir mengenai mesejnya yang cukup mudah, "Wahai ahli dunia! Berhentilah berbuat maksiat, ceraikanlah nafsu syahwatmu, jangan lebih-lebih sangat, cari dan kenal Tuhan mu kerana kamu akan kembali kepada Tuhanmu!"Tak guna minta 17 kali sehari supaya Tuhan tunjukkan jalan kebenaran, jalan siratulmustaqim ke syurga jika kamu mengamalkan sifat munafik", bermuka-muka, lidah bercabang, cakap berbohong, berjanji mungkir, diberi amanah mengkhianati amanah, dengan sifat ego seperti iblis. Lufikirlah bro.

Jangan jadi Tok "Big Ayam" Maggi sudahlah...



ANTARA ULAMA DAN RAJA - SH Alattas

$
0
0
ANTARA ULAMA DAN RAJA

Oleh : SH Alattas


"Alangkah baiknya seorang raja yang berada di pintu para ulamanya dan alangkah buruknya seorang ulama yang selalu berada di pintu para rajanya."

Hadith Nabi SAW

ALFATIHAH kepada Baginda Rasul SAW, kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya dan para wali Allah yang nama-namanya tersebut dan tidak tersebut di dalam bab ini. Dan Al-Fatihah juga ke atas roh-roh para ulama yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan agama Allah yang maha suci. Alfatihah....




Pada hari Jumaat dalam bulan November tahun 1988, dengan izin Allah saya telah berpeluang menziarahi makam seorang "ulama besar " seorang Wali Allah Almarhum Tuan Syekh Abdul Wahab di Babussalam, Tanjungpura, Langkat. Saya berziarah ke sana bersama dengan Tengku Tahura selepas kami menziarahi makam ayahandanya Pengiran Amir Hamzah di pekarangan masjid Azizi Tanjung Pura.

Melawat makam ulama dan Wali Allah ini menjadi amalan saya. Saya telah menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah dan juga makam imam-imam besar termasuk makam imam Ali bin Abi Talib ra. dan makam Imam Hassan ra. makam imam Hussein ra. di Kaherah, Mesir dan di Karbala, Iraq. Ini kerana kepala baginda dimakamkan di Kaherah, sementara tubuh Baginda pula di Karbala. Begitu juga dengan makam Imam Ali Az Zainal Abidin Hussein ra. di Madinah dan makam-makam Syaidina fakil mukadam Muhamad Bin Ali Balawi para ahlul bait, Imam-imam besar yang lain-lain: Imam Malik, Imam Hambali, Imam Shafie, Al Ghazali dan raja segala wali Sheikh Abdul Qadir Jailani di Baghdad. Saya sentiasa memuliakan para wali Allah kerana mereka itu mempunyai kekeramatan yang Allah anugerahkan kepada mereka. Maka itulah di antara sebab saya ke Babussalam terlebih dahulu sebelum saya menulis buku ini untuk mengharapkan berkat dari Wali Allah yang telah membimbing dan memberi petunjuk kepada raja-raja.

Setibanya kami di Babussalam, rombongan kami diberikan sambutan mesra oleh ahli waris tuan Syekh tersebut. Seperti makam-makam wali Allah di Negara Islam yang lain, saya dapati ramai yang berziarah duduk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di makam tersebut.

Setiap hari orang ramai datang berpusu-pusu untuk berziarah ke makam ini seolah-olah seperti ada pesta. Selalunya tak kira puluhan atau ratusan tahun para wali keramat itu dikebumikan. Namun yang hidup masih tetap merasakan yang Roh Almarhum itu ada disitu menyambut orang yang menziarahinya dan ramai manusia yang tumpang hidup dengan berkat dan kemuliaan wali Allah yang sudah berpindah ke alam baka.

Tengku Tahura memperkenalkan saya kepada Tuan Syekh sebagai seorang penulis buku dari Malaysia. Cucu Tuan Syekh di Babussalam juga mempunyai status sebagai Tuan Syekh dan mempunyai ramai murid-murid. Saya menghulurkan tangan dan kami bersalam. Seperti guru-guru tarikat yang pernah saya kunjungi, Tuan Syekh ini bersikap merendah diri (tawathuk) dan begitu menghormati orang yang datang menemuinya.

Saya sungguh merasa bangga dan terharu sewaktu mengunjungi Tuan Syekh dan keluarganya ini. Layanan yang diberikan sungguh istimewa dan memeranjatkan saya. Walaupun pertama kali menatap mata dan bersentuhan tangan, tetapi kemesraan yang terlahir seperti antara kami sudah kenal sejak lama dulu. Rasanya hati antara kami seperti terus terikat kepada satu batang dan dengan seutas tali yang sama.

Saya percaya kemesraan ini adalah kerana hubungan ilmu yang mengabungkan kasih dan rasa hati. Jiwa antara kami mudah tersentuh kerana berada atas landasan ilmu yang sama, iaitu ilmu kerohanian. Di sinilah terdapat kenikmatan dan keistimewaan yang dirasakan oleh mereka yang mempunyai ilmu kerohanian. Kemesraan cepat terjalin, kasih sayang segera menyelinap ke hujung hati.

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang yang mempunyai pegangan kerohanian, mereka tahu hakikat diri mereka sendiri. Mereka sedar dan insaf bahawa tidak ada apa-apa perbezaan sesama manusia. Semuanya berasal dari benih dan pokok yang sama. Sama-sama bertauhidkan Allah dan sama-sama pula memegang rahsia yang diamanahkan oleh Allah. Warna kulit, kebudayaan dan adat resam bukan satu perbezaan. Yang penting ialah akidah yang sama-sama mengEsakan Allah sebagai Tuhan kita dan mengakui Muhammad sebagai RasulNya.

Itulah yang memesrakan kami dan itulah tali yang mengikatkan kami. Ikatan secara batin lebih teguh daripada ikatan secara lahiriah.Ini kerana ikatan batiniah ditambat sendiri oleh Allah sementara ikatan lahiriah hanya ciptaan dan simpulan oleh manusia sendiri.

Sebelum kami berangkat pulang beliau dengan penuh khusyuk mengangkat tangan membacakan doa bermohon kepada Allah untuk kami. Tuan Syekh mendoakan semoga Allah memperkenankan hajat dan memberkati cita-cita murni yang kami hajati.

Almarhum Sultan Langkat, Sultan Musa Al Mua'azzamsyah sangat-sangat menghormati dan mengambil berat akan kesejahteraan Tuan Syekh Abdul Wahab, Datuk kepada Tuan Syekh yang kami temui ini.

Di samping menjadi raja yang memerintah, beliau menjadi murid yang baik kepada Tuan Syekh Abdul Wahab dan sebagai seorang murid seperti murid-murid yang lain. Baginda sultan tidak segan silu untuk mencium tangan gurunya untuk mendapatkan berkat dari guru. Ini sifat seorang raja yang telah mempelajari ilmu tauhid. Begitulah mengikut cerita Tengku Tahura kepada saya. Kalau tidak dengan penuh kesombongan mengharapkan rakyat mencium tangan raja yang tak dapat memberikan berkat.


Sultan Musa, sebagai raja di Langkat, bukan sahaja pernah mencium tangan Tuan Syekh Abdul Wahab tapi telah turut apa saja perintah gurunya dengan taat tanpa pernah membantah.

Suatu hari Sultan Musa pernah dihukum oleh Tuan Syekh supaya bertaubat. Baginda disuruh supaya beristigfar di tangga masjid Babussalam. Baginda ikut perintah guru dengan taat.

Peristiwa Sultan Musa disuruh beristigfar depan tangga masjid itu telah menggemparkan seluruh istana Langkat. Ada di antara keluarga di raja yang telah datang dari Tanjung Pura dengan pedang terhunus hendak mengajar Tuan Syekh Abdul Wahab. Kononnya Tuan Syekh telah menghina sultan di khalayak ramai dan guru seperti ini mesti diajar.

Sultan Musa dengan tenang menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada kerabat baginda yang cuba menderhaka terhadap gurunya. Sultan memerintahkan agar kerabatnya pulang sahaja dan menasihatkan mereka itu supaya jangan membuat tidak tentu kepada guru yang amat dikasihinya. Ketika itu barulah mereka sedar bahawa tidak ada hinanya seorang raja menurut perintah guru. Kedudukan guru yang bertaraf wali jauh lebih mulia dari seorang raja. Ini kerana di sisi Tuhan, orang yang lebih mulia itu adalah orang yang lebih takwa terhadapNya. Raja yang mempelajari ilmu tauhid tahu perkara ini.
Pada suatu hari Sultan Al Muazzamsyah bertitah di hadapan pembesar-pembesar kerajaan, baginda mengatakan bahawa, Tuan Guru Syekh Abdul Wahab adalah seperti ibu dan bapanya. Kerana Tuan Gurunya adalah seorang yang alim di bidang ilmu keTuhanan, seorang yang warak, yang hidupnya semata-mata kerana Allah. Gurunyalah yang telah mengajar baginda sultan supaya mengenali siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Maka sebab itulah baginda segera bertaubat setelah baginda tahu halal dan haram yang telah di ajar oleh gurunya. Sejak itu beliau telah mendapat taufik dan hidayat dari Allah dan sejak bergurukan Syekh Abdul Wahab. Baginda pun taat pada perintah Allah, tidak lagi melakukan perkara-perkara yang mungkar dan sentiasa membuat yang disuruh oleh Allah.

Baginda mengucapkan kata-kata pujian terhadap guru tersebut dikhalayak ramai. Baginda tak dapat menyembunyikan perasaan terharu baginda hinggakan air mata sultan jatuh membasahi pipi tanpa disedari, peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai. Inilah satu sejarah yang sukar untuk dilupakan. Tuhan telah makbulkan doa Syekh Abdul Wahab untuk membimbing dan menunjuk ajar pada raja-raja dan pembesar-pembesar dalam negerinya.

Syukur Alhamdullilah, Almarhum Sultan Musa Almu'azzamsyah yang pernah memerintah negeri Langkat telah berada di pintu para ulamanya. Bukan ulama yang berada di pintu istana raja mereka, sebab itu Allah telah selamatkan baginda dan memberikan kemuliaan kepada ulama yang menyembah Allah tidak sultan.

Almarhum Tuan Guru Syekh Abdul Wahab yang mengajar tarikat Naqsyabandiah ini tidak mementingkan kemewahan hidup duniawi dan telah memberi ajaran yang berkesan terhadap murid -muridnya. Dari seorang rakyat biasa kepada para pembesar dan raja, murid-muridnya berada di Sumatra dan di seluruh Indonesia terdapat puluhan perkampungan tarikat seperti ini tanpa apa-apa gangguan dari ulama yang bekerja dengan kerajaan. Begitu jugalah halnya di Mesir yang terdapat kira-kira 60 buah tarikat yang diiktiraf oleh kerajaan. Sementara berpuluh-puluh lagi bebas mengadakan kegiatan masing-masing tanpa mendapat sekatan dan halangan dari kerajaan.

Mengikut perkembangan tariqat di negeri ambia ini sungguh menyenangkan hati. Di Mesir mana-mana kumpulan tariqat bebas untuk mengadakan sebarang aktiviti mereka. Mereka tidak perlu selindung-selindung seperti di tempat kita. Di merata masjid di Mesir ada sahaja kumpulan tariqat yang mengadakan majlis hadrah ataupun maulid Nabi. Walaupun di Yaman Selatan yang menggunakan sistem Marxis, namun pengikut-pengikut bebas mengadakan hadrah dan perarakan di tengah- tengah bandar seperti kita mengadakan maulud nabi, berarak secara besar-besaran.

Hal ini mengingatkan kita akan sebuah hadith Rasulullah SAW yang antara lain kira-kira begini bunyinya:

"Sesungguhnya bila seorang ulama mengajarkan ilmunya kerana Allah, maka segala sesuatu akan takut kepadanya. Tetapi bila dia mengajarkan ilmunya untuk mencari harta dunia, maka dia akan takut kepada segala sesuatu itu".

Kita lupakan cerita Sultan Musa dan Syekh Abdul Wahab mari kita ke negeri Arab di zaman Sultan Al-Mansur.

Seorang raja yang pernah berkuasa di bumi Arab, Sultan Al-Mansur ini yang sentiasa mencurigai para ulamanya, terkecuali para ulama yang selalu berada di pintu istananya. Dalam bab Antara Ulama dan raja ini saya perturunkan cerita tentang raja-raja dan ulama di zaman dulu untuk menungan dan kajian mereka yang nak tahu tingkah laku raja dan ulama.

Al-Mansur mencurigai dan mengawasi gerak-geri Imam Malik seorang ulama besar yang tidak asing lagi bagi seluruh umat Islam. Beliau termasuk salah seorang dari ulama mazhab besar iaitu Mazhab Maliki di samping Imam Abu Hanifah dan Imam Idris Asy Syafi'i. Imam Syafi'i, yang menjadi ikutan kepada sebahagian dari penganut Islam di Malaysia pernah bergurukan Imam Malik.

Imam Malik banyak menulis dan mengarang. Di antara kitabnya yang besar dan termahsyur adalah kitab "Al-Muwatha" yang hingga ke hari ini masih di baca, di kaji dan diambil manfaatnya oleh ulama generasi sekarang.

Beliau warga kota suci Madinah Al-Munawarah, kota Rasulullah SAW, sumber ajaran Islam yang murni dan kalimat tauhid yang cahayanya terpancar ke seluruh pelosok dunia. Cahaya yang telah mengeluarkan umat manusia dari alam jahiliyah ke alam yang terang benderang. Sebagai warga kota yang baik, Imam Malik sentiasa berpakaian rapi dan bersih sambil duduk di dalam masjid Nabawi di antara makam dan raudha Rasulullah SAW. Beliau sangat tekun dan khusyuk beribadah, zikir dan bertaqqarrub, memuji kebesaran Allah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selain itu beliau juga berselawat dan berdoa memohon syafaat Nabi Besar Muhammad SAW.

Masjid Nabawi yang agung, dibuminya bersemayam jasad seorang Rasul kekasih Allah, Muhammad SAW. Dengan sebuah taman "Raudah Nabi", setiap orang yang memasukinya akan merasakan ketenangan fikiran, seolah-olah berada di salah satu taman syurga di alam yang kekal dan abadi. Setiap orang Islam yang berkemampuan dan yang cinta dan kasih pada Rasulullah wajib menziarahi makam Nabinya walaupun sekali dalam seumur hidup.

Di tempat yang mulia itulah Imam Malik dikelilingi oleh para muridnya dari berbagai lapisan dan tingkatan masyarakat, besar atau kecil, kaya atau miskin, mendengar dan mencatat ajaran dan fatwa, kuliah dan ceramah yang disampaikan oleh Imam Malik secara jelas, tegas dan berani tanpa berselindung. Yang benar, dikatakan benar, dan yang salah dikatakan salah, meskipun terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Imam Malik pernah berfatwa:

"Tidak sah perceraian yang dipaksakan. Bahkan apa sahaja yang dipaksakan dan tidak sesuai dengan kehendak rakyat, menurut hukum Islam batal dan tidak sah."

Fatwa ini kemudian tersebar luas dan dianuti oleh sebahagian besar umat, bagaikan embun pagi menyiram hati mereka yang merasa hak asasinya dilanggar oleh para raja. Sebaliknya bagi para pegawai kerajaan dan raja, fatwa tersebut bagaikan petir di siang hari menyambar telinga mereka.

Adapun fatwa yang diucapkan oleh Imam Malik itu diambil dari sebuah hadith Rasulullah SAW: Yang hak dan benar. Mendengar fatwa tersebut, maka tidaklah menghairankan bila Al-Mansur segera memanggil Imam Malik untuk menghadap dan meminta kepadanya agar menarik balik fatwa tersebut, demi mengembalikan kewibawaan raja di mata rakyatnya. Atau ia membuat sebuah fatwa lain yang dapat menolak dan membatalkan fatwanya yang semula.

Akan tetapi Imam Malik tetap teguh pendiriannya. Beliau menegur dengan penuh kejujuran bahawa sesuatu yang hak dan benar tidak dapat disembunyikan walaupun ia dirasakan sebagai sesuatu yang pahit dan sukar diterima. Memang begitulah halnya: "Truth is always bitter". Maka itulah sebabnya tak ramai manusia yang berani menghadapi kenyataan tetapi lebih suka menjadi hipokrit.

Dari sinilah mulai timbul tabir pemisah antara Al-Mansur dengan Imam Malik. Dia dilarang memberikan pelajaran fatwa. Gerak langkahnya dibatasi, diawasi dan dihalangi. Namun Imam Malik tetap berjalan dan melaksanakan tugasnya. Ia tidak gentar dan takut dengan segala macam ancaman yang ditujukan kepadanya. Sebagai ulama pengembang wasiat Rasulullah SAW, dia merasakan kewajiban melaksanakan perintah Allah dan RasulNya terletak dibahunya. Ketegasannya ini telah menyebabkan dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Kemudian ia disiksa dan dipukul dengan sebatan sebanyak tujuh puluh kali oleh pegawai kerajaan Al-Mansur. Namun dalam peristiwa itu Al-Mansur mengelak dan berpura-pura tidak tahu.

Setiap raja mesti mengetahui dan mengambil tahu apa yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai pemerintah terhadap rakyat di bawah jagaannya.

Al-Mansur sebagai raja dan pemimpin tertinggi tahu dan mengerti atas setiap peristiwa dan kepentingan rakyatnya. Oleh itu beliau sepatutnya mesti sentiasa menyelidiki hal ehwal umat dan selalu turun mengawasi tingkah laku pegawai bawahannya. Namun ini tidak dilakukan oleh beliau.

Setiap kekerasan dan paksaan, lambat atau cepat akan membawa malapetaka yang tidak diinginkan. Dan pada suatu ketika akan meledak, meruntuhkan kedudukan dan kewibawaan pemimpin maupun raja. Bagaimana hebatnya manusia, ia tetap tidak dapat bekerja tanpa bantuan orang lain. Untuk mencapai matlamat yang hendak dituju perlu ada iklim yang sihat, dalam erti kata kesatuan dan persatuan, aman tenteram, serasi, senada dan sefahaman dengan menjunjung tinggi asas musyawarah.

Kewibawaan seseorang tergantung dari tingkahlakunya yang baik, hormat menghormati dan saling menghargai pendapat orang lain, sehingga ia dihormati dan disegani. Kewibawaan yang seharusnya dimiliki oleh setiap pemimpin, terutama para raja, yang mengatur strategi pemerintahan yang berasaskan kerakyatan hendaklah menitik beratkan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi. Sistem pilih kasih atau kekeluargaan pada suatu jabatan penting dalam kerajaan akan mengakibatkan hal-hal negatif, kerana mereka selalu merasa dilindungi oleh pihak atasan. Ini menyebabkan mereka berbuat sekehendak hati mereka terhadap rakyat, sebagaimana contoh yang terjadi pada masa kerajaan Al-Mansur terhadap Imam Malik dan para pengikutnya.

Al-Imam Malik bin Anas sangat peramah dan pemaaf serta sangat menghargai pendapat orang lain. Pakaiannya sentiasa akan bersih dan kemas. Dia suka memakai wangi-wangian. Beliau akan membiarkan orang menunggunya, biarpun raja sekalipun selagi beliau mendapati pakaiannya belum cukup kemas.

Satu perkara yang unik yang ada pada diri Imam Malik ialah beliau amat menggemari kuda yang berwarna putih. Satu ketika sedang beliau memimpin seekor kuda putih kesayangannya di kota Madinah, beliau telah ditanya oleh seorang sahabat yang kebetulan berada di situ.

"Wahai Imam Malik", kata sahabat itu, "Mengapakah tuan tidak menunggang kuda itu?"

Jawab Imam Malik, "Bagaimana aku mahu menunggang kuda ini di tempat yang sebegini suci. Bukankah aku sedang berada di atas bumi dimana bersemadinya kekasih Allah. Jika aku menunggang kudaku itu, aku sudah menjadi angkuh, dengan membiarkan aku dan kudaku memijak bumi yang suci ini?"

Imam Malik juga adalah seorang yang amat pemurah sehingga beliau menghadiahkan sahaja kuda kesayangannya kepada sesiapa sahaja yang memintanya.

Selain dari itu Imam Malik juga mempunyai ilmu firasat yang dapat mengenali bukan saja sifat lahiriah seseorang, malah juga sifat-sifat rohaniah.

Fatwanya mantap, tegas dan memuaskan sesuai dengan Al-Quran dan Al-Hadis. Imam Malik pernah berkata di hadapan Al-Mansur.

"Demi Allah aku sudah memaafkan setiap orang yang pernah berlaku kasar atau pernah memukul aku, semoga Allah memaafkan mereka".

Itulah kebesaran peribadi Imam Malik yang hatinya bersih dan tidak menyimpan dendam terhadap sesiapa pun. Malah dia mendoakan mereka dengan segala kebaikan. Sifat Imam Malik ini semoga dapat dicontohi oleh para ulama kita sekarang ini.

Setelah sedikit sebanyak kita mengikuti peristiwa yang berlaku di antara raja Al-Mansur dengan seorang ulama besar Imam Malik bin Anas, mari kita perhatikan pula apa yang berlaku di antara seorang raja yang terkenal, iaitu Harun Al-Rasyid, yang secara rasminya diangkat sebagai Khalifah.

Setelah secara rasmi Harun Al-Rasyid diangkat sebagai Khalifah, saban hari beliau menerima ucap selamat dari sahabat-sahabatnya kecuali seorang ulama besar, Sufyan bin Said bin Munzir Ats Tsauri, Sufyan bin Said tidak pernah menampakkan dirinya, sehingga Khalifah Harun Al-Rasyid merasa perlu untuk mengirim surat kepadanya:

Beginilah bunyi surat itu:

Dari Hamba Allah Amirul Mu-minin Harun Al-Rasyid.
Kepada saudara Sufyan Bin Said Bin Munzir Ats Tsauri.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:

Ammad ba-du! Saudaraku Sufyan, sebagaimana saudara mengetahui bahawa Allah SWT telah mempersaudarakan orang-orang mukmin. Maka jauh sebelum aku menjadi Khalifah, persaudaraan itu sudah sangat erat antara engkau dan aku. Bahkan sampai hari ini dan saat ini aku tetap menganggap saudara sebagai orang yang paling dekat dengan aku. Di mana seperti saat-saat sekarang ini Allah SWT telah memikulkan beban urusan ummat di atas pundakku. Aku sangat mengharapkan kedatangan mereka. Ketahuilah bahawa seluruh ulama di kota ini dan sekitarnya, sudah datang memberi ucapan selamat kepadaku. Kepada mereka yang berdatangan itu aku telah memberikan berbagai hadiah sebagai tanda syukur kepada Allah dan tanda terima kasihku kepada mereka. Semoga dengan diterimanya suratku ini, kedatangan saudara akan ku sambut dengan gembira sebagaimana yang kulakukan terhadap para tamu yang lainnya.


Setelah surat itu sampai kepadanya, Imam Sufyan tidak mahu menyentuhnya. Dia menyuruh orang lain yang membacanya. Setelah ditanya mengapa surat itu tidak disentuhnya, beliau menjawab: "Aku tidak ingin menyentuh apa-apa yang telah disentuh oleh tangan-tangan yang berdosa".

Lalu Imam Sufyan menyuruh orang lain untuk membalas balik surat tersebut di belakang surat yang diterima. Orang yang disuruh menulis surat itu berkata: "Aku kira kurang sopan kita menulis surat kepada Khalifah dengan kertas bekas Khalifah sendiri". Sufyan menjawab: "Itu adalah urusanku sendiri, tulislah apa yang aku katakan". Kemudian Imam Sufyan mencatat isi suratnya sebagai berikut:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang
Dari hamba Allah yang penuh dosa.
Sufyan bin Said bin Munzir Ats Tsauri.
Kepada hamba Allah yang angkuh, Harun Al Rasyid.

Amma Ba'du! Ketahuilah ya Harun Al-Rasyid, bahawa mulai hari ini aku telah memutuskan tali persaudaraanku dengan engkau. Dan aku telah menghapuskan dari dalam hatiku rasa kasih sayangku padamu. Sungguh engkau adalah orang yang bodoh dan boros. Apa yang selama ini belum aku ketahui tentang dirimu, sekarang sudah terbuka semuanya melalui suratmu itu. Aku bersama orang-orang yang telah membaca suratmu itu dengan sendirinya menjadi saksi atasmu di hadapan Allah pada hari kemudian. Apa sebabnya? Bukankah engkau telah berkata di dalam suratmu itu bahawa engkau telah membagi-bagikan hadiah pada orang-orang yang datang kepadamu untuk menyampaikan ucapan selamat? Bukankah engkau mengambil hadiah ? Hadiah itu dari Baitul Maal? Lalu engkau bagi-bagikan kepada mereka yang tidak berhak menerimanya? Ya Harun Al Rasyid! Apakah sudah meminta izin kepada fakir miskin, janda, anak-anak yatim, para mujahidin fisabilillah, dan para pejuang agama Allah: membagi-bagikan hak mereka kepada orang-orang yang datang kepadamu itu?

Ya, Harun Al-Rasyid! Dahulu aku mengenal engkau sebagai seorang yang zahid, suka bergaul menghadiri majlis-majlis Al-Quran? Tetapi sekarang dengan kekuasaan yang engkau miliki justeru telah menjauhkan dirimu dari semua itu. Maka sekarang bersiap-siaplah engkau menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan Allah nantinya.

Ya, Harun Al-Rasyid! Ketahuilah bahawa kematian akan datang. Ya Harun Al-Rasyid! Itulah nasihat-nasihatku padamu. Peliharalah amanat Allah dan lindungilah ummat Muhammad SAW dan berikanlah hak-hak mereka.

Ya Harun Al-Rasyid! Berhati-hatilah dalam kehidupan di dunia ini. Ujian dan cubaan selalu mengintaimu. Nasihat yang paling baik adalah nasihat dari dirimu sendiri.


Itulah kisah-kisah para ulama yang tercatat dalam sejarah dengan tinta cahaya iman. Cahaya yang telah menerangi jalan yang gelap. Iman yang membawa manusia pada ketakwaan dan keredhaanNya.

Jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang soleh dan para ulama terdahulu, yang tegas dalam menyuarakan yang hak dan berani menolak memang sudah sepatutnya diketahui oleh kita semua. Ini kerana mereka didasari oleh keyakinan bahawa apa yang mereka kerjakan adalah demi kebaikan semua umat manusia, sesuai dengan ajaran agama Allah. Justeru itu maka hendaklah kita ketahui bahawa Allah telah mengamanatkan kepada para ulama untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar di mana saja dan bila-bila masa jua.

Demikianlah sikap para ulama, seperti Sufyan Ats Tsauri, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Mereka berani memperingatkan para raja dengan kata-kata yang penuh bijaksana dengan berlandaskan kepada hadith dan firman.

Setelah mengikuti kisah para ulama yang begitu tegas dan berani membuat teguran terhadap pemimpin maupun raja, tergerak di hati hendak mengetahui apakah ada diantara para ulama di negara kita ini yang berani berbuat demikian?

Apakah para raja-raja sekalian sentiasa mendampingi para ulama?

Apa yang saya tahu kebanyakkan para ulama di negara kita takut menyuarakan apa yang benar dan apa yang salah. Apa yang pemerintah buat mereka akan cuba mencari hadith-hadith yang daif untuk boleh disesuaikan dengan keinginan kerajaan serta raja-raja.

Kebanyakkan para ulama di Malaysia ini bergantung hidup dengan kerajaan. Memang tidak boleh dinafikan di atas kepakaran para ulama kita bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para pemimpin ataupun raja-raja. Walaupun telah mendapat gaji yang cukup, gelaran Datuk juga sangat mereka harapkan. Selain daripada itu, mereka melibatkan diri mereka dalam kancah-kancah politik. Mereka turut menjadi pemimpin persatuan-persatuan ulama yang mencari salah silap kerajaan dan golongan yang tak sebulu dengan mereka. Tidak kurang juga yang terlibat dengan segala macam rasuah. Ulama-ulama yang seperti inilah yang saya isytihar perang sepertimana yang telah saya jelaskan di dalam "Penutup" buku ini.

Di samping itu ada suatu pekerjaan ulama kita yang menggelikan hati. Bila menjelang Ramadhan mahupun Syawal mulalah para ulama itu mengintai sana, mengintai sini, mencari anak bulan. Bukankah itu suatu yang lucu, macam budak kecik yang baru dapat teropong. Mereka seronok bila televisyen atau akhbar memaparkan gambar mereka sedang mengintai-intai anak bulan. Saya kata ini lucu sebab orang-orang kafir pun telah pun menjejakkan kaki mereka di bulan.

Sikap ulama yang semacam ini telah menjejaskan jemaah-jemaah tarikat yang turut bersama dalam menegakkan agama Allah termasuk jemaah Al-Arqam. Namun ini tidak melemahkan semangat jemaah tersebut untuk mengembangkan syiar Islam sesuai dengan cara amalan Al-Arqam itu sendiri.

Para ulama cepat sungguh bertindak menyalahkan dan menyesatkan amalan jemaah tersebut dan juga amalan jemaah lainnya seperti Thariqat Naqsyabandiyah. Para ulama berkenaan lupa ataupun silap, bahawa setiap amalan itu ada rukun dan syaratnya. Seperti sembahyang mempunyai rukun dan syarat. Jika tidak diikuti rukun dan syaratnya sembahyang itu tidak sempurna. Sedangkan bertanak nasi pun mempunyai syarat, mesti ada beras, air, api dan mesti ada orang yang pandai bertanak, barulah menjadi nasi.

Lebih mendalam lagi dijelaskan di sini, bahawa amalan sesuatu Thariqat itu sungguh halus, bersih dan murni. Seperti yang diamalkan dan diajarkan oleh Almarhum Tuan Syekh Abdul Wahab, tuan guru Babussalam di Langkat, Sumatera. Sejarah wali Allah dari Babussalam ini telah disusun oleh Haji A. Fuad Said dalam bukunya yang berjudul: "SYEKH ABDUL WAHAB TUAN GURU BABUSSALAM".

Menurut beliau, Tuan Syekh Abdul Wahab berangkat ke Mekah melalui Singapura. Pada waktu itu di Singapura terdapat seorang Syekh yang keramat, bernama Habib Nuh Al-Habshi. Makamnya kini masih lagi terdapat di Tanjung Pagar, Singapura.

Banyak hal-hal yang tak masuk akal dan ganjil terdapat pada diri Habib Nuh. Di antaranya, apabila Habib Nuh memasuki sebuah kedai, dia lalu menghancurkannya barang-barang yang ada dalam kedai itu. Tiada berapa lama kemudian, tuan punya kedai itu menjadi kaya raya. Dan jikalau meminta wang atau sesuatu daripada seseorang maka orang itu tak lama kemudian akan beroleh keuntungan yang besar.

Kalau ada orang yang memberinya sejumlah wang, maka kadang-kadang diterimanya, dan kadang-kadang dibuangkannya ke dalam laut.

Pada suatu ketika beliau ditahan oleh kerajaan Singapura, namun pada keesokan harinya, Habib Nuh dilihat orang di Pulau Pinang. Ini sungguh aneh. Pada hal beliau masih lagi berada di dalam lock-up di Singapura. Banyak lagi kekeramatan pada diri Habib Nuh, yang dikatakan oleh umum yang tak dapat kita ungkapkan di sini satu persatu. Itulah keistimewaan yang terdapat pada seorang wali Allah yang mempunyai kekeramatan.

Setibanya di kota Singapura, Pakih Muhammad atau Syekh Abdul Wahab terus menemui Habib Nuh, dengan terlebih dahulu memberi salam. Setelah menjawab, Habib Nuh pun mencium tangan, bahu, dan seluruh tubuhnya, yang mana belum pernah dilakukannya terhadap orang lain. beliau mengucapkan:

"Barakallahu', Barakallahu' (Allah memberkatimu).

Tindakan Habib ini menghairankan ramai orang yang mengenali beliau.

Setelah beberapa hari di Singapura, barulah tuan guru Abdul Wahab bersama dengan seorang rakannya yang bernama Haji Bahauddin berangkat ke Makkah dengan menumpang kapal"Seri Jedah".

Selama berada di Makkah selama 6 tahun, Haji Abdul Wahab tidak pernah mensia-siakan waktunya. Seluruh waktunya dipergunakan untuk menuntut ilmu duniawi dan ilmu akhirat. Perjalanannya hanya sekitar dari rumah ke Masjidil Haram, Makam Ibrahim, Hijir Ismail, telaga zamzam dan rumah gurunya.

Meskipun telah banyak kitab yang dipelajari namun Haji Abdul Wahab belum puas sebab menurut anggapannya, dia masih berhasrat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tercela, seperti takabbur, ujub dan sum'ah, dan kasih kepada dunia. Ia ingin menjauhkan diri dari 10 sifat tercela, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab tasauf.

Beliau mendapati bahawa tingkah laku ulama-ulama fikih yang ada di Makkah, kebanyakkannya masih suka berpakaian dan mempunyai rumah mewah, sedangkan ulama tasauf dan ahli thariqat biasanya rendah hati, khusyuk, sabar, sentiasa zikrullah seperti perangai Nabi-Nabi, sahabat dan Tabi'in dan seperti tingkah laku wali-wali yang saleh. Maka dimintanya petunjuk-petunjuk ulama-ulama tasauf tentang amalan yang patut diperbuat supaya menjadi orang yang dikasihi Allah dan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Nabi-Nabi. Ramai di antara sahabatnnya yang menasihatkan beliau supaya segera mengambil amalan thariqat dan ber'iktiqaf (khalwat), serta zikurllah (mengingati Allah) dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana zikrullah itu adalah amal ibadah yang menghampirkan diri seseorang kepada Allah sepertimana firman Allah SWT, dan sabda Nabi serta perbuatan sahabat.

Haji Abdul Wahab pun memperdalamkan pengetahuannya dalam bidang tasauf, dengan mempelajari kitab "Ihya Ulumuddin" karangan Imam Ghazali dan kitab-kitab lainnya. Di samping itu beliau meminta nasihat gurunya Syeikh M. Yunus. Kemudian gurunya itu menyerahkan beliau belajar dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi, di puncak Jabal Kubis, berhampiran dengan Masjid Bilal.

Syeikh Sulaiman Zuhdi adalah seorang pemimpin thariqat Naqsyabandiah yang terkenal pada masa itu dan menjadi pemimpin ibadah di Jabal Kubis sejak bertahun-tahun lamanya. Ramai orang bersuluk (khalwat) ditempat itu. Mereka datang dari seluruh dunia termasuk: Turki, India, Malaya, Indonesia dan dari negara-negara lainnya.

Setelah menerima thariqat ini, Haji Abdul Wahab pun mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang duduk berzikir berjam-jam di atas Jabal Kubis. Sementara itu terus mengaji kepada Sayid Dahlan, mufti Syafii, kepada Syeikh Hasbullah dan kepada murid-muridnya, dengan mengatakan bahawa tujuan suluk ini adalah mendekatkan diri kepada Allah. Caranya dengan memperbanyakkan zikir, memerangi hawa nafsu, dan meninggalkan sesuatu yang melalaikan diri dari mengingati Allah.

Sikap demikian itu hendaklah dilakukan sepanjang waktu dan ketika supaya mencapai martabat makam insan, seperti sabda Nabi yang maksudnya:

"Sembahlah Allah, seolah-olah engkau melihat-Nya dan apabila engkau tidak melihat-Nya, Maka Dia melihatmu."

Berkat kesungguhannya beramal selama masa menjalani ibadah suluk, maka banyaklah rahsia kebesaran Allah yang ajaib-ajaib diperlihatkan Allah kepadanya. Terbukalah hijab (dinding) seluas-luasnya, hingga ia dapat menyaksikan dan menikmati sesuatu yang tak dapat dilihat oleh manusia biasa.

Syeikh Sulaiman Zuhdi amat gembira menyaksikan kemajuannya yang luar biasa, dan mendoakan kepada Allah, semoga ia kelak akan dapat mengembangkan ilmu thariqat Naqsyabandiah ini, di Sumatra, Malaya dan negeri-negeri lain.

Pada suatu ketika, Syeikh Sulaiman Zuhdi telah mendapat petunjuk dari Allah dan bisikan rohaniah Syeikh-Syeikh Naqsyabandiah bahawa kepada Haji Abdul Wahab harus diberikan gelaran Khalifah untuk membolehkan beliau mengajarkan amalan suluk dan mengajarkan ilmu thariqat Naqsyabandiah.

Manakala hati Haji Abdul Wahab tergerak untuk kembali ke Indonesia, maka beliau pun pergi menziarahi makam Nabi di Madinah. Setibanya di Makam Nabi, Haji Abdul Wahab memohon syafaat dan membaca selawat serta mendoakan dengan khusyuknya. Setelah selesai sembahyang Isya di masjid Nabawi, tuan Haji Abdul Wahab pun memberi salam kepada Nabi:

"Assalamu'alaika ya Rasulullah, assalamu'alaika ya habiballah, assalamu'alaika ya saidal mursalin". Kemudian beliau berdoa: Ya Allah ya Tuhanku, aku hendak kembali ke tanah airku. Aku hendak mengajarkan agama Islam dengan ikhlas illahi Ta'ala, supaya kaumku keluar dari kegelapan jahil kepada terang ilmu. Mudah-mudahan berkat junjunganku penghulu Arab dan ajam (bukan Arab) dituruti raja-raja perkataanku dan didengar oleh mereka akan segala pengajaranku."

Dengan takdir Allah terjadilah sesuatu yang ajaib ke atas diri beliau, seolah-olah beliau berdialog langsung dengan Rasulullah SAW, hingga airmatanya jatuh bercucuran. Itulah sesuatu kekeramatan atau keramat yang telah dianugerahkan Allah kepada beliau.

Demikianlah setelah lima hari di Madinah mereka pun kembali ke Makkah. Dan tiada lama selepas itu, beliau pun kembali ke Indonesia. Beliau bukanlah seorang graduan universiti dan tidak pula beroleh gelaran sarjana, namun demikian ilmu pengetahuan cukup tinggi dan gerakan-gerakannya cukup mengoncangkan sendi-sendi pemerintahan kolonial Belanda. Beliau kembali ke tanah airnya sebagai seorang reformer yang membangunkan bangsanya dari tidur sekian lama untuk menjadi bangsa yang maju di bidang duniawi dan akhirat.

Negeri yang mula-mula dikunjunginya di Sumatera adalah daerah Kubu, Riau. Pada masa itu penduduk Kubu ramai yang nakal, suka berlaga ayam, berjudi dan hanyut oleh kemewahan dunia. Berkat ketekunan tuan Syeikh Abdul Wahab berdakwah, maka segala bentuk kemaksiatan yang terdapat di daerah tersebut, secara beransur-ansur dapat dihapuskan.

Setelah itu bermulalah perjalanan dakwahnya, ke negeri Panai, Kota Pinang, Bilah dan Kualah.

Setibanya di Kualah, Baginda Sultan Al-Haj Ishak mempersilakan tuan Syekh Abdul Wahab agar datang mengadap ke istana, dan Baginda Sultan berkenan agar supaya Tuan Syeikh Abdul Wahab mengembangkan serta mengajar amalan thariqat Naqsyabandiah kerana Baginda Sultan telah mengetahui sebelumnya kedudukan Tuan Syeikh Abdul Wahab semasa berada di Makkah lagi.

Sultan Al Haj Ishak dari kerajaan Kualah, terkenal dengan sifat pemurah dan suka bersedekah kepada fakir miskin. Atas nasihat Tuan Syeikh Abdul Wahab maka Baginda sultan bersedia mewakafkan sebuah asrama untuk keperluan bagi orang mengerjakan ibadah haji di kota Makkah.

Sampai hari ini asrama tersebut masih ada dan adalah suatu kenyataan yang paling menyedihkan bahawa ahli waris Sultan Al Haj Ishak beria-ia sangat untuk menjualkan asrama berkenaan. Hal ini kemungkinan sebab tekanan hidup yang dialami oleh para ahli waris kerajaan Kualah. Alhamdulillah sampai saat ini asrama tersebut belum boleh mereka jual lagi.

Setelah beberapa lama berada di negeri Kualah, Tuan Syeikh Abdul Wahab berpindah ke negeri Langkat. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Sultan Musa Almu'azzamsyah, demikian juga halnya dengan Almarhum Sultan Al-Haj Ishak dari negeri Kualah, dua orang raja yang telah berada di pintu ulamanya. Dua orang sultan yang terkenal di zamannya senantiasa mendengar akan nasihat ulamanya.

Memang ilmu thariqat itu sanggat tinggi dan murni bagi siapa sahaja yang mengamalkannya kerana ilmu itu datang daripada Allah melalui RasulNya dan khalifah-khalifahNya. Ilmu itu mengajar orang untuk membersihkan sanubarinya agar supaya hati berkekalan mengingati Allah.

Di Malaysia ini juga terdapat bermacam-macam thariqat. Di samping thariqat Naqsyabandiah, thariqat Samaniyah, Qadariah dan Muhammadiah amalan jamaah Al-Arqam. Kesemua ilmu thariqat ini sumbernya adalah satu, Allah Azzawajalla. Mungkin cara mengerjakan amalan itu berlainan antara satu dengan yang lain. Namun tujuannya tetap satu iaitu menuju ke hadrat Allah SWT.

Yang menyedarkan kita hari ini ialah Tarikat Muhammadiah yang dibawa oleh Al-Arqam yang menjadi sasaran ulamak. Kenapa mereka yang berkuasa di bidang itu tak buat apa -apa? Semua majalah terbitan "Arqam ",Al Arqam (Edisi rumi, jawi dan inggeris), Majalah Al-Mukminah, Al-Munir dan Al-Ain telah diharamkan oleh KDN.

Tetapi tindakan mengharamkan media massa Arqam itu satu tindakan yang kejam. Satu kezaliman bukan sahaja kepada Arqam sebaliknya kepada umat Islam seluruhnya. Media massa yang diterbitkan oleh Arqam itu bukan kepunyaan Arqam, tetapi kepunyaan umat Islam seluruhnya. Arqam hanya jadi tukang terbit sahaja. Hakikat inilah yang tidak dapat difahami oleh mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka menganggap majalah-majalah Arqam itu kepunyaan Arqam dan milik Arqam. Sepatutnya mereka berfikir lebih luas dan mengambil masa panjang untuk berbuat begitu.

Bukankah apa yang dimuatkan dalam majalah itu semuanya merupakan perkara-perkara yang disuruh oleh Islam? Mereka menulis, mendedahkan dan memberitahu perkara yang ditegah oleh Islam. Isi kandungan buku-buku tersebut bukan idea Arqam ataupun ideologi perjuangannya tetapi ia merupakan pengajaran-pengajaran Al-Quran dan hukum-hukum Allah. Diatas sebab-sebab kebutaan dan kejahilan inilah maka saya berasa kesal terhadap mereka yang bertanggungjawab mengharamkan penerbitan Arqam.

Ulama yang secara terbuka yang meminta Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan Arqam ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Mohd Yusuf Ismail. Beliaulah yang membuat kenyataan tersebut telah disokong oleh beberapa orang ulama dan juga individu-individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama. Saya sungguh hairan kenapa mereka boleh bertindak demikian. Saya tidak nampak apakah sebab sebenarnya mereka sanggup membuat gesaan begitu.

Orang dalam KDN mungkin tidak berapa fasih mengenai agama. Mereka tidak arif. Mereka hanya bergantung kepada pendapat ulama-ulama yang mereka anggap sebagai authority dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Padahal mereka tidak tahu bahawa ulama-ulama dari golongan wahabi, ulama-ulama syariat dan ulama-ulama hakikat berbeza dari segi cara hidup, amalan dan pendekatan mereka terhadap Allah SWT. Kita tidak boleh menyalahkan mereka secara total. Sebaliknya, ulama dan individu tertentulah yang bertanggungjawab dan menanggung dosa itu semua. Mereka bukan sahaja berdosa kepada jemaah Arqam yang bertanggungjawab menerbitkan majalah itu, tetapi berdosa dengan semua pembaca majalah tersebut.

Dan apa yang menghairankan kita, kenapakah individu atau ulama tertentu seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Kedah, Syeikh Mohd. Yusuf Ismail cuma menggesa supaya majalah penerbitan Arqam sahaja diharamkan. Kenapa beriya benar minta Kementerian Dalam Negeri haramkan majalah Islam, kenapa tidak majalah lain? Apakah majalah-majalah hiburan lain yang bertaburan di pasaran tidak salah? Apakah majalah itu tidak membawa unsur-unsur sesat? Apakah majalah itu tidak menodai aqidah manusia?

Saya rasa majalah-majalah hiburan lebih membahayakan umat manusia kerana cuba menerapkan budaya-budaya kafir kepada anak-anak muda yang masih bersih jiwanya. Ini adalah satu ironi kerana telah menjadi amalan kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Dengan mengharamkan penerbitan yang cuba membawa manusia ke jalan yang diredhai Allah, kerajaan seolah-olah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Majalah-majalah hiburan lebih banyak menyesatkan dari majalah-majalah terbitan Arqam. Dalam majalah hiburan ada rock, ada orang dedah peha, ada orang pakai seluar dalam sahaja. Apakah itu baik?

Tidak tahulah saya kalau ulama seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Kedah itu lebih suka kepada majalah-majalah berbentuk demikian berbanding dengan majalah Arqam. Mungkin mereka lebih seronok membaca majalah itu kerana dapat tengok benda yang terdedah dan berkenalan dengan penyanyi rock dan juga bintang-bintang filem. Barangkali kerana ulama seperti Syeikh Mohd. Yusuf Ismail itu sudah terlalu jemu dan bosan dengan kitab-kitab tua Arab maka mereka mengalih selera dengan membaca majalah-majalah hiburan yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang tidak kurang hebatnya dengan budaya-budaya yang diimport dari luar semata-mata dengan tujuan mencari keuntungan.

Kita berharap semoga raja-raja Melayu di negara kita ini selaku ketua agama merestui ilmu-ilmu thariqat dan menggalakkan ummat Islam khasnya orang-orang Melayu untuk mempelajari ilmu thariqat ini maka rakyat akan dapat membersihkan hati sanubari mereka untuk mencapai jiwa Islam yang sebenarnya. Memang telah sedia maklum bahawa para pelancong yang datang ke Malaysia mengakui bahawa orang-orang Melayu mempunyai budi pekerti yang baik, ramah mesra dan bersopan santun, akan tetapi suatu kenyataan telah menunjukkan bahawa sikap yang baik itu jika tidak disertai hati yang bersih maka rosaklah amalan yang baik itu. Sebagai contoh, pertelingkahan yang terdapat sekarang ini di antara sesama umat Melayu, UMNO, PAS dan puak-puak Serpihan, adalah menggambarkan bahawa niat itu berbeza daripada apa yang mereka lakukan.

Jika sesuatu pertikaian itu tidak dapat lagi diselesaikan walaupun dengan secara musyawarah maka berserahlah kepada Allah disertai dengan niat hati yang bersih. Insya Allah akan selesai.

Disebabkan Raja-raja adalah ketua agama maka saya sajikan fakta-fakta sejarah ini untuk diselidiki oleh raja-raja supaya tidak membiarkan para ulama membuat sesuka hati mereka kerana raja juga tidak terlepas dari menanggung dosanya.

Di Petik Dari Buku
"Revolusi Istana dan Rakyat", 1989

Troll and keep on trolling...

$
0
0



KOLEKSI KREATIF APA SETAKAT HARI INI





























WAHHABI -SH Alattas

$
0
0

ANTARA WAHABI DAN AHLI SUNNAH
LU FIKIRLAH BRO!

PENGASAS fahaman ini Muhammad bin Abdul Wahab. Oleh kerana orang menamakan gerakannya/fahamannya dengan Wabahiyah, dibangsakan kepada Abdul Wahab, bapa Muhammad bin Abdul Wahab. Sebenarnya menamakan gerakan ini dengan "Wahabiyah" adalah satu kerana pengasasnya bernama Muhammad bukan Abdul Wahab. Tersebut dalam kamus Munjid muka 568 bahagian Adab, ertinya:-

"Wahabiyah adalah satu bahagian dari firqah Islamiyah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1702M-1787M.) Lawannya menambah Wabahiyah tetapi pengikutnya menamakan dirinya "Al Muwah-hidun" dan thariqat mereka dinamakan "Al Muhammadiyah." Dalam firqah mereka berpegang kepada Mazhab Hambali, disesuaikan dengan tafsir Ibnu Taimiyah.

Keterangan Kamus Munjid ini tidak semuanya benar. Ulama-ulama Wahabi tidak marah kalau mereka dipanggil dengan kalimat Wahabi dan bahkan ada sebuah buku yang dikarang oleh mereka berjudul "Al-Hidayatussaniyah wat Tuhfatul Wahabiyah An Nijdiyah" di cetak oleh percetakan Ummulqura di Makkah tahun 1344H. Saudara dari Muhammad bin Abdulwahab ini bernama Sulaiman bin Abdul Wahab mengarang sebuah buku dengan judul "Ash Shawa-iqul Ilahijah Firraddi Alal Wahabiyah" (Petir Tuhan untuk menolak fahaman Wahabi). Dengan judul buku ini sahaja jelaslah bahawa pada masa hidupnya Muhammad bin Abdul Wahab nama "Wahabiyah" sudah ada juga.

Seorang ulama besar, Mufti Shafie di Makkah, Sheikh Sayid Ahmad Zaini Dahlan (wafat 1304H) menulis sebuah buku untuk menolak fahaman Wahabi dengan judul "Ad Durarus Sanijah Firraddi Alal Wahaniyah" (Permatang yang bertatah untuk menolak fahaman Wahabi). Teranglah bahawa nama "Wahabi" itu sudah lama adanya. Dari keterangan "Munjid" tadi ternyatalah bahawa fahaman Wahabi itu adalah penerus fahaman Ibnu Taimiyah dan bahkan lebih fanatik dan lebih radikal dari Ibnu Taimiyah.

Dalam sebuah buku "Kasyfus Syubahat" karangan ulama-ulama Wahabi seperti tersebut:-

Muhammad bin Abdul Wahab berasal dari qabilah Banu Tanim, lahir tahun 1115 H. Wafat tahun 1206H (ia meninggal dunia 213 tahun yang lalu). Mula-mula ia belajar agama di Makkah dan di Madinah. Di antara gurunya di Makkah terdapat Sheikh Muhammad Sulaiman Al Kurdi, Sheikh Abdul Wahab (bapanya sendiri) dan abangnya Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Menurut ustaz Hasan Chazbyk dalam satu karangannya dikatakan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab pada ketika mudanya banyak membaca buku-buku karangan Ibnu Taimiyah dan lain-lain penulis yang sesat.

Perbezaan tahun wafat Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab adalah 478 tahun. Ibnu Taimiyah meninggal di Syria dan Muhammad bin Abdul Wahab meninggal di Najed.

Menurut buku Kasyuf Syubahat tersebut yang berasal dari tulisan cucu-cucu dari keluarga Muhammad bin Abdul Wahab, iaitu Abdul Lathif bin Ibrahim Ali Sheikh, bahawa Muhammad bin Abdul Wahab lahir di satu desa bernama Ainiyah pada tahun 1115H. Ia belajar agama dari bapanya kerana bapanya adalah ulama/kadi di negeri Ainiyah itu.

Setelah ia mencapai usia dewasa ia pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan kembali ke Ainiyah sesudah mengerjakan haji. Hal ini berbeza dengan Muhammad bin Abduh di Mesir penganut fahaman Ibnu Taimiyah juga tidak pernah naik haji walaupun ia berulang kali pergi ke Paris. Kemudian Muhammad bin Abdul Wahab datang lagi ke Makkah dan Madinah yang kedua kali. Lama ia tinggal menuntut ilmu di Makkah dan Madinah. Katanya pada kali yang kedua inilah ia banyak melihat di Madinah amal-amal ibadat orang Islam di hadapan makam Nabi yang berlainan dari syariat Islam menurut kaca matanya.

Kemudian ia pindah ke Basrah dan menyiarkan fatwanya yang ganjil-ganjil tetapi ia segera diusir oleh penguasa dan dikeluarkan dari kota Basrah. Kemudian Muhammad bin Abdul Wahab pergi ke Hassa dan berguru lagi di situ dengan Sheikh Abdullah bin Abdul Lathif, seorang ulama di Hassa ketika itu. Kemudian ia pindah ke Huraimalah, satu desa kecil di negeri Najed.

Mula-mula ia menyiarkan fatwanya yang ganjil-ganjil di negerinya sendiri iaitu di Ainiyah. Tetapi raja di negeri itu namanya Utsman bin Ahmad bin Ma'mar yang mulanya menolong tetapi setelah mendengar fatwa-fatwanya lalu mengusir dan bahkan berusaha membunuhnya.

Kemudian ia pindah ke Dur'ijah. Raja Dur'ijah bernama Muhammad bin Saud menolong Muhammad bin Abdul Wahab dalam penyiaran fahamannya. Maka bersatulah dua orang Muhammad yang berlainan kepentingan iaitu Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad bin Saud.

Muhammad bin Abdul Wahab memerlukan seorang penguasa untuk menolong menyiarkan fahamannya yang baru dan Muhamamd bin Saud memerlukan seorang ulama yang dapat mengisi rakyatnya dengan ideologi yang keras demi memperkukuhkan pemerintahan dan kekuasaannya. Maka bersatulah antara fahaman agama dan raja sebagai bersatunya fahaman Syiah di Iran dan Syah Iran dan bersatunya Syiah Imamiyah di Yaman dengan Imam yang menguasai Yaman (sebelum Republik).

Demikian tersebut dalam buku Kasyfus Syubahat cetakan percetakan An Nur Riyadh.

Jelas dari huraian ini bahawa fahaman Muhammad bin Abdul Wahab tidak diterima di Basrah juga tidak diterima di Ainiyah sehingga ia diusir dari kedua tempat itu oleh penguasanya. Tetapi dengan pertolongan Muhammad bin Saud di kota Durijah banyak jugalah pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang terdiri dari orang-orang padang pasir sehingga menjadi kekuasaan yang tidak boleh diabaikan oleh Turki dan syarif-syarif di Makkah ketika itu.

Pada suatu ketika mereka menghantar delegasi ke Makkah menemui syarif Makkah, iaitu Mas'ud sambil mengerjakan haji. Delegasi ini menyiarkan fatwa-fatwa Wahabiyah yang ganjil di Makkah. Syarif Mas'ud menangkap orang-orang ini dan bahkan membunuh sebahagiannya tetapi sebahagiannya lepas dan pulang memberikan laporan kepada Muhammad bin Sa'ud.

Dari mula tarikh ini berkobarlah permusuhan antara kaum Wahabi di Najed dengan syarif -syarif (penguasa-penguasa) di Makkah. Dalam hal ini syarif Mas'ud membuat suatu kesalahan kerana ia menangkap orang haji dan membunuh mereka pada hal Tuhan telah berfirman dalam Al Quran bahawa barangsiapa masuk Makkah adalah aman (surah Al Imran ayat 97)

Seharusnya kalau ia tidak sesuai dengan fahaman Wahabi ia boleh mengusir sahaja orang itu tanpa membunuh. Tetapi dalam sejarah ini dapat diambil pula bahawa raja Makkah ketika itu tidak menyukai fahaman Wahabi, serupa dengan raja-raja di Basrah dan di Ainiyah.

Muhammad bin Abdul Wahab biasa menfatwakan bahawa orang-orang di Makkah itu banyak yang kafir, kerana mereka membolehkan berdoa dengan tawassul di hadapan makam nabi, membolehkan berkunjung dari jauh untuk menziarahi makam nabi, berdoa mengadap ke makam nabi, memuji-muji nabi dengan membaca nahzam Burdah, Amin Tadza, membaca selawat Dalailul Khairat yang berlebih-lebihan memuji nabi, membaca kisah-kisah maulud berzanji dan akhirnya mereka dikafirkan kerana tidak mahu mengikut Muhammad bin Abdul Wahab.

Tersebut dalam sejarah bahawa terjadi perdebatan antara Muhammad bin Abdul Wahab dengan saudaranya Sulaiman bin Abdul Wahab dalam soal kafir mengkafirkan ini.

Sulaiman bertanya kepada adiknya "berapa rukun Islam?". Muhammad menjawab "lima" Sulaiman menyambung pertanyaannya "tetapi kamu menjadikan enam"."Kamu menfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir". Muhammad terdiam dan marah.

Sesudah itu ia berusaha menangkap abangnya dan akan membunuhnya tetapi Sulaiman dapat melepaskan diri ke Makkah dan setibanya di Makkah ia mengarang buku As Shawa-iqul Ilahiyah Firraddi Al Wahabiyah yang tersebut di atas tadi. Dari buku ini kita dapat melihat fatwa-fatwa Muhammad bin Abdul Wahab yang ganjil-ganjil dan baru. Tertulis juga di dalam buku ini sejarah perdebatan seorang lelaki dengan Muhammad bin Abdul Wahab.

Seorang lelaki bertanya : Berapa orang yang dibebaskan Tuhan dalam bulan Ramadhan.
Muhammad bin Abdul Wahab : Seratus ribu.
Lelaki itu bertanya lagi: Pada akhir malam bulan Ramadhan berapa.
Muhammad bin Abdul Wahab : Pada akhir bulan Ramadhan dibebaskannya Tuhan sebanyak yang telah dibebaskannya tiap-tiap malam Ramdhan (jawapan ini sesuai dengan sebuah hadis nabi)
Lelaki itu bertanya : Dari mana diambil orang Islam sebanyak itu pada hal murid kamu tidak sampai sebanyak itu.

Muhammad bin Abdul Wahab marah dan berusaha menangkap orang itu. Dari riwayat ini dapat dipetik satu hal iaitu bahawa Muhammad bin Abdul Wahab pada permulaan fatwanya banyak sekali mengkafirkan orang-orang yang tidak mahu menerima fatwanya.

Muhammad bin Abdul Wahab sejak membuka fatwanya di Durijah tidak mahu ke Makkah dan ke Madinah lagi kerana ia tidak sudi melihat orang-orang membuat maksiat di Makkah dan di Madinah, katanya.

Yang dikatakan maksiat iaitu ialah beramai-ramai pergi ziarah ke makam nabi berdoa dengan bertawassul dengan "zat" nabi berdoa dengan menghadap ke makam nabi (bukan ke qiblat) adanya kubah-kubah di atas perkuburan Mu'ala di Makkah, di Baqi'i di Madinah, di perkuburan Uhud di Madinah dan juga ditempat maulud nabi di Suq Al Leil di Makkah. Ini semua menurut Muhammad bin Abdul Wahab amalan syirik atau sekurang-kurangnya membawa kepada syirik.

Kaum Wahabi sudah dua kali menguasai Hijaz. Yang pertama pada tahun 1803M dan yang kedua pada tahun 1972 hingga sekarang.

Kami penulis buku ini ketika naik haji yang pertama pada 1 Januari 1927 iaitu setahun sesudah kaum Wahabi memasuki Makkah, kemudian selama tujuh tahun kami bermukim di Makkah dan pulang ke Indonesia pada bulan April 1933 telah melihat dengan mata kepala sendiri perlaksanaan dan praktik-praktik yang dilakukan oleh orang-orang Wahabi di Makkah dan Madinah pada ketika mereka menguasai Hijaz dalam rondaan kedua. Yang kami lihat dengan mata kepala adalah:-

1. Sekelian rakyat dilarang merokok atau merokok dengan syisya kerana merokok itu pekerjaan syaitan. Tembakau dan rokok yang terdapat di kedai-kedai dibakar semuanya.

2. Tidak boleh dan dilarang melagukan azan. Sebelum Wahabi masuk Makkah di atas ke tujuh menara Masjidil Haram bilal melakukan azan dengan lagu suara-suara yang indah.

3. Tidak boleh menyembunyikan radio, tidak boleh menyembunyikan piring hitam.

4. Tidak boleh dan dilarang keras melagukan qasidah.

5. Tidak boleh melagukan bacaan Al-Quran dengan lagu Fuqaha sebagai yang banyak kedengaran di Mesir.

6. Tidak boleh membaca kitab selawat Dalailul Khairat dan lebih-lebih lagi tidak boleh membaca Burdah iaitu qasidah Ain Tadza yang ada dalam kitab Dalailul Khairat itu kerana di dalamnya terlalu banyak memuji-muji nabi Muhammad SAW.

7. Tidak boleh mengaji sifat dua puluh sebagai yang tertulis dalam kitab-kitab Kifaiatul Awam, Matan Djauharatut Tauhid, Sanusi dan kitab-kitab Tauhid Asj'ari/kitab-kitab kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tauhid kaum Wahabi berkisar sekeliling Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhijah sahaja.

8. Imam-imam di Masjidil Haram disatukan di belakang seorang ulama mereka bernama Abu Samah sedang sebelum Wahabi datang ke Makkah Imam-Imam sembahyang di Masjidil Haram adalah empat iaitu Imam Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali. Nampaknya penguasa Makkah hendak menyatukan keempat-empat di bawah dan di belakang Imam yang menganut Mazhab Wahabi. Tetapi kadi-kadi di mahkamah syariah ketika itu masih ada kadi-kadi Maliki, Hanafi, Shafie dan Hambali.

9. Sembahyang berkaum-kaum diwajibkan. Apabila azan kedengaran maka sekumpulan askar bertebar di kota Makkah dengan tongkat rotan menyuruh orang-orang sembahyang ke masjid. Manakala ia melihat orang yang tidak pergi sembahyang berjemaah akan dipukul dengan tongkat rotan, kadang-kadang sebanyak 24 kali.

10. Kubah-kubah di atas kubur sahabat-sahabat nabi baik yang berada di Mu'ala (Makkah), di Baqi'i dan Uhud (Madinah) semuanya di runtuh dan diratakan dengan tanah. Kabarnya meruntuhkan dengan alat meriam. Tetapi kubah hijau Al Qubbatul Khadra di atas makam Nabi Muhammad SAW di masjid Madinah tidak diruntuhkan kerana sangat banyak reaksi dari kaum muslim di seluruh dunia ketika itu.

11. Kubah (bangunan besar) di atas tanah di mana nabi Muhammad SAW dilahirkan iaitu di Suq All Leil diruntuh dan didatarkan dengan tanah menggunakan meriam juga. Kemudian tempat itu dijadikan tempat menambat unta. Pada waktu yang akhir kabarnya atas desakan umat Islam seluruh dunia di atas maulud nabi itu dibangun bangunan perpustakaan.

12. Perayaan maulud nabi bulan Rabiulawal setiap tahun dilarang kerana perayaan itu bidaah.

13. Perayaan Mi'raj yang biasanya dilakukan pada malam 27 Rejab dilarang kerana hal itu bidaah.

14. Pergi dengan maksud ziarah makam nabi ke Madinah terlarang. Yang dibolehkan pergi ke Madinah dengan maksud untuk menziarahi dan sembahyang di masjid Madinah.

15. Berdoa menghadap ke makam nabi dilarang. Boleh ziarah tetapi ketika membacakan doa harus menghadap kiblat dan membelakangi makam nabi. Pada ketika ziarah harus menjauhkan diri dua meter dari besi yang melingkari makam nabi.

16. Berdoa dengan bertawassul dilarang keras, syirik. Inilah yang dapat dilihat dengan mata kepala dan didengar dengan telinga pada ketika itu. Kemudian pada tahun 1959M. kami datang lagi ke Makkah tidak dalam musim haji. Kami melihat sendiri.

17. Ada usaha hendak memindahkan/menggeser kedudukan batu makam Ibrahim kira-kira dua puluh meter ke belakang dan ada juga usaha hendak memindahkan telaga Zamzam sepuluh meter ke belakang. Kami melihat sendiri penggalian dan persiapan untuk itu. Pada tahun 1961M kami datang ke Makkah. Ternyata bahawa maksud ini tidak kesampaian, mungkin dihalang oleh dunia Islam.

18. Tempat sa'i antara Safa dan Marwah telah dilebarkan dua kali ganda. Dahulu ditaksirkan hanya seluas lapan meter tetapi sekarang sudah begitu luas dua kali ganda.

19. Amal-amal thariqat umpamanya thariqat-thariqat Naqsabandi, Qadiri Shathari, Samani dan lain-lain banyak lagi sebagai yang banyak terdapat di Mesir dilarang keras.

20. Membaca zikir "La Ilaha Illallah" bersama-sama sesudah sembahyang sebagai banyak terlihat di Indonesia dan lain-lain dunia Islam terlarang.

21. Imam tidak membaca "Bismillah" pada permulaan fatihah dan juga tidak membaca "qunut" dalam sembahyang subuh tetapi sembahyang tarawihnya dua puluh rakaat.

IKTIKAD KAUM WAHABI YANG BERTENTANGAN DENGAN IKTIKAD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

1. Berdoa dengan Bertawassul Syirik
Ulama-ulama Wahabi selalu menfatwakan bahawa berdoa dengan tawassul adalah syirik/haram. Hal ini tidak hairan kerana fahaman Wahabi itu adalah penerus yang fanatik dari fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah.

Pendirian kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam soal tawassul sudah dibentangkan dalam fasal yang terdahulu yang membicarakan fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah. Pada fasal itu telah kami kemukakan dalil-dalil Al Quran dan Hadis yang bertalian dengan tawassul itu.

2. Istighatsah Syirik
Tersebut dalam kitab karangan ulama Wahabi yang berjudul Al Hadajatus Saniah Wat Tuhfatul Wahabiyah pada muka 66.

"Barangsiapa menjadikan malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib atau Mahjub perantara mereka dengan Allah kerana mereka dekat kepada Allah seperti yang banyak diperbuat orang dihadapan raja-raja, maka orang kafir, musyrik, halal darahnya dan hartanya walaupun ia mengucapkan dua kalimah syahadat walaupun ia sembahyang, puasa dan mendakwa dirinya muslim".

Jelas menurut buku Wahabi ini bahawa kaum Wahabi mengkafirkan sekalian orang Islam yang sudah membaca syahadat kalau orang Islam itu menjadi malaikat, nabi-nabi, Ibnu Abbas, Ibnu Abi Thalib (maksudnya Saidina Ali k.w) atau Mahjub menjadi perantara mereka dengan Allah.

Erti menjadi perantara yang dilarang itu menurut fahaman wahabi ialah beristighatsah dengan mereka. Tegasnya "Siapa yang beristighatsah menjadi syirik" Apa yang dimaksudkan dengan Istighatsah. Contohnya ialah seorang muslim datang menziarahi kubur (makam) nabi di Madinah lantas di situ ia berkata menghadapkan perbicaraan kepada nabi "Hai Rasulullah, hai Habiballah, hai penghulu kami Muhammad nabi akhir zaman, berilah kami syafaat engkau di akhirat, mintakanlah kepada Tuhan supaya kami ini selamat di dunia dan di akhirat". Inilah ucapan orang yang beristighatsah.

Cara ini syirik menurut kaum Wahabi, kerana beberapa unsur kemusyrikan iaitu:-

i. Memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati sedangkan orang itu telah menjadi bangkai.

ii. Meminta atau memohon pertolongan kepada orang mati, kepada mahluk sedangkan yang boleh dijadikan tempat memohon pertolongan itu hanyalah Allah sahaja.

iii. Menjadikan nabi itu sebagai perantara antara ia dengan Allah, padahal setiap orang Islam boleh berdoa langsung kepada Tuhan sedangkan Tuhan itu dekat kepada sekalian hambanya.

Inilah unsur-unsur kemusyrikan dalam istighatsah itu dan kerananya orang itu menjadi musyrik kalau mengerjakan ini. Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah yang beriktikad sebagai iktikad nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Imam Abu Hassan Al Asj?ari tidak sefaham dengan Wahabi dalam soal ini.

Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat:-

i. Memanggil dan menghadapkan pembicaraan kepada orang yang telah mati boleh sahaja tidak terlarang dan bahkan dikerjakan oleh nabi dan sahabat beliau juga umat Islam diseluruh dunia.

ii. Nabi Muhammad SAW walaupun beliau sudah mati tetapi beliau hidup dalam kubur dan mendengar sekalian salam orang dan sekalian permintaan orang sebagai keadaannya sewaktu beliau hidup di dunia.

iii. Minta tolong kepada mahluk, kepada selain Allah kepada nabi dan kepada manusia boleh sahaja tidak terlarang dalam agama.

Inilah perbezaan faham yang nyata antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Wahabiyah.

Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini berdasarkan dalil-dalil di antaranya kami kemukakan dibawah ini:-

Pertama,
"Dari Anas r.a ia berkata "Pada suatu malam kaum Muslimin mendengar Rasulullah menyeru dekat telaga Badar Hai Abu Jahil bin Hisham, hai Syaibah bin Rabi'ah, hai Umaiyah bin Khalaf adakah kamu menerima ganjaran seksa yang telah dijanjikan Tuhan kepadamu sekalian. Saya sudah menerima apa yang dijanjikan Tuhan kepada saya. Sahabat-sahabat ketika bertanya kepada nabi "Kenapakah tuan memanggil orang-orang yang sudah menjadi bangkai. Maka nabi menjawab "Mereka mendengar apa yang aku ucapkan melebihi dari pendengaran kamu, tetapi mereka tak berkuasa menjawabnya." (susunan Nisai, Juzuk 4 muka 110)

Terang dalam hadis ini bahawa nabi dan ada memanggil orang-orang yang sudah mati, yang sudah menjadi bangkai. Hadis ini dengan panjang lebar diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari(lihat Sahih Bukhari pada kitab Al Magazi dan Fathul Bari juzuk muka 302s/d/305).

Kejadian yang diterangkan hadis ini ialah sesudah peperangan Badar di mana banyak orang-orang kafir Quraish yang mati bergelimpangan mayatnya dalam kali Badar yang diantara namanya dipanggil oleh nabi itu. Tidak beberapa lama sesudah peperangan Badar, nabi Muhammad SAW bersama sahabat beliau datang ke kali itu dan mengucapkan perkataan yang tersebut di atas.

Apa yang dapat dipetik dari hadis ini ialah:-

i. Nabi ada memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang-orang yang telah mati.

ii. Orang-orang yang telah mati itu walaupun ia sudah mati dan dikuburkan mereka dihidupkan kembali dengan segera hidup dalam alam barzah sehingga mereka mendengar kembali seruan orang hidup yang menyerunya.

iii. Menyeru orang mati tidak terlarang, sedangkan orang kafir yang sudah mati boleh dipanggil apalagi nabi-nabi dan ulama-ulama Islam.

Kedua,
Tersebut dalam hadis Bukhari (lihat Fathul Bari, juzuk 3 halaman 449)

Dari Anas bin Malik dari nabi Muhammad SAW beliau berkata. "Hamba-hamba Tuhan apabila diletakkan dalam kuburnya dan orang-orang pengantarnya sudah mulai kembali pulang maka mayat itu mendengar bunyi kasut mereka."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Ternyata dalam hadis ini bahawa orang mati itu mendengar sampai kepada bunyi kasut apalagi kalau dipanggil. Jadi adalah tidak benar fatwa sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan bahawa orang-orang mati setelah diletakkan dalam kubur tidak mendengar apa-apa lagi.

Ini adalah hadis sahih dari Imam Bukhari yang tidak diragukan lagi kesahihannya.

Ketiga,
Tersebut dalam hadis Muslim (lihat kitab Sejarah Muslim Juzuk 7 halaman 45) bahawa nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umatnya apabila mereka menziarahi kubur supaya membaca salam sebegini:-

"Salam atasmu hai penduduk kampung ini mukmin dan muslimin dan kami insyaAllah akan mengikuti kamu, kami memohon afiat untuk kami dan untuk kamu."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Jelas dalam hadis ini bahawa dalam hukum syariat Islam boleh mengadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati seolah-olah kita bercakap dengan orang-orang yang masih hidup. Dalam hadis ini ada kalimah "salam untukmu kami akan mengikuti kamu" dan "kami memohon afiat untuk kami dan untuk mu". Kalau ada fatwa yang mengharamkan menghadapkan perbicaraan kepada orang yang telah mati maka fatwa itu bertentangan dengan hadis ini.

Keempat
Tersebut dalam hadis Bukhari (Fathul Bari juzuk 2 halaman 456 s/d 458)

Maka apabila seorang dari kamu sembahyang maka hendaklah membaca tahiyat itu untuk Allah juga sembahyang dan sekelian ucapan yang baik salam atasmu hai Nabi Muhammad SAW dan rahmat Tuhan dan berkahnya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Nyatalah dalam hadis ini bahawa setiap orang Islam dalam sembahyang lima waktu sehari semalam tetap mengucapkan salam kepada nabi Muhammad SAW dengan menghadapkan perkataan langsung iaitu ucapan "salam atas tuan hai nabi". Ini membuktikan bahawa nabi itu hidup dalam kubur dan kita boleh mengadapkan perbicaraan kepada beliau.

Kelima
Tersebut dalam hadis Abu Daud (lihat Sunan Abu Daud juzuk 3 halaman 215)

Adalah nabi Muhammad SAW apabila selesai menguburkan mayat beliau berhenti sejenak dan berkata kepada sahabat-sahabat beliau minta ampunkanlah saudaramu kerana ia sekarang sedang ditanya.

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jelas dalam hadis ini bahawa orang mati itu dihidupkan dalam kuburnya dan ditanya tentang ini dan itu.

Dalil-dalil yang lima ini dapat diambil kesimpulan:

i. Memanggil dan menghadapkan perbicaraan kepada orang mati boleh sahaja. Boleh kita ucapkan "Ya Rasulullah" di hadapan makam nabi di Madinah atau ditempat lain.

ii. Orang yang sudah mati dikembalikan alat pendengar dan alat perasa oleh Tuhan kepada mereka sehingga mereka mendengar ucapan kita dan mendengar bunyi kasut di atas kubur mereka. Khusus bagi nabi-nabi, kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah mempercayai bahawa beliau hidup dalam kubur mendengar salam dan mendengar ucapan yang diucapkan kepada beliau.

Keenam
Tersebut dalam kitab Zarqani sejarah kitab Mawahibullaaduniyah pada juzuk ke 5 muka 332.

Dari Anas bin Malik bahawasanya nabi Muhammad SAW berkata "Nabi-nabi itu hidup dalam kubur mereka dan mereka sembahyang" (Imam Baihaki)

Ketujuh
Tersebut dalam Zarqani juga:-

Bahawasanya nabi Muhammad SAW berkata "Pada malam Isyrak sahaja melalui nabi Musa di Katib Ahmar, beliau berdiri sembahyang dikuburnya.
(Hadis Imam Ahmad, Muslim dan Nisai)

Menurut hadis ini nabi-nabi hidup dalam kuburnya masing-masing dan mengerjakan sembahyang. Dan khusus bagi nabi kita Muhammad SAW beliau berkata tentang diri beliau.

Kelapan,
Tersebut dalam kitab hadis

Dari Abu Hurairah beliau berkata "Berkata Rasulullah SAW pada setiap orang Islam memberi salam pada saya nescaya Tuhan mengembalikan kepada saya roh saya sehingga aku menjawab salamnya"
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, lihat Sahih Abu Daud juzuk 2 muka 218)

Berkata Imam Zarqani dalam menafsirkan hadis ini, bahawa hadis ini satu bukti bahawa nabi hidup terus menerus dalam kubur beliau kerana pada setiap saat ada orang yang selawat kepada nabi Muhammad SAW di atas dunia yang luas ini. (lihat Zarqani sejarah Mawahib juzuk 5 muka 335)

Kesembilan
Tersebut dalam kitab hadis Bukhari satu hadis yang panjang menyatakan orang-orang di Padang Mahsyar di mana mereka beramai-ramai beristighatsah minta bantuan kepada nabi-nabi untuk mohon supaya nabi-nabi memintakan kepada Allah agar segera diadakan hari hisab.

Pangkal hadis itu berbunyi
Berkata Rasulullah SAW Tuhan menghimpunkan manusia pada hari kiamat maka manusia itu berkata sesama mereka kiranya kita minta syafaat minta bantuan untuk menyampaikan permohonan kita kepada Tuhan supaya kita mendapat kesenangan maka mereka datang kepada nabi Adam dan lain-lain.

(Sahih Bukhari juzuk 4 muka 98)

Dalam hadis ini dinyatakan dengan terang bahawa orang-orang di akhirat beristighatsah (minta bantuan) kepada nabi-nabi, nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan akhirnya nabi Muhammad SAW. Sampai di akhirat manusia beristighatsah kepada nabi-nabi. Lebih jauh baca kembali hadis Tawassul dalam buku bahagian Bab Ibnu Taimiyah.

Kesepuluh
Tersebut dalam kitab Sjawahidul Haq karangan Sheikh Jusuf bin Ismail an Nabhani pada halaman 136

Dan menurut hadis yang sahih dalam satu hadis yang panjang bahawasanya kemarau menimpa manusia pada zaman Saidina Umar bin Khatab memerintah maka datang seorang lelaki ke makam nabi Muhammad SAW maka ia berkata "hai Rasulullah mintakanlah hujan untuk umatmu kerana mereka hampir binasa. Kemudian lelaki itu bermimpi kedatangan nabi dan nabi mengatakan hujan akan turun. Memang sesudah itu hujan turun. Dalam hadis itu disebut juga suruhan nabi kepada lelaki itu supaya ia menyampaikan salam nabi kepada Saidina Umar dan mengabarkan bahawa hujan akan datang.

(Sjawahidul Haq 138)

Ketika kemukakan dalil ini bukan maksudnya supaya mimpi dijadikan dalil tetapi seorang sahabat nabi di zaman khalifah ke II datang ke makam nabi beristighatsah (minta tolong)

Kesebelas,
Di dalam soal meminta pertolongan kepada lain Allah, kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah beriktikad bahawa hal itu tidak apa-apa kalau kita mengiktikadkan bahawa yang menolong pada hakikatnya adalah Allah dan manusia tempat meminta tolong itu hanya sekadar pada lahir sahaja. Kita boleh meminta tolong kepada sembahyang dan kepada sabar apalagi kepada nabi Muhammad SAW.

Firman Tuhan

Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang (Al Baqarah 45)

Sabar dan sembahyang itu bukan Tuhan.

Keduabelas
Umat Islam disuruh tolong menolong dalam mengerjakan kebaikan yang bererti disuruh juga meminta pertolongan.

Firman Tuhan
Dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa (Al Maidah 3)

Sultan Iskandar Zulqarnaini yang dipuji oleh Tuhan dalam Al Quran pernah meminta tolong kepada manusia. Tuhan menyatakan hal ini dalam firmannya.

Apa yang ditetapkan oleh Tuhan buatku lebih baik (dari pemberianmu) sebab itu tolonglah saya dengan (pekerja-pekerja) yang kuat. (Al Khafi 95)

Sesudah menghuraikan dalil-dalil di atas dapat diambil kesimpulan tentang istighatsah dengan nabi sebagai berikut:-

i. Sesudah mengadap perbicaraan dan seruan kepada orang yang telah mati umpamanya katakan "Ya Rasulullah".

ii. Boleh meminta pertolongan kepada Rasulullah yang sudah mati kerana beliau itu hidup dalam kuburnya sembahyang dan berdoa.

iii. Boleh meminta pertolongan kepada mahluk kalau memerlukan pertolongan itu.

iv. Yang syirik dan kafir hanyalah menyembah mahluk atau mengiktikadkan bahawa mahluk itu Tuhan yang disembah atau manusia yang berkuasa menciptakan sesuatu seperti Allah.

Inilah iktikad kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini bertentangan dengan iktikad Ibnu Taimiyah dan Wahabi yang berpendapat bahawa meminta tolong kepada lain Allah adalah syirik dan beristighatsah iaitu meminta kepada nabi yang sudah mati adalah syirik.

Berbeza 180 darjat

Sesiapa yang hendak memperdalami soal istighatsah ini dengan lebih lanjut baca dan perhatikan kitab-kitab tersebut:-

i. Kitab "Sjawahidul Haq" karangan - allamah Sheikh Jusuf bin Ismail An Nabhani

ii. Kitab "As Shawa'iqul Ilahiyah Firaddi Ala Wahabiyah - karangan Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab, saudara kandung Muhammad bin Abdil Wahab.

iii. Gautsul "Ibad bin Bajanirrasjad" karangan Sheikh Mustafa Abu Seif Al Hamami.

iv. "Ad Aurarus Saniyah Firraddi Alal Wahabiyah" karangan Mufti Shafie Syed Ahmad Zaini Dahlan

3. Pergi Ziarah Kubur adalah Haram
Satu ciri khusus ialah mengharamkan pergi Ziarah kubur. Kalau dilakukan maka perjalanan itu dianggap maksiat yang wajib dilarang. Kaum Ahli Sunnah seluruhnya menfatwakan bahawa perjalanan ke Madinah untuk ziarah makam nabi adalah perjalanan yang dituntut oleh syariat Islam sunat mua'kad yang baik sekali untuk dikerjakan.

Kaum Wahabi sepatutnya mengatakan bahawa tidak boleh mengqasar atau menjamak sembahyang dalam perjalanan untuk ziarah kerana perjalanan itu adalah perjalanan maksiat.

Fatwa-fatwa ini pada masa sekarang sudah tinggal di atas kertas sahaja. Kaum Wahabi yang berkuasa di Makkah sekarang tidak sanggup atau tidak berani melawan umat Islam sedunia yang datang beramai-ramai ziarah makam nabi ke Madinah tiap-tiap tahun atau di luar musim haji.

Kita melihat dengan mata kepala bahawa keberangkatan orang haji ziarah ke Madinah atau kembalinya dari Madinah ke Makkah diurus oleh petugas-petugas kaum Wahabi. Jadi rasmi sudah dibolehkan.

Kaum Wahabi tahu kalau ziarah ke Madinah dilarang sebagai fatwa Muhammad bin Abdul Wahab maka umat Islam diseluruh dunia akan membantah.

Dalil-dalil kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam soal ziarah kubur ini sudah dihuraikan di dalam bab iktikad Ibnu Taimiyah. Bacalah kembali.

4. Kubah Di Atas Kubur Adalah Haram
Sejalan dengan fatwa tidak boleh menziarahi makam-makam, kaum Wahabi berpendapat bahawa membuat kubah di atas kubur adalah haram dan kerana itu semuanya harus diruntuhkan sekiranya ada. Hal ini dilaksanakan oleh mereka pada ketika memasuki Hijaz pada gelombang yang pertama tahun 1803M dan pada gelombang kedua tahun 1924. Kubah-kubah Siti Khadijah di Mu'ala Makkah dan sahabat-sahabat lain, kubah Saidina Hamzah dekat bukit Uhud, Kubah Baqi'i di Madinah semuanya diruntuhkan. Bukan sahaja kubah kubur tetapi juga kubah peringatan Maulud Nabi di Suq Al Leil juga diruntuhkan dengan meriam. Pada bekas-bekas kubur tersebut ditambatkan unta-unta seolah-olah tidak ada penghargaan langsung kepada orang-orang yang telah meninggal

Andaikata kaum Wahabi berkuasa di Indonesia sudah pasti mereka akan mendatarkan sama dengan tanah bangunan-bangunan makam ulama, makam Wali Songo, makam parajurit nasional, makam pahlawan dan semuanya akan dihapuskan dan diruntuhkan.

Seluruh dunia Islam selain yang dikuasai oleh Wahabi, kita melihat kubah ini seperti di Palestin, Iraq, Moroko, Mesir di Al Jazair, Turki (Istanbul), Afghanistan, Pakistan, Filipina, India dan Indonesia didirikan kubah-kubah di atas makam ulama atau pahlawan.

Bagi kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah menganggap kubah-kubah pada makam itu tidak apa-apa bahkan hal itu baik sekali untuk dibangun sebagai tanda bagi ulama-ulama dan auliya-auliya yang bermakam di situ sehingga memudahkan bagi orang yang hendak datang berziarah.

Di sinilah perbezaan fahaman antara kaum Wahabi dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tetapi kaum Wahabi sendiri tidak berani meruntuhkan kubah yang ada di atas makam junjungan kita nabi Muhammad SAW di Madinah kerana takut akan reaksi dunia seluruhnya,

5. Menghisap Rokok Adalah Haram Dan Syirik
Pada tahun 1927M penulis buku ini sedang berada di Makkah. Pada ketika itu ramai orang haji pergi ke Makkah. Dari Indonesia sahaja seramai 90,000 orang. Askar-askar wahabi dari Nedjdi yang bernama Guth-guth pula naik haji.

Baik ulama, askar semuanya melarang orang-orang merokok. Kalau berjumpa orang haji menghisap rokok di jalan raya lantas dipukul dengan rotan ketika itu juga dan dikatakan bahawa hal itu syirik (kafir).

Saya membaca sebuah buku kecil dari mereka yang menerangkan bahawa rokok itu adalah najis syaitan. Kemudian setelah diselidiki ternyatalah bahawa askar-askar Wahabi sebelum merebut Makkah diajar dengan pengajaran agama bahawa yang menghisap rokok adalah perbuatan syaitan sedang orang-orang yang menghisap rokok itu banyak di Makkah, menduduki kota Suci kerana itu kita harus mengalahkan mereka. Inilah pangajian menghisap rokok syirik.

Tapi lama kelamaan fatwa melarang menghisap rokok hilang sendiri sehingga pada tahun 1963M saya datang ke Makkah dan melihat bahawa di jalan-jalan raya sudah banyak orang menghisap rokok.

Rupanya fatwa kaum Wahabi tidak tahan juga.

Bagi kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah menghisap rokok itu makruh hanya kalau memudaratkan bagi tubuh barulah hukumnya haram. Kalau tidak ya tidak apa-apa. Merokok sama dengan makan buah-buahan sahaja kalau mahu boleh dan kalau tidak boleh juga. Jadi termasuk mubah (harus).

6. Kubah Maulid Nabi Diruntuhkan
Askar-askar Wahabi setelah memasuki Makkah lantas meruntuhkan kubah di atas tempat di mana nabi dilahirkan iaitu di Suq Al Leil Makkah. Tempat itu kami lihat hanya digunakan untuk menambat unta-unta. Bangunan itu dianggap oleh dunia Islam sebagai bangunan sejarah, tugu kemerdekaan yang mana setiap orang haji yang datang ke Makkah memerlukan datang melihat-lihat tempat di mana nabi dilahirkan. Memang luka hati kita melihat bahawa tempat yang mengandungi sejarah kebesaran Islam itu dijadikan tambatan unta yang seolah-olah dihinakan sahaja.

Alasan meruntuhkannya kata mereka kerana bangunan itu membawa orang kepada syirik, dikhuatiri orang Islam akan menyembah "bangunan sejarah" kerana banyak yang datang ke Makkah memegang-memegang dinding bangunan itu dan bahkan ada yang menciumnya.

Semuanya itu adalah syirik kata ulama-ulama Wahabi. Rupanya alam pemikiran kaum Wahabi ini menganggap bahawa orang haji yang datang ke Makkah itu adalah bodoh-bodoh orang yang mula-mula masuk Islam, orang yang lemah iman dan tauhidnya dan orang yang belum tahu membezakan mana yang syirik dan mana yang tauhid.

Mereka selalu khuatir sahaja kalau orang yang menziarahi kubur, bangunan yang bersejarah, tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti bukit Uhud padang Badar dan lain-lain akan menjadi syirik kerana menyembah tempat itu. Oleh yang demikian semua bangunan-bangunan itu diruntuhkan, disapu bersih dan tidak mengendahkan apakah bangunan-bangunan itu mempunyai sejarah atau tidak.

Kami yakin andaikata kaum Wahabi menguasai Mesir maka tentulah mereka akan meruntuhkan pula makam Imam Shafie, masjid-masjid dan tempat suluk ahli Thariqat yang banyak di Mesir. Begitulah fahaman Wahabi terhadap tugu-tugu dan kubah-kubah.

Kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah atau katakanlah dunia Islam yang banyak tidak berfahaman begitu, mereka berpendapat bahawa pada makam nabi-nabi, auliya-auliya, ulama-ulama dan orang yang mati syahid lebih baik dibinakan kubahnya sehingga mudah diketahui oleh orang yang hendak datang ziarah, sebagai keadaannya dengan "Kubbatul Khadra"(Kubah Hijau) pada makam Saidina Muhammad SAW di kota Madinah.

Kaum Ahli Sunnah yakin bahawa pada masa ini orang Islam sudah kuat imannya, tauhidnya dan mengerti hukum-hukum agama sehingga tidak akan ada orang lagi yang akan menyembah batu, tugu dan kubur. Kita tidak boleh menganggap terlalu rendah pada tauhid umat Islam.

Orang-orang haji yang datang ke Makkah pada waktu sekarang sudah banyak ulama-ulama, kaum cerdik pandai, ahli fiqih dan ahli sejarah dan intelektual tidak perlu begitu dikhuatiri oleh kaum Wahabi. Mungkin ilmu agamanya sudah banyak dan melebihi dari kaum Wahabi.

7. Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah
Kaum Wahabi melarang orang-orang mengaji sifat Dua Puluh sedang hal ini dianjurkan oleh kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka menciptakan satu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada dari dulu, baik pada zaman nabi Muhammad SAW atau pada zaman sahabat-sahabat beliau.

Pengajian baru ini ialah apa yang dinamakan oleh mereka dengan Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah.

i. Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir, orang musyrik yang menyembah berhala atau dengan kata lain tauhidnya orang syirik.

ii. Tauhid Uluhiyah iaitu tauhidnya orang mukmin, orang Islam serupa iman dan Islamnya kaum Wahabi.

Mereka mengatakan bahawa dalam Al-Quran tersebut:-

"Katakanlah (Hai Muhammad) kepunyaan siapakah langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui?". Mereka akan menjawab "Kepunyaan Allah. Katakan lagi kepada mereka "Mengapa kamu tidak mengambil pengertian"
(Al Mukminun ayat 84 ? 85)

Dengan ayat ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang-orang kafir yang menyembah berhala percaya juga kepada adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana mereka menyembah berhala disamping pengakuannya kepada adanya Tuhan.

Dalil yang lain yang biasa dimajukan mereka:-

Dan kalau engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab Allah. Maka bagaimana kamu berputar dari kebenarannya.

(Ankabut ayat 61)

Kaum Wahabi mengatakan orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah lain Allah.

Kesimpulannya mereka berkata ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah lain Tuhan. Ini dinamakan Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang yang mempersekutukan Tuhan. Adapun Tauhid Uluhiyah menurut mereka ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Tuhan. Inilah tauhid orang mukmin sejati. Demikian pengajian kaum Wahabi.

Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu dan tidak pernah disebut oleh kaum Ahli Sunnah, kaum Mu'tazilah dan Syiah. Pengajian seperti ini khusus bagi kaum Wahabi.

Hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan dinamakan kaum tauhid. Adakah sahabat-sahabat nabi dari dahulu menamakan orang musyrik dengan umat tauhid. Tidak ada Syirik dan tauhid tidak boleh disatukan. Hal ini dua perkara yang berlawanan. Bolehkah bersatu siang dan malam, bolehkah bersatu dua yang bertentangan.

Kaum Wahabi menciptakan pengajaran baru ini ialah dengan maksud untuk menggolongkan orang-orang yang datang menziarahi makam nabi ke Madinah, orang-orang yang berdoa dengan bertawassul, orang-orang yang meminta syafaat nabi serupa dengan orang kafir yang bertauhid rububiyah. Keterlaluan fahaman Wahabi ini.

Orang-orang yang datang ziarahi ke Madinah itu bukanlah menyembah nabi tetapi pada hakikatnya hanya menghormati nabi dan memuliakan nabi. Apakah tidak boleh menurut hukum syariat Islam menghormati atau memuliakan nabi walau pun beliau telah meninggal. Orang-orang yang ziarahi ke makam nabi bukanlah menyembah kepada nabi, bukan berlutut kepada nabi, hanya semata-mata ziarah ke makam nabi, iaitu nabi yang membawa panji-panji Tauhid yang membebaskan manusia dari syirik.

Dengan ziarah ke makam nabi Muhammad SAW akan bertambahlah tauhid kita, bertambah kasih sayang kita kepada nabi yang membawa tauhid, bertambah tinggi semangat ke Islamiah kita, bertambah kuat semangat juang kita untuk menegakkan agama Islam, agama tauhid ini.

Dengan memberi salam berhadap-hadapan ketika ziarah ke makam nabi, seolah-olah kita sudah bercakap-cakap dengan beliau pada ketika hidupnya.

Kita mengatakan ketika itu:-
Salam untuk tuan hai nabi rasul yang besar, penyantun dan penyayang rahmat Tuhan dan berkahnya atas tuan.

Apakah dengan mengucapkan salam serupa ini kita menjadi syirik, apakah nabi Muhammad SAW itu tidak seorang rasul besar yang penyantun dan penyayang? Kita bercakap-cakap dengan nabi, kita berhadapan dengan nabi, seolah-olah beliau hidup di muka kita. Alangkah enaknya, alangkah lazatnya ketika itu? Hanya orang yang dalam imannya kepada Allah dan Rasul yang dapat merasakan lazatnya.

Ini tidak dirasakan oleh kaum Wahabi, yang tidak menghormati sama sekali orang-orang yang sudah mati walaupun wali-wali atau nabi-nabi.

Tulisan "Traditional Islam In The Modern World" membezakan golongan "Traditional" dan "Fundamental". Fahaman Wahabi termasuk pada golongan "Fundamentalist". Petikan dari buku "Iktikad Ahli Sunnah Wal-Jamaah" yang dikarang oleh K.H Siradjuddin Abbas.

MELAYU TOLONG CINA ROMPAK MELAYU ...ptuihhh! @NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan @khairykj

$
0
0

Prince of YTL and the Paupers of Kg Chubadak

SUMBER : Artikel 100% ciluk dari Another Brick in the Wall

Don't tell me about modern rules on land ownership, titles, land grant, and the various legalities. This is all man-made laws and regulation that can be adjusted should there be interest to seek social justice.

Even though, this is just a matter of the heart and probably there had been a settlement offered, a Kuala Lumpur High Court Order in 1998 to give the people of Kg Chubadak that started the village. Mostly the subsequent legal process did not favour them

The point is there is rationale to give the land to them. But to whom will the land to be given to?

The land supposedly belonging to the Kg. Chubadak squatters made "paupers" will be given to the YTL monopoly prince living in a new avant garde palatial home on a hill.


The Malay Mail has the story:


Malaysia

Counting down the days, Chubadak villagers keep their vigil

By Zurairi AR
June 16, 2014



Wahidah showing where her house used to stand before it was demolished by DBKL. — Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, June 16 — Wahidah Md Salleh, 73, had the worst day of her life a week ago.

Officers from Kuala Lumpur City Hall (DBKL) forcibly packed her things in a truck and told her to leave. Then they demolished the house she had lived in for nearly 50 years in Kg Chubadak Tambahan, Sentul.

When DBKL returned on Thursday, Wahidah was ready.

She faced her tormentors in angry defiance, a picture of her taken that day immortalising her uphill struggle.

With her right fist upraised, her other hand on the wheel of a yellow backhoe loader with the letters “DBKL” on it, the photo has been making rounds online, including in a poster emblazoned with the words “Capitalist Bastards.”



The photo of Wahidah that has been making rounds online.

“Oh dear, I looked like a crazy woman,” said the chatty religious teacher, laughing when The Malay Mail Online met her in the village over the weekend and showed her the photo for the first time.

When asked what drove her to confront the DBKL, she replied: “I was angry. I was angry of constantly being manipulated all these years.”

In 1998, the Kuala Lumpur High Court decided that the land belonged to the people who like Wahidah had started the village. The court added that if the area was to be developed the people must be compensated with an amount equal to the value of their settlement.

However by 2008, DBKL had listed down Kg Chubadak Tambahan as squatters’ settlement under the 2020 Kuala Lumpur City Plan, together with five other villages.

On Monday last week, three houses were demolished by DBKL as part of a clearing process that had started in 2013 in order to make way for future development.

Originally from Lenggong in Perak, Wahidah moved into Kg Chubadak in 1968 when she married her bus driver husband, Halim Hamid, who had already been staying there for four years.



(from left) Wahidah Md Salleh,73 Halim Hamid, 75 and Abdul Hamid Mohd Saad,60 sit and chat amidst the demolished house at Kg Chubadak in Sentul, Kuala Lumpur. — Picture by Yusof Mat Isa

Halim, now a frail man of 75 with bad hearing and eyesight, denied that the villagers were squatters as labelled by DBKL, and explained that they were pioneers who had settled there for decades.

“It was Datuk Harun who brought us here,” Halim said, referring to Datuk Harun Idris, the Selangor mentri besar who served between 1964 and 1968.

“He asked us to open up the land, so that more Malays could stay. Starting from there, one by one all of us arrived.”

He pointed out that originally there were only three families — two Malay and one Pakistani — in the former mining plot, while the surrounding area was mostly occupied by Indian labourers.

The village was allegedly named Chubadak after a place with the same name in Sumatera, Indonesia, where some of the original settlers came from.



A child plays among the debris in Kg Chubadak, Sentul. — Picture by Yusof Mat Isa

At its peak, Halim said there were over 200 families who migrated to the kampung from all over the country, but they have mostly left after developers took over most of the lands, paying out RM7,000 for each family and a house in the Batu Muda People’s Housing Programme (PPR).

According to Halim, the developer had bought over the land from the Land and Mines Office, which had neglected to take note of the villagers’ status as urban explorers.

The demolition was, however, temporarily halted on Thursday after NGOs and PAS representatives managed to obtain a High Court injunction, staying the demolition until the case is heard on June 26.

With less than two weeks left, Wahidah and Halim have vowed to live out the remaining days in their garage which was left untouched. They are keeping guard against any move by DBKL to stealthily knock down the few remaining houses in the village.

“I will defend this village to the death. We have been here even when this was a horrible place. Now they easily want to take our lands away from us,” said Halim.

“We are the only ones who are still strong-willed,” Wahidah said, pointing out that she had made a pact with her neighbour and best friend, Mahwiah Daud, 58, to see out their remaining days in the village.

“People advise us to just move out, but they do not know the pain of fighting for our rights,” said Mahwiah, also a religious teacher.

Mahwiah’s house was also torn down on Monday, but her family of ten cannot move into the tiny flat provided for them because it still lacks electricity.

The flat is just 650 square feet in size.


A man rummages among the debris for things that can be salvaged in Kg Chubadak after DBKL demolished some houses there. — Picture by Yusof Mat Isa

Mahwiah’s husband, quantity surveyor Abdul Hamid Mohd Saad, 60, has since pitched a tent in front of their demolished house and filled it with several sofas, where the four spend most of their time enjoying the cool breeze during the afternoon.

“After this, we might not see each other again like this. We were neighbours here, but we would not be anymore in the flats. This is what I am most sad about,” said Wahidah.

The two women also said that they would miss tree-filled patch of land behind their houses where Wahidah reared chickens.

“Even if the government could give us a little bit of land, that would be great. We could at least plant chillies,” said Mahwiah, who said that they were previously promised landed houses in Tanjung Karang, Selangor.

With the Muslim fasting month set to start at the end of June, the families also lamented that they would be celebrating Aidilfitri elsewhere, not in the houses they have lived in for so long.

“Every time I am saddened with my fate, I try to console myself: I am a Muslim, I can fast anywhere,” Wahidah added.



--------------------




Usual, the prequel to any eviction of squatters will be the burning of homes by arsonist by developers and usually in collusion with the developers. Read of the incident of 7 homes in 2009 in Berita Harian here.

As as DBKL is concern, they are merely doing their job and carrying instruction. By right, UMNO Seceretary General and Minister for Federal Territory, Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor could something.




Unfortunately, as former corporate businessman and knowing what he is behind the politician/businessman facade, he usually would agree with the viewpoint and interest of Chinese capitalist 'bastards'.

Mostly unlikely he could stand up to any corporate businessmen with the ability to torch another human's home.

The Malay Mail report further:


Malaysia

In final plea, KL mayor tells Chubadak folk to move out, not squat

By Zurairi AR
June 17, 2014





KUALA LUMPUR, June 17 — Datuk Seri Ahmad Phesal Talib urged villagers recently evicted from their homes in Kg Chubadak Tambahan in Sentul to move out to the flats awarded by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) instead of illegally occupying the land.

According to the Kuala Lumpur mayor last night, the villagers’ decades-old houses were demolished because the land no longer belongs to them, as it has been sold to developers who now have the right to develop the area.

“You have to understand, the land belongs to somebody else. But we still try to solve the issue, even when they have settled on private land,” Ahmad Phesal told The Malay Mail Online last night.

“They have to move out. We have let them to stay in a better condition. It is better than living in that area. Until when do they want to occupy other people’s land?”




The evicted villagers were awarded RM7,000 for each family by the developer, and a house in the Batu Muda People’s Housing Programme (PPR).

However, some have complained that they cannot move in yet as there was still no electricity supply.


Ahmad Phesal was attending a meeting last night with residents of five heritage villages in the Gombak area, but a resident had pointed out that Kg Chubadak was absent from the list.




The mayor told The Malay Mail Online that residents from Kg Chubadak were not invited as they were not involved with the road upgrade exercise DBKL was proposing last night.

The proposal was however met with resistance from most residents from the five villages, who do not wish to give up their land.

Despite that, he insisted that Kg Chubadak, Kg Chubadak Tambahan, and others in the vicinity also count as heritage villages.

In 1998, the Kuala Lumpur High Court decided that the land in Kg Chubadak belonged to the people who had started the village. The court added that if the area was to be developed the people must be compensated with an amount equal to the value of their settlement.



However by 2008, DBKL had listed down Kg Chubadak Tambahan as squatters’ settlement under the 2020 Kuala Lumpur City Plan, together with five other villages.

On Monday last week, three houses were demolished by DBKL as part of a clearing process that had started in 2013 in order to make way for future development.

The demolition was, however, temporarily halted on Thursday after NGOs and PAS representatives managed to obtain a High Court injunction, staying the demolition until the case is heard on June 26.

--------------------










Whilst the Kapitalis Bangsat Prince of YTL lives in a palace on top of a hill:
















































Read of Tan Sri Francis Yeoh's home here.

Sorry, we just find it difficult not be sympathatic to the Kg Chubadak squatters issue.

Konsert Permata Seni - PERSAHABATAN MERENTASI GENERASI-Part 1 @NajibRazak @tengkuadnanreal

$
0
0

KONSERT PERMATA SENI
" PERSAHABATAN MERENTASI GENERASI"
SEMPENA
ULANGTAHUN KE-40 HUBUNGAN DIPLOMATIK
MALAYSIA - CHINA
ISTANA BUDAYA
21HB JUNE 2014



























































































































































Konsert Permata Seni - PERSAHABATAN MERENTASI GENERASI-Part 2 @NajibRazak @tengkuadnanreal

Pengusaha "Biskut Panda"..@NajibRazak dan DS Rosmah..dan APA

$
0
0

Su aka Icha Takeshi pengusaha "Biskut Panda"




Ada kisah yang menarik yang berlaku malam tadi sewaktu aku cover Konsert Permata Seni Malam Ke-2 di Istana Budaya...

Minggu sudah facebooker Icha Takeshi yang hanya aku kenali dialam maya menghubungi aku bertanyakan apakah ada cara untuk dia menyampaikan Biskut Panda yang diusahakan nya sehingga tak menang tangan kepada Perdana Menteri dan Isteri sebagai tanda terima kasih atas sumber rezeki baru yang diperolehinya ditengah tengah kontrovesi Beruang Panda.


Aku dan Su aka Icha Takeshi menunggu Perdana Menteri dan DS Rosmah dengan sabar selepas konsert selesai,manalah tahu....


Aku tak menjanjikan apa apa kerana aku ini bukanlah orang yang rapat dengan Perdana Menteri untuk mempermudahkan permintaan sebegitu,jadi aku cuma jawap kalau sekadar nak menyampaikan melalui orang perantaraan rasanya boleh aku usahakan.Nak jadikan cerita,aku diberitahu satu konsert Permata Seni akan diadakan di Istana Budaya selama 3 hari berturut turut (20/21/22hb) untuk memperingati Ulangtahun Ke-40 Hubungan Diplomatik Malaysia-China.Jadi aku sarankan Su hadhir di konsert ini,manalah tahu kalau kalau ada rezeki dia untuk bertemu DS Rosmah Mansur dan menyampaikan sendiri biskut yang diusahakan nya...

Nak dijadikan cerita bukan sahaja DS Rosmah yang hadhir malam tadi bahkan beliau turut ditemani Perdana Menteri DS Najib.Adusss...makin payahlah misi Su untuk menyampaikan hasratnya kata hati aku kerana aku faham sangat "security details" Perdana Menteri.Apapun aku minta Su berdoa dan bertawakal saja,kerana niat yang baik pastinya dibantu Allah Taala..

Alhamdulillah,bukan saja Su berjaya meyampaikan sendiri Biskut Panda dia tapi siap berpeluang bergambar dengan pasangan  Perdana Menteri dan isterinya.Misi aku membantu Su selesai...terima kasih Allah kerana mempermudahkan semua...

P/S : Kepada sesiapa yang nak menempah Biskut Panda ini untuk Hari Raya nanti boleh cari Icha Takeshi atau Brado Kapak di Facebook.Ini promo percuma dari APA tanda sokongan atas usaha mereka.





Sabar menanti dengan penuh harapan...










Hadirin mula meninggalkan Istana Budaya selepas selesai konsert...








Saat yang aku rasa amat mengembirakan Su...



Perdana Menteri tersenyum menerima Biskut Panda dari Su..



Sambil diperhatikan Tengku Adnan...



Dah bagi apa lagi....pose lah pulak



Senyuman girang...hilang penat datang jauh dari Muar...



Sambil menanti untuk berjumpa DS Rosmah pulak...





Jeng..Jeng...Jeng








"Saya dah bagi kat DS Najib..",agaknya itu yang Su kata.






Misi Mencari Dato Seri Hasan Ayoub...@NajibRazak @tengkuadnanreal @ahmadmaslan

$
0
0

Ntah apa pasal bila Ramadhan menjelang aku selalu saja teringat mangkuk hayun Mantan Perdana Menteri kita sorang ni.Tambah tambah lagi bila dikhabarkan dia baru je pulang dari mengerjakan Ibadah Umrah minggu sudah.

Takkan duk berulang-alik ke Tanah Suci Mekah berpuluh kali masih tak diberikan HIDAYAH oleh Allah Taala Dollah ooiii?

Berat dah kes kau ni Dollah..ish ish ish kesian lak aku tenguk kau..


Korang jangan lak melenting nak membela walaupun korang makan gaji dengan menantu dia @Khairykj Jamaluddin!Ini hal personal aku dengan mangkuk hayun sorang ni dan tiada kena mengena dengan korang semua.Jadi eluk duk kat tepi buat bodo je...

Aku dah BERSUMPAH selagi ada hayat dan nafas aku..takkan aku lepaskan mangkuk hayun sorang ini selagi dia tidak melakukan sesuatu yang BETUL dan memulangkan HAK ANAK ANAK YATIM saperti sewajibnya...


P/S : Aku tak ada harta bertimbun timbun yang nak aku tinggalkan kalau aku MATI Dollah ooii!Tapi kau dah lah tak sempat nak guna semua harta...mati lak dah tentu tentu kena berjawap atas DOSA DOSA kau membalun HARTA ANAK YATIM...

Jadi dalam situasi sekarang ini siapa yang lebih RUGI...kau atau aku?

Dahlah sisa sisa hidup kau penuh dengan PENGHINAAN sehingga mencipta sejarah sebagai PERDANA MENTERI PERTAMA YANG DIDESAK LETAK JAWATAN OLEH RAKYAT,mati lak nanti dah hampir pasti NERAKA yang menanti kau...

Bukan aku kata ya...tapi itu HUKUMAN YANG JELAS DARI ALLAH TAALA bagi PEMAKAN HARTA ANAK YATIM.

Ada sesiapa berani bantah apa aku kata?

Bantahlah...

Firman Allah Taala...

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. 

(QS. 4 : 10).
Sabda Rasulullah SAW...
  “Jauhilah oleh kalian tujuh perkara yang merusak”. laluRasulullah SAW menyebut salah satu di antara ialah : “Memakan harta anak yatim”

( Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).

Kisah Kerusi Plastik Terbang....

$
0
0

Minggu ini kita layan cerita pasal kerusi plastik terbang disana sini.Ini juga dikira fenomena baru yang belum pernah berlaku dimana mana dalam dunia.
HANYA DI MALAYSIA BOLEH..KERUSI PLASTIK BOLEH TERBANG.





Ramadhan Paklah ... @NajibRazak

$
0
0

Firman Allah Taala...

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”.


(QS. 4 : 10).

JASA DAN DOSA KHALID IBRAHIM

$
0
0

Nota APA : Dalam kita memperlekeh dan mentertawakan TS Khalid Ibrahimsebagai politikus dan Menteri Besar Selangor,kita juga jangan harus melupakan JASA beliau dan beberapa individu lain dalam menebus kembali MARUAH bangsa kita ditangan penjajah.

Update 1/7/2014 : Aku ulangtayang artikel ini yang pernah aku siarkan pada 23 April 2014 sebagai tanda sokongan aku terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menghadapi kerakusan Anwar/Azmin yang bercita cita merampas kerusi Menteri Besar Selangor ketika ini.


**************************************************

Pertama kali berlaku dalam lipatan sejarah. Sejarah yang terpahat ini amat memalukan bangsa Inggeris yang sombong bongkak itu. Sejarah ini sangat dramatik yang pertama berlaku pada waktu itu. Britain malu besar. Sejarah yang selamanya sukar dipadam. Mulai dari kejutan ini, British mula gentar terhadap keupayaan"rahsia" Melayu.Mengejutkan, Melayu juga mampu mengeksploitasi syarikat asing (Rothchild) untuk menjayakan serangan "subuh" berkenaan. Pelik bukan?

Ia tetap akan tercatit sebagai titik hitam sejarah Britain. Bukan setakat itu, segala tindak balas British telah memakan tuannya, Penjajah angkuh terkedu melutut memohon belas.

Ia juga membuka kembali balutan luka lama perhubungan Melayu Cina. Parut yang kekal bertapak di sana. Musuh Melayu nombor satu tetap kaum ini sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Sekiranya tidak berlaku serangan "subuh" ini, Malaysia akan menjadi negara takluk bangsa Cina walaupun Melayu yang memerintah. Tanah dan estet milik mereka (Cina) berkembang pesat atas pertolongan British. Kita bernasib baik mempunyai HERO yang dalam diam telah dapat bertindak segera menghentikan kegelojohan puak ini. Yang dibenci rupa-rupanya seorang HERO.


HERO yang dibenci...

Bayangkan apa yang berlaku kepada negara ini jika ianya tidak dilaksanakan? Tindakan ini memang harus dipuji.

Tindakan bijak dan berani ini telah mengangkat martabat Melayu sekaligus menafikan tohmahan bahawa Melayu adalah bangsa yang malas dan bodoh. Orang Cina sudah semestinya bengang dengan tindakan tersebut. Lupakah kita dengan sanggahan mereka selama ini bahawa hanya bangsa mereka sahaja yang bijak dan lebih layak menjadi tuan kepada negara ini?

Lihatlah. betapa susahnya kita hendak menyelamatkan maruah bangsa. Bukan semua anak bangsa faham dan hargai usaha murni ini, malah menganggap mereka ini (hero) adalah musuh nombor satu mereka. Kepada mereka yang mempunyai kuasa, selamatkanlah negara dan bangsa dari terus dipermain-mainkan.

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap KL Ke Atas London 1981

Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

KISAH BENAR kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain, London.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladanganGuthriedi London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris. Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi 

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting




Mahathir sewaktu sidang PBB 

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan



Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit 
Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara. 

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB,Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk“menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan."

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar. 


Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British




Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia —Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.

4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Rujukan:
Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981sumber: jomjalan

Catatan: Akhirnya Khalid Ibrahim menentang kerajaan BN pula, kerana terlalu kecewa tidak dapat memiliki Guthrie sebagai hak kepentingan dan keuntungan peribadi... sedangkan apa yang BN usahakan adalah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya. Permintaan Khalid terpaksa ditolak demi kepentingan semua, bila sudah marah dia sanggup tentang BN.Fakta yang ramai tak tahu

PANDA-ng PANDA-ng JELING JELING

Viewing all 521 articles
Browse latest View live